Friday, March 23, 2012

Lost World Hotel & Lost World of Tambun

Baru2 ni kami berpeluang ke Ipoh dan menginap di Lost World Hotel.

Biliknya bersih.

Cukup selesa jika datang bertiga.



Pekej kami termasuk entrance ke Hotspring bagi 2 dewasa (6pm-10pm) dan sarapan pagi (2 dewasa). Jadi, anak2 kena bayar.



Anak-anak yang dah tak sabar untuk masuk. Tengok tu.. senyuman pun dah tak ikhlas hihihi :P


Jemput masuk ya….

Kami berendam mengikut interval yang dicadangkan.. 15 minit berendam.. keluar utk 5 minit.. dan teruskan lagi..

Kalau dahaga atau lapar.. boleh beli di sini...

Tak sabar nak tunggu makanan..
Pilih piza yang digemari...
Yummy! Kami pilih Hawaian Pizza. Berebut anak2 makan! Memang sedap!!

Setelah penat berendam dan main..okey.. cukup untuk malam ini… jom balik n tidur! Esok kita masuk lagi ke bahagian lain taman tema.


Sunday, March 18, 2012

(Mak Jah) Mee Udang Kuala Sepetang @ Wangsa Link, Wangsa Maju

Pernah makan mee udang Kuala Sepetang? Ada pelbagai gerai sepanjang laluan ke pekan Kuala Sepetang, Port Weld, Perak. Salah satunya adalah Gerai Mak Jah.

Sekarang.. bagi penggemar mee udang Mak Jah.. boleh juga dapatkan mee ini di kota metropolitan Kuala Lumpur.
Suasana dalam kedai (abaikan hero sorang tu ya!)

Mee Udang Mak Jah.. kuahnya agak pekat dan likat.. pedas-pedas rasanya.. udangnya juga fresh w/pun di KL (boleh memilih mee/ kuey teow/ bihun)

Harga.. RM8 semangkuk bagi mee udang biasa… umphhh! Sedap!!

Licinnnn! Seperti biasa… udang, Daddy yang tolong kopekkan.. dah tua pun mau bermanja ;D

Selain mee udang, ada juga kuey teow goreng dan nasi goreng. Kalau tak salah.. ada beberapa menu lain juga.. tapi tak banyak. Mummy memang tak sempat study menu… dapat ajer mee udang.. terus NGAP! Sunyi sepi.. lumba makan dengan Daddy! Dah abis licin baru angkat muka… hihihi…

Cuba la…

Lokasi: Opposite Restoran Cheng Ho (Amy Search), Wangsa Link
            (deretan kedai antara Wangsa Walk dan Carrefour Wangsa Maju)

DITUTUP SETIAP RABU
Free WiFi