Sunday, November 29, 2015

Happiness is something you decide on ahead of time

For me..to remember...
(From FB)


The 92-year-old, petite, well-poised and proud lady, who is fully dressed each morning by eight o’clock, with her hair fashionably coifed and makeup perfectly applied, even though she is legally blind, moved to a nursing home today. Her husband of 70 years recently passed away, making the move necessary. After many hours of waiting patiently in the lobby of the nursing home, she smiled sweetly when told her room was ready. As she maneuvered her walker to the elevator, I provided a visual description of her tiny room, including the eyelet sheets that had been hung on her window. “I love it,” she stated with the enthusiasm of an eight-year-old having just been presented with a new puppy. “Mrs. Jones, you haven’t seen the room …. just wait.” “That doesn’t have anything to do with it,” she replied. “Happiness is something you decide on ahead of time. Whether I like my room or not doesn’t depend on how the furniture is arranged, it’s how I arrange my mind. I already decided to love it. It’s a decision I make every morning when I wake up. I have a choice; I can spend the day in bed recounting the difficulty I have with the parts of my body that no longer work, or get out of bed and be thankful for the ones that do. Each day is a gift, and as long as my eyes open I’ll focus on the new day and all the happy memories I’ve stored away, just for this time in my life.” She went on to explain, “Old age is like a bank account, you withdraw from what you’ve put in. So, my advice to you would be to deposit a lot of happiness in the bank account of memories Thank you for your part in filling my Memory bank. I am still depositing.” And with a smile, she said: “Remember the five simple rules to be happy: 1. Free your heart from hatred. 2. Free your mind from worries. 3. Live simply. 4. Give more. 5. Expect less


Friday, November 27, 2015

Tips duduki rumah baru

Daripada FB

Tips Duduki Rumah Yang Baru 
samada rumah sewa yg dh lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap.

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut: 
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

Exam: Petua Untuk Ibubapa

Sumber daripada FB

Alhamdulillah dengan segala nikmat Nya. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi 1 tips mudah yang saya amalkan sejak sekian lama. Tips yang mudah ini saya perolehi hasil dari 1 perkongsian seorang Guru Besar di Sekolah anak saya 9 tahun yang lalu. Amat tertarik saya dengan kemujaraban tips ini setelah melihat sendiri 1 demi 1 kejayaan anak anaknya dengan limpahan rahmat dari Allah.. apakah tips itu ? Berkesan ke ?

9 tahun yang lalu , ketika anak saya berusia 12 tahun bakal menduduki UPSR.. waris dikumpulkan dan pihak sekolah berbincang cara untuk "upgrade" anak anak. Sentuhan 1 adalah penjagaan solat. Disusuli pemakanan. Diselaraskan dengan persekitaran yang bersih dan aman bisa mempengaruhi kecerdasan anak anak ini. Kebersihan turut diutamakan. Kelembutan turut dipupuk namun ketegasan dari pihak waris perlu ada dalam mengawasi setiap aktiviti anak anak yang bakal menduduki peoeriksaan. Saya anat tertarik dengan tips.." No tv..no outdoor events ..no cinema..no shopping mall !" Lalu secara peribadi , saya mohon puan pengetua yakni Puan Hajjah Imson kembangkan tips dari nya itu..

Alhamdulillah , satu demi satu tips nya dijelaskan bahawa itu semua bisa mmudaratkan akal fikiran anak anak kita yang sentiasa dalam proses pembelajaran , yang sentiasa fresh dan mudah terpengaruh. Lalu saya bertanyakan tips beliau memandangkan semua anak anaknya berjaya meskipun mereka suami isteri sentiasa sibuk dengan tugasan masing masing...

Rahsianya... setiap kali anak bakal menduduki peperiksaan , pada sebelah pagi , beliau akan check jadual peperiksaan anaknya. Paper 1 bermula jam 8.00am , maka dia bersedia awal ( meskipun dalam pejabatnya ) dengan wudhuk dan senaskah Yassin. Solat dhuha diutamakan terlebih dahulu sebelum membaca yassin pada pagi itu.  Sebaik saja naluri ibunya dapat rasakan anaknya sudah bersedia..maka beliau mula membaca Yassin. Jika ada 3 paper exam dalam 1 hari..3kali lah beliau mengamalkan tips ini. Itu saja rahsianya. Nampak macam remeh pulak ..keluh hati saya. Tersenyum kelat saya selepas mendengar huraian darinya. Pun begitu beliau menyelit " buat dulu..Allah bagi keberkesanannya pada anak anak kita " teruja pulak saya nak tahu...

Saya abaikan tips itu..dalam kata mudah , saya tidak memandang serius akan tips itu. Sampailah pada saat anak sulung saya nak hadapi SPM. Saya teringat semula cara ini. Allah membuka hijab dan saya akui ini ada terkandung kebesaran Allah. Lalu saya bersedia untuk amalkan seperti yang disarankan beliau..

Pada hari pertama SPM. Paper 1.. Saya bersedia baca yassin dan solat dhuha sebelumnya. Sungguh hati saya rasa sebak. Semacam rasa ada 1 gerakkan hati merasai anak saya sedang berdebar debar. Lalu saya yakin Allah saja yang dapat menenangkannya. Saya memohon agar Allah memberi ilham kepada anak saya untuk menjawab soalan dengan mudah dan tenang  . 1 tips lagi yang saya iringkan kepada anak saya..jika terlupa akan sesuatu..urut lembut belakang leher dan berselawat bbrapa kali mohon Allah berikan ilham utk ingat semula.. saya lakukan tips ini dengan sepenuh keyakinan kepada Allah.. itulah pesan Puan Pengetua..betapa yakin pada kuasa Allah itu mutlak..amatlah penting..

Sekembalinya anak saya dari sekolah..dengan senyuman yang meleret..dia bertanya " tadi mama baca yassin kan ?" Saya pura pura terkejut..dan tanya kenapa. Lalu dia maklumkan bahawa sebaik saja masuk ke dewan pperiksaan , dia jadi gemuruh..resah dan serba tak kena. Sekitar jam 8.15am..tiba tiba hatinya jadi sangat tenang. Rindu pada mama dan dapat ilham membuak buak untuk jawab soalan. Rasa mudah sangat. Malah tips berselawat bila terlupa juga mujarab. "Allah bagi kakak ingat apa yang kakak lupa ". Hal yang sama turut dirasai oleh anak yang kedua..PMR. subhana Allah..hebatnya Allah. Kalam kalam Allah sungguh berhikmah. 

Alhamdulillah..sukanya saya..tatkala anak saya sebut " ALLAH YANG BAGI KAKAK INGAT ..." betapa keyakinan pada Allah itu amat penting.. ( ayat itu sering ditekankan oleh Puan Pengetua dulu kpd anak2 muridnya )

Saya terusan amalkan tips itu berterusan dari anak sulung hingga bakal yang bongsu hadapi Isnin nanti. Insha Allah. Malah semasa anak sulung nak STPM dulu pun..meskipun dah mengulangkaji berulang kali..namun keyakinannya terhadap "kuasa Allah" tetap utuh di ingatan. Terima kasih kepada Puan Pengetua yang telah terapkan 1 didikan yg utama dalam diri pelajarnya. Betapa keyakinan kepada Allah adalah 1 keutamaan......Allah Maha Hebat..Maha Sempurna..Tidak pernah tidur dan lupa...

Cubalah amalkan tips mudah ini. Bacalah Kalam kalam Allah walau dalam apa situasi sekalipun..hati yang mendengar dan membaca akan rasa tenang setenangnya..Subhana Allah...saya sudah.....

Monday, November 16, 2015

Joyce Gunting Rambut

Disebabkan nombor telefon dalam hp Mummy selalu hilang..maka, Mummy parking nombor Joyce tukang gunting rambut ni kat sini ;)


Tuesday, November 10, 2015

Resipi Ayam Sos Tiram (Mak)

Caranya:

Separuh ekor ayam..bersihkan. Letak garam dan kunyit..lalu digoreng. Ketepikan.

Panaskan kuali..letak sedikit minyak.
Tumiskan bawang besar (dipotong bulat), kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
Setelah layu, masukkan sedikit cili kisar. Tumis seketika.

Kemudian, tambah 2 sb sos tiram. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi..dan gaulkan.
Rasa.. (Selalunya saya tak letak garam..sebab ayam sudah masin, dan sos tiram juga masin)
Masukkan cili merah dan daun bawang jika mahu.
Selamat mencuba

Sambal Tok Tok

SAMBAL TOK TOK
(resipi drp Facebook Resipi Orang Kampung)

Segenggam ikan bilis, basuh goreng garing
Sebiji bwg besar hiris kasar*
15bj cili api (boleh tambah atau kurangkan)*
2 btg cili merah patah 2*
Sesikit belacan (optional)*
Sedikit asam limau
Goreng semua bhn * hingga layu 
Angkat & tumbuk bersama ikan bilis.
Boleh tmbah sesikit gula & garam kalau suka.


Ayam Kukus Halia



Friday, November 6, 2015