Thursday, June 3, 2010
Cuti sekolah datang lagi
Esok last day sekolah untuk penggal ini. Lepas tu... ya beda beduuuuuuuu! Cuti sekolah datang lagi! Bukan budak-budak sekolah je yang suka cuti sekolah... mak budak pun suka sekali. Ngeee!
Bukannya apa.. time macam ni la kita boleh mengeratkan ukhwah sesama keluarga. Chewah! Cuba fikir... ada orang buat kenduri kahwin hari bekerja? Ada mak ayah bawak anak pergi picnic ari Selasa... mana ada kan? Paling kurang.. tunggu hujung minggu... Jumaat, Sabtu atau Ahad. Kot ada pun orang kahwin hari bekerja.. mungkin nikah aje la kot... pas tu.. kenduri kahwinnya mesti hujung minggu.. betul tak?
Cuti sekolah memang best dan ditunggu-tunggu masa zaman belajar dulu. Mana taknya... boleh lari dari rutin harian yang membosankan. 6 pagi..mak dah kejut suruh bangun... menggigil kesejukan.. tu belum masuk bilik air lagi tu... dah tu..kena mandi lak..nak jerang air panas- malas (masa zaman mak tak beli water heater lagi). ...solat.. pakai baju sekolah... kena pulak sarapan ( siap kena paksa makan oii...). Eee.. kalau diikutkan.. tak payah sarapan pun tak apa.. bukannye lalu nak telan makanan di pagi buta yang tanah pun tak nampak lagi tu. Lepas tu.. pegi sekolah. Balik sekolah- mengaji. Petang- main. Malam-kena buat homework/ baca buku. Sama je rutinnya... jadi.. cuti sekolah memang sentiasa ditunggu-tunggu!
Ayah dan mak selalu bawa kami jalan-jalan. Paling kurang...pergi picnic. Atau.. kadang-kala, melawat saudara mara yang tinggal jauh. Contohnya ke Johor.. atau ke Kedah... atau ke Pahang. Ada juga pernah mak dan ayah buat tawaf satu Semenanjung. Bermula dari Perak - singgah P.Pinang - bermalam di Kedah - bermalam di Perlis - bergerak ke Kelantan - dan bermalam di Terengganu - bermalam di Pahang - turun ke Johor (bermalam) - naik pula ke Kuala Lumpur dan akhirnya balik semula ke rumah (Perak) apabila cuti hampir berakhir. Seronokkan? Nasib baik Sabah dan Sarawak tak boleh dicapai dengan kenderaan darat.. kalau tidak.. mesti kami dah ronda satu malaysia! Hehehe
Cuti kali ni.. Mummy pun dah ada beberapa plan. Sabtu dan Ahad.. kami akan berada disebuah hotel. Wah... mesti ingat hotel ni jauhkan? Oh tidak!!! Nanti Mummy tulis review pasal hotel ni... hingga berjumpa dilain kali... SELAMAT BERCUTI!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment