Sunday, August 7, 2011

Resipi Ayam Goreng Berempah



Sudah seminggu kita menjalankan ibadah berpuasa. Berbuka apa hari ini? Kami menikmati nasi lemak yang di hidangkan bersama ayam goreng berempah. Opah menyediakan nasi lemak dan sambal tumis, Mummy masak ikan kembung rebus goreng bersama daun kucai dan Daddy masak ayam goreng berempah. Memang ngam masakan hari ini. Tiga orang chef menyediakan juadah berbuka. Selain nasi lemak dan lauk.. ada juga potongan buah-buahan (terdiri daripada buah epal merah, oren dan buah plum) berserta air longan. Acu.. kalau terbaca entri ni.. jangan terliur ya! Nangis pun jangan. Kalau nak.. masak sendiri ;P


Untuk entri kali ini, mari kita lihat resipi yang Daddy dapatkan dari internet. Daddy siap bawa laptop ke dapur untuk masak.. hihihi. Daddy buat versi tanpa cili (resipi asal menggunakan sedikit serbuk cili) supaya anakanda berdua boleh makan bersama. 


Ayam Goreng Berempah (http://resepiraidah.blogspot.com/2010/07/ayam-goreng-berempah-ii.html)
(Mummy copy paste dari blog di atas)a






Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan

5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.


Verdict :
Memang sedap! Abang & adik laju je makan ayam ni.


Selamat mencuba!





Thursday, August 4, 2011

Sang Har Mee @ Fresh Water Prawn Mee

Ingat lagi tak Fresh Water Prawn Mee yang Mummy cerita dalam post yang terdahulu? (Lihat sini...) Kalau di kedai, harganya adalah premium. Boleh mencecah RM100 bagi 2 ekor udang (untuk 2-3 orang makan). Untuk menjimatkan kos... Mummy masak sendiri di rumah atau pun.. bagi orang-orang yang nak segera je.. boleh juga makan mee ini di food court Pavillion (Harga Mummy dah lupa.. dalam RM15-RM20 sepinggan.. rasa maintain sedap).

Mummy sekeluarga memang suka mee ni.. cuma nak mendapatkan udang yang menjadi masalah... Hari tu dah teringin sangat.. maka Mummy dan Daddy sanggup bangun awal pagi Sabtu dan ronda semua pasar dan pasar tani yang ada. Dah dekat 9.30 pagi masih belum jumpa udang yang dicari.. Mummy pun dah tak larat.. maka kami mencuba pasar terakhir yakni di Pasar Keramat. Alhamdulillah ada.. tapi satu meja je yang ada jual.. dan tak banyak pilihan. Saukkkk.. dah teringin.. beli jer :D

Resipi asal Mummy ambil dari sini. Memang sedap.. meh kita cuba sama-sama.

Bahan-bahannya:


2 ekor fresh water prawn (belah dua).
2-3 sanggul mee telur

Daun bawang, dipotong sepanjang 2 inci
1 inci halia (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
Sedikit minyak bijan
2 cawan air stok ayam
1 biji telur
Sedikit tepung jagung, campur dengan sedikit air
Sedikit lada sulah

Caranya:
- Mee telur dicelur (sila ikut arahan pada paket) dan disiram dengan air sejuk (air paip- air lalu).
- Toskan.. biar seketika hingga hampir kering.
- Gorengkan sedikit demi sedikit (lebih kurang sesenduk setiap kali) hingga kuning keemasan.
- Toskan. Susun dalam mangkuk hidangan.


- Tumis bawang putih dan halia.
- Tambah sos tiram, kicap cair dan tambah air stok ayam. Biar menggelegak.
- Masukkan udang dan tutupkan kuali dengan tudung periuk.  Biar seketika sehingga udang masak (bertukar warna kemerahan).

- Masukkan daun bawang. Biar seketika.
- Keluarkan udang dan daun bawang. Susun atas mee telur.
- Tambah telur dalam kuah tadi dan kacau. Tuang campuran tepung jagung sehingga kelikatan yang dikehendaki.
- Angkat dan tuang di atas mee.

Sedap!! Sekejap je dah licin.. heheheh.


Selamat menjamu selera!

Petang tadi sekitar pukul 6.. tiba-tiba terdengar jeritan dan tangisan Abang Shu'aib.

"Tolong Mummy... Opah, tolong!!!" sambil diiringi sedu-sedan.

Nasib baik Opah ada di ruang tv. Kemudian, terdengar pula jeritan Opah..

"Mummy, tolong! Ni Shu'aib ni!!!"

Alamak! Rupa-rupanya kepala katil Adik (katil kayu.. sila lihat gambar posting sebelum ni) dah patah dan terlungkup atas katil (lalu menimpa kaki Shu'aib yang dalam posisi duduk tahiyat awal). Boleh bayangkan tak?

Kaki Shu'aib tersepit! Nasib baik Opah ada.. Alhamdulillah tiada kecederaan serius. Cuma lebam di peha kiri. Al kisahnya.. menurut Opah.. siang hari tadi mereka berdua main di dalam bilik : main sorong-tarik katil. Tak tahu la apa projeknya.. Ishk ishk ishk.. hero betul anak Mummy berdua!

Patutla masa Mummy membebel tentang aktiviti 'lompat atas katil' tak ada sesiapa yang mengaku. Bila Opah tanya.. siang tadi ada main tarik-tolak katil tu ke? Dengan 'innocent'nya mereka mengaku..

"Ha! Itu la yang Abang dan Adik main siang tadi!"

Patut la katil tu boleh tumbang! Em alahaiii....