Thursday, June 9, 2016

Berbuka puasa #4 (Ayam Percik Versi Kelantan)

Resipi drp blog ini:
http://aziejaya.blogspot.my/2013/04/ayam-percik-kelantan-buat-dr-nana.html?m=1

Ayam Percik Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4

Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya

Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.

Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah merata rata dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah.

Dan untuk kuih berbuka esok, Mummy buat iniiii ;)
First time cuba.
Tapi esok nak buat versi durhaka..tak mo gula banyak! Kuih apakah itu? Tungguuuuuuu

No comments:

Post a Comment