Friday, June 10, 2011

Mummy Risau!

Hati dikala ini sangat risau. Selepas Maghrib tadi.. Mummy bersiap nak keluar membeli baju raya anak2. Sedang Mummy pakaikan diaper untuk adik..
Jantung Mummy berdegup kencang.. terasa darah menyerbu naik ke muka.

"Eh! Kenapa bird adik bengkak ni Daddy? Sebelum ni Mummy tak perasan pon! (memang tak de..)"
Pic credit to Wiki

Nampak tak scrotum kiri yang membengkak tu?
Sorry.. Mummy nak share supaya pengalaman ini juga boleh dikongsi.
(terutama untuk anak-anak Mummy tersayang)

Daddy diam.. sambil memeriksa adik. Belum sempat Daddy berkata-kata.. Mummy terus berkata..

"Daddy, adik hernia ke?!"
"Hmmm.. inguinal hernia. Hopefully it's not twisted. If not.. doctor will have to perform emergency operation"

Ya Allah! Ya Ghafur.. Ya Salam!
Aku memohon kepada mu Ya Allah.. moga dipermudahkan urusan kami Ya Allah.

Esok kami akan bawa adik berjumpa Paeds @ Ampang Puteri. Doakan semoga Allah limpahkan kasih dan rahmatnya serta menyembuhkan.

Nota:
Daddy kata.. this problem is common.

2 comments: