Friday, June 10, 2011

Mummy Risau!

Hati dikala ini sangat risau. Selepas Maghrib tadi.. Mummy bersiap nak keluar membeli baju raya anak2. Sedang Mummy pakaikan diaper untuk adik..
Jantung Mummy berdegup kencang.. terasa darah menyerbu naik ke muka.

"Eh! Kenapa bird adik bengkak ni Daddy? Sebelum ni Mummy tak perasan pon! (memang tak de..)"
Pic credit to Wiki

Nampak tak scrotum kiri yang membengkak tu?
Sorry.. Mummy nak share supaya pengalaman ini juga boleh dikongsi.
(terutama untuk anak-anak Mummy tersayang)

Daddy diam.. sambil memeriksa adik. Belum sempat Daddy berkata-kata.. Mummy terus berkata..

"Daddy, adik hernia ke?!"
"Hmmm.. inguinal hernia. Hopefully it's not twisted. If not.. doctor will have to perform emergency operation"

Ya Allah! Ya Ghafur.. Ya Salam!
Aku memohon kepada mu Ya Allah.. moga dipermudahkan urusan kami Ya Allah.

Esok kami akan bawa adik berjumpa Paeds @ Ampang Puteri. Doakan semoga Allah limpahkan kasih dan rahmatnya serta menyembuhkan.

Nota:
Daddy kata.. this problem is common.

Monday, June 6, 2011

Jalan-Jalan Cari Sarapan @ Sentul

1. Lambaian Seafood @ Sentul Boulevard

Menghidangkan sajian masakan Melayu seperti nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, nasi goreng, roti jala, kuih muih dan kadang-kala juga terdapat pulut & kuah durian. Harga adalah murah-sederhana. Rasa makanan adalah enak.





2. Warung Pak Din @ Sentul Pasar.

Merupakan warung kedua (tengah) daripada 3 warung yang terdapat di sini. Di sini di sajikan roti canai, bihun sup utara serta mee rebus. Mee rebusnya enak walaupun dimakan setelah sejuk (ker.. perut Mummy yang lapar.. hihihi). Jangan letak expectation yang tinggi untuk suasana warung / keadaan fizikalnya. Bagi mereka yang tak kisah makan di warung tepi jalan.. bolehlah mencuba mee rebus Pak Din. Beliau berniaga bersama isteri.. dan Pak Din adalah sangat peramah orangnya dan bertutur menggunakan loghat utara (Kedah?).


Bihun sup utara. Gambar mee rebus Mummy lupa nak tangkap.. dah habis baru ingat ;P

Bagi yang inginkan kuey teow goreng yang disediakan berdasarkan order ketika bersarapan pagi, haa.. kat sebelah warung Pak Din (Mummy tak ingat namanya).. ada kuey teow goreng yang sedap (kata opismate Mummy ler.. ker.. diorang pun kebulur di pagi hari.. tak tau ler pulak kan?) Warung kuey teow merupakan warung pertama dari jalan utama (main road).


3. Warung makan @ Batu Muda

Nama warung Mummy tak ingat.. kata bos.. Warung Ismet kot (Sebelah Warung Ayam Dara).. hihihi. Macam mana nak ke sana? Cari SMK Batu Muda.. depan sket.. ada masjid.. masuk situ. Mesti nampak warung seberang jalan kat ATM Bank Islam tu. Kat sini pun macam-macam ada. Yang paling best...

Jeng jeng jengggg....

Tapai paling best di KL... seikat singgit aje! Seikat ada 3 ketul tapai comel...Memang sedappp!

Mummy makan roti telur banjir.
Nyesal tak tapau tapai buat stok.. huhuhu.. Daddy.. jom singgah sini! ;P