Tuesday, November 10, 2015

Resipi Ayam Sos Tiram (Mak)

Caranya:

Separuh ekor ayam..bersihkan. Letak garam dan kunyit..lalu digoreng. Ketepikan.

Panaskan kuali..letak sedikit minyak.
Tumiskan bawang besar (dipotong bulat), kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
Setelah layu, masukkan sedikit cili kisar. Tumis seketika.

Kemudian, tambah 2 sb sos tiram. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi..dan gaulkan.
Rasa.. (Selalunya saya tak letak garam..sebab ayam sudah masin, dan sos tiram juga masin)
Masukkan cili merah dan daun bawang jika mahu.
Selamat mencuba

1 comment: