Sunday, September 11, 2011

Salam Eidul Fitr

Buat semua.. rasanya masih belum terlambat untuk Mummy mengucapkan Salam Eidul Fitr.. Agak sibuk sejak bulan Ogos.. maka tak dapat nak update cerita ceriti.

Bagaimana raya tahun ini? Bagi Mummy sekeluarga.. rasanya inilah cuti raya yang paling happening. KL-N.S-Perak-Kedah-Perak-KL semua dijelajahi dalam tempoh seminggu percutian. Rasa nak demam pun ada.. tak pernah dibuat beraya sakan! Hehehe..

Alhamdulillah.. dari awal perjalanan.. hingga ke hujungnya.. perjalanan kami adalah lancar.. smooth journey kata omputeh ;P Harapnya tak ada la kena speed trap.. kalau tidak.. waduh waduh.. mau jadi KAYAP selepas raya!

Tahun ni kami memulakan perjalanan ke N.S dahulu. Dapatlah berbuka puasa di sana dan berhari raya pada hari raya pertama. Ini gambar yang dirakam sepanjang tempoh di kg NS...





Aktiviti biasa Daddy.. mengail di belakang rumah. 

Aktiviti anak-anak.. bermain dan bermain :D



Uwan buat buah melaka @ onde-onde.. diorang pun nak buat juga..

Ikan hasil tangkapan Daddy di salai dan di masak lemak cili api bersama pucuk ubi.

Sehari sebelum raya.. mesti bakar lemang dan masak rendang ayam kampung dan juga rendang daging kobau.

Jangan dilupa.. masak lompap (kobau juga).. dan tempoyak kacau.

Dan yeay! Raya kali ni.. Mummy dan Daddy dah boleh buat kuih goyang sendiri (dari awal hingga akhir.. jangan tak percaya!!!)


Akhir kata... Salam Lebaran buat semua.. Maaf dipinta jika ada terlanjur kata atau ada salah dan silap sepanjang perkenalan...

Adios

Tuesday, August 16, 2011

Boulevard Hotel, Mid Valley Kuala Lumpur.

Hujung minggu yang lalu kami ke Mid Valley City dan menginap di Boulevard Hotel. Sangat sesuai bagi mereka yang nak shopping... ada Mid Valley Megamall dan The Gardens.

Lobby

Lobby.. posing dulu sementara tunggu Daddy check in.

Okeh.. jom naik!
(Kat hujung lif ada laluan ke Mid Valley Megamall)

Bilik kami..

Lepak sat.. lepas tu pegi jalan-jalan "ukur" Mid Valley Megamall dan The Gardens.. Boys.. Mummy kasik es-krim ye ari ni! Saper nak es-krim.. kena jalan lama-lama.. heheheh :P

Ni sajer supper kat wild rice restaurant yang terletak di tingkat 9.
Restoran ni dibuka 24 jam. Kami cuba satay @ sate dan pizza. Satay nya sangat UMMPHHH!!! Two thumbs up. Bahan perapan satay adalah secukup rasa, ayamnya moist and juicy.. lembut dan kuah kacangnya juga sedappp!! Harga.. agak premium (ala.. rate hotel la uolls.. tapi sebab sangat sedap.. maka.. berbaloi!) Pizza.. errr.. not recommended. Noktah :P

Ini (swimming pool) merupakan tujuan utama ke mari. Dah lama anak-anak tanya.. diorang kalau nak swimming.. mesti ajak ke hotel. Mummy rasa sebab diorang boleh berendam lama-lama kot. Mana tak nya.. pagi swimming.. tengahari nak swimming lagi (eppp.. tak boleh..panasss.. ahaks :) petang 'terjun' lagi... esok pagi celik mata pun ajak ke swimming pool dulu!!! Kalau hotel yang ada bath tub.. lagi naya! 24 jam la berendam ajer kerjanya.. kan?


Tapi satu aje yang Mummy tak suka dengan hotel ni.. parking! Tiada parking khusus untuk tetamu hotel. Kena cari mana-mana parking kat shopping mall dan usung bagasi dalam shopping mall sebelum boleh check in. Untuk tidak mengalami satu pengalaman yang sebegini.. boleh la menggunakan 'valet' parking yang terletak di lobby hotel ;P