Sunday, March 18, 2012

(Mak Jah) Mee Udang Kuala Sepetang @ Wangsa Link, Wangsa Maju

Pernah makan mee udang Kuala Sepetang? Ada pelbagai gerai sepanjang laluan ke pekan Kuala Sepetang, Port Weld, Perak. Salah satunya adalah Gerai Mak Jah.

Sekarang.. bagi penggemar mee udang Mak Jah.. boleh juga dapatkan mee ini di kota metropolitan Kuala Lumpur.
Suasana dalam kedai (abaikan hero sorang tu ya!)

Mee Udang Mak Jah.. kuahnya agak pekat dan likat.. pedas-pedas rasanya.. udangnya juga fresh w/pun di KL (boleh memilih mee/ kuey teow/ bihun)

Harga.. RM8 semangkuk bagi mee udang biasa… umphhh! Sedap!!

Licinnnn! Seperti biasa… udang, Daddy yang tolong kopekkan.. dah tua pun mau bermanja ;D

Selain mee udang, ada juga kuey teow goreng dan nasi goreng. Kalau tak salah.. ada beberapa menu lain juga.. tapi tak banyak. Mummy memang tak sempat study menu… dapat ajer mee udang.. terus NGAP! Sunyi sepi.. lumba makan dengan Daddy! Dah abis licin baru angkat muka… hihihi…

Cuba la…

Lokasi: Opposite Restoran Cheng Ho (Amy Search), Wangsa Link
            (deretan kedai antara Wangsa Walk dan Carrefour Wangsa Maju)

DITUTUP SETIAP RABU
Free WiFi

No comments:

Post a Comment