Wednesday, June 23, 2010

Suhail



Sekarang ni.. mulut Suhail pun pot pet pot pet macam Abang. Wah.. memang tak larat nak dengar.. Dah tu .. pelat pula tu! 


"Mummy.. adik pe-dii (pegi)  skool Umi. Beshhhh! Umi badi (bagi) adik lo-ti (roti).. te-dapp (sedap)!"
"Adik pun ada skool. Adik tak na-nis (nangis) punnn.."


"Mana tep (cap @ topi) Doo-fy (Goofy) adik? Adik nakkk..."
"Mummy nak nie?" 
(Oh.. Adik memang sentiasa ingat pd Mummy..kalau dia ada makanan..mesti dia akan offer dulu sebelum dia makan) Dan..kalau dia ambil sesuatu, mesti dia akan ambil dua.. bukan sebab tamak.. tapi .. satu untuk adik..dan satu untuk Abang...


Masa baby.. jari Suhail panjang kan?

Setahun lebih

Dah besar pun anak Mummy :-)

Sekarang ni memang Mummy dah tak larat nak angkat Suhail.. badan padat & berat.. mak aiii.. nampak je kecik.. tapi..memang sakit-sakit badan dibuatnya!

Anak Mummy yang ni... friendly dan berani... cuma... kalau adik nakkan sesuatu..ha.. parah la jawabnya.. dia tidak akan mendengar cakap kita.. he's the BOSS ;-P

Adik suka minuman yang manis.tak kira la.. ribena ke.. milo ke.. hatta kopi pun diminumnya! Air masak..memang payah nak sumbat! Ha.. lagi satu. adik suka sangat dengan icing kek / buttercream. (*wink wink.. bagus juga.. Mummy amik kek.. adik makan topping atasnye je ye! Hehehe..)





Tuesday, June 8, 2010

Hilton KL



Weekend baru ni kami ke Hilton KL. Lokasinya memang strategik sebab bersebelahan sahaja dengan KL Sentral. Ini merupakan agenda pertama Mummy untuk cuti sekolah kali ni. Hehehe.. dekat je kan? Kalau dari rumah.. dalam 30 minit dah sampai la ke sini. Bukannya apa... Daddy ada meeting selama 2 hari di sini. Jadi..kami pun join sekaki. Ohhh..jangan la pelik pula.. kami sekeluarga memang begini...selalu bermalam di hotel yang sekangkang kera jaraknya dari rumah ;-P.. sambil menyelam minum air... selain Mummy dapat berehat-rehat (emmm..iye ke berehat?).. Shu'aib & Suhail dapat mandi di swimming pool... yang lain tu kira bonus la (dapat makan makanan yang Mummy tak masak dirumah etc).


Di KL Sentral ada dua buah hotel (sebelah menyebelah). Satu adalah KL Hilton, satu lagi Le MERIDIEN.


Ni Lobby(?) kat level P2.Dari parking lot, pengunjung kena naik lift ke level L.

Keluar lift di level L.. pengunjung akan menemui dua pintu ini. Di kiri adalah KL Hilton dan kanan LeMERIDIEN.

Reception Area.

Antara ruang menunggu yang terdapat di Lobby.


Untuk ke bilik / seminar room/ ballroom perlu menaiki lift ini.
Bilik kami di tingkat 12.

Lift Level 12


BILIK (King Hilton Deluxe)
Tadaaa! Ni la bilik kami. Emm.. teringat kat Hilton  Shangri-La Boutique Hotel Putrajaya..rasanya ada sedikit persamaan dari cara kami di 'sambut masuk' ke bilik.

'Welcome fruits'


Katil yang amat selesa. Bantal yang mencukupi.. (ada extra pillow dalam almari)

Rasanya ni Hilton tagline.



Meja kerja yang dilengkapi dengan internet access. Flat screen tv plasma (which I like vvvverrryyy muchh..oh Daddy.. baca la entri kali ni ;-P)

Kat sini boleh namapak shower dan bathtub.



Toiletries


They have Hilton Magic which is very convenient. If you need anything..or want to ask anything..
just press a button ;-)
Which we did...coz we can't find the iron and the ironing board... hehehe.

Canggih gitu.. siap cari dalam almari.. drawer... semua tak de.
Rupa-rupanya.. kat dinding situ.. hehehe.


SWIMMING POOL (@ Level 8)

Keluar lift menuju ke swimming pool, pengunjung akan disambut oleh papan tanda Restoran Iketeru (restoran ini mengadap ke swiming pool). Terdapat dua kolam renang yang besar. Memang terasa seperti berada di tepi pantai. Dengan pokok kelapa yang melambai dan saujana awan mata memandang.. memang Mummy tertipu seperti berada di tepi laut.
 
Swimming pool pertama berada di sebelah kiri (Hilton). Di sini terdapat kolam renang dewasa dan water slide. Disamping itu.. terdapat juga waterfall setinggi 3 kaki (kalau tak salah ler.. Mummy lupa lak nak bawa pembaris panjang sekolah tu..ahaks!) yang memberikan bunyian air yang sangat mendamaikan.


Ini pula swimming pool kedua yang terletak disebelah kanan (LeMERIDIEN). Dari swimming pool pertama.. Mummy akan melalui sebuah terowong untuk sampai ke swimming pool kedua ini. Landskap di kanan terowong berkonsepkan ala Japanese Garden (di mana Restoran Iketeru berada). Pool kedua terbahagi kepada dua bahagian iaitu untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Bagi pengujung yang berkeluarga.. pool ini lebih sesuai kerana sambil kita berenang.. anak-anak juga boleh bermain di pool mereka.


Changing room / toilet.
Terletak diantara kedua-dua pool. Di dalamnya terdapat locker, bench, shower room with shower bath dan toilet.

Terdapat juga Boardwalk Poolside Restaurant yang menyajikan makanan simple yang enak mahupun barbeque. 

BERJALAN-JALAN

Public transport amat mudah didapati. Pihak hotel boleh menguruskan sekiranya pengunjung ingin mendapatkan teksi, atau.. boleh juga turun ke level P3 dan dapatkan public transport yang lain di KL Sentral.


Jarak antara lobby P3 dan KL Sentral amatlah dekat..hanya perlu menyeberang jalan yang dihubungkan oleh laluan berbumbung dan mempunyai traffic light untuk pejalan kaki (tempoh menunggu juga amat singkat). Di KL Sentral terdapat teksi, train antara bandar, Putra lrt, ERL (ekspress & transit) menuju ke LCCT dan airport. Selain itu.. terdapat juga bas ke Genting, bas ke airport / LCCT dan juga bas 'Hop In Hop Off'.


MAKAN

Bagi pengunjung yang ingin menjamu selera, di Hilton terdapat 10 buah cafe/ restoran yang pastinya memenuhi citarasa antarabangsa. Namun, bagi yang ingin mencuba makanan biasa.. terdapat banyak pilihan di KL Sentral yang mana pastinya jauh lebih murah, dekat dan juga tidak akan mengecewakan... tepuk dada tanya selera!


Thursday, June 3, 2010

Cuti sekolah datang lagi


Esok last day sekolah untuk penggal ini. Lepas tu... ya beda beduuuuuuuu! Cuti sekolah datang lagi! Bukan budak-budak sekolah je yang suka cuti sekolah... mak budak pun suka sekali. Ngeee!


Bukannya apa.. time macam ni la kita boleh mengeratkan ukhwah sesama keluarga. Chewah! Cuba fikir... ada orang buat kenduri kahwin hari bekerja? Ada mak ayah bawak anak pergi picnic ari Selasa... mana ada kan? Paling kurang.. tunggu hujung minggu... Jumaat, Sabtu atau Ahad. Kot ada pun orang kahwin hari bekerja.. mungkin nikah aje la kot... pas tu.. kenduri kahwinnya mesti hujung minggu.. betul tak?


Cuti sekolah memang best dan ditunggu-tunggu masa zaman belajar dulu. Mana taknya... boleh lari dari rutin harian yang membosankan. 6 pagi..mak dah kejut suruh bangun... menggigil kesejukan.. tu belum masuk bilik air lagi tu... dah tu..kena mandi lak..nak jerang air panas- malas (masa zaman mak tak beli water heater lagi). ...solat.. pakai baju sekolah... kena pulak sarapan ( siap kena paksa makan oii...). Eee.. kalau diikutkan.. tak payah sarapan pun tak apa.. bukannye lalu nak telan makanan di pagi buta yang tanah pun tak nampak lagi tu. Lepas tu.. pegi sekolah. Balik sekolah- mengaji. Petang- main. Malam-kena buat homework/ baca buku. Sama je rutinnya... jadi.. cuti sekolah memang sentiasa ditunggu-tunggu!


Ayah dan mak selalu bawa kami jalan-jalan. Paling kurang...pergi picnic. Atau.. kadang-kala, melawat saudara mara yang tinggal jauh. Contohnya ke Johor.. atau ke Kedah... atau ke Pahang. Ada juga pernah mak dan ayah buat tawaf satu Semenanjung. Bermula dari Perak - singgah P.Pinang - bermalam di Kedah - bermalam di Perlis - bergerak ke Kelantan - dan bermalam di Terengganu - bermalam di Pahang - turun ke Johor (bermalam) - naik pula ke Kuala Lumpur dan akhirnya balik semula ke rumah (Perak) apabila cuti hampir berakhir. Seronokkan? Nasib baik Sabah dan Sarawak tak boleh dicapai dengan kenderaan darat.. kalau tidak.. mesti kami dah ronda satu malaysia! Hehehe


Cuti kali ni.. Mummy pun dah ada beberapa plan. Sabtu dan Ahad.. kami akan berada disebuah hotel. Wah... mesti ingat hotel ni jauhkan? Oh tidak!!! Nanti Mummy tulis review pasal hotel ni... hingga berjumpa dilain kali... SELAMAT BERCUTI!