Sunday, May 31, 2015

Tips pakaian di musim bunga Eropah




Apa yang perlu dibawa?
Apa pakaian yg sesuai dimusim bunga di Eropah?

Pertama sekali, lihat suhu dan keadaan cuaca (Berangin? Hujan? Berawan?) di negara yg ingin dilawati pada tarikh anda berada di sana..bagi menganggarkan keperluan yg perlu dibawa
Selalunya..cuaca musim bunga pada sesuatu tahun turut dipengaruhi oleh musim sejuk sebelumnya..
Kadang-kala berlaku musim sejuk yg agak luar biasa menjadikan musim bunganya juga lebih sejuk berbanding tahun sebelumnya.

Elok juga sekiranya bertanya kepada Pakcik Google dan melihat cara orang di sana berpakaian pada satu-satu musim.

Bagi musim bunga..
Pada tahun ini 2015.. suhu di London, Paris dan Amsterdam berada sekitar 12C hingga 18C.
London dan Amsterdam mempunyai cuaca yang agak berangin pada sebelah pagi dan petang.
Hujan pula sering turun dibandaraya London.
Jadi apakah pakaian yang perlu dibawa ke sana?


Pagi dan lewat petang (serta malam):
Sering berangin dan agak sejuk. Jadi kita perlu pakai beberapa lapis pakaian sekiranya berada di luar.
Tshirt nipis, sweater, light jacket dan seluar jeans sudah mencukupi bg orang dewasa dan kanak-kanak.
Tetapi sekiranya cuaca agak berangin..mungkin anda memerlukan selendang untuk menutup tengkuk dan sarung tangan (sekiranya perlu terutama utk anak-anak).
Kasut: pakailah kasut bertutup yg selesa serta stokin biasa. 
(Kami lebih selesa memakai kasut jogging dan stokin, mudah untuk berjalan).

Tengahari:
Kebiasaannya, tshirt cotton (berlengan panjang untuk anak-anak) dan seluar jeans sudah memadai.
Sekiranya anda jenis yg tidak tahan sejuk seperti saya dan anak-anak.. tambahan selapis lagi sweater atau jeket tipis dapat memberikan keselesaan.

*Perlu membawa baju hujan atau payung kecil sekiranya anda berada di London.

Antara ketiga2 bandar yg dilawati pada penghujung April- awal Mei lalu.. Paris merupakan bandaraya yg panas.
Tidak perlu memakai baju berlapis..atau jeket tebal. 

Dan bak kata anak-anak:
"Mommy, they said Paris is the city of love.. But I don't like Paris at all!!!"
Hahaha..itu adalah kesimpulan total bagi anak2 tentang kota Paris. Sekiranya anda ke sana..mungkin anda juga akan berkata sedemikian.
Tetapi.. Daddy kata..tempat tempat lain di Perancis terutama di pedalaman adalah sangat cantik dan nyaman!!!

                      Amsterdam


               London (rain coat..make it handy)


                       Paris

No comments:

Post a Comment