Wednesday, March 24, 2010

Scones


Sekarang ni Mummy tengah gila makan. So entry ni pun pasal makan. Pernah makan scone? Mummy pernah makan beberapa kali dan setakat ni yang paling Mummy suka adalah scones dekat Hillside Corner Restaurant & Cafe, Bkt Antarabangsa. Sebelum-sebelum ni... semua scones yang kami makan di serve dengan cream / sour cream dan jem. Haa... kat restoran ni... dia serve dengan lemon curd. Memang best.

Satu set scones mengandungi 2 biji scone dan satu mug teh / coffee. Harganya...setelah dicampur tax adalah RM8.60. Memang ok sesangat bagi mereka-mereka yang teringin minum petang ala-ala omputih gitu!!!
Lagi satu... kami juga sukakan carrot cake Hillside Cafe. Shu'aib yang hantu kek coklat pun sanggup tinggalkan kek coklat sebab sukakan carrot cake disini. Cuba la!

No comments:

Post a Comment