Weekend baru ni kami ke Hilton KL. Lokasinya memang strategik sebab bersebelahan sahaja dengan KL Sentral. Ini merupakan agenda pertama Mummy untuk cuti sekolah kali ni. Hehehe.. dekat je kan? Kalau dari rumah.. dalam 30 minit dah sampai la ke sini. Bukannya apa... Daddy ada meeting selama 2 hari di sini. Jadi..kami pun join sekaki. Ohhh..jangan la pelik pula.. kami sekeluarga memang begini...selalu bermalam di hotel yang sekangkang kera jaraknya dari rumah ;-P.. sambil menyelam minum air... selain Mummy dapat berehat-rehat (emmm..iye ke berehat?).. Shu'aib & Suhail dapat mandi di swimming pool... yang lain tu kira bonus la (dapat makan makanan yang Mummy tak masak dirumah etc).
Di KL Sentral ada dua buah hotel (sebelah menyebelah). Satu adalah KL Hilton, satu lagi Le MERIDIEN.
Ni Lobby(?) kat level P2.Dari parking lot, pengunjung kena naik lift ke level L.
Keluar lift di level L.. pengunjung akan menemui dua pintu ini. Di kiri adalah KL Hilton dan kanan LeMERIDIEN.
Reception Area.
Antara ruang menunggu yang terdapat di Lobby.
Untuk ke bilik / seminar room/ ballroom perlu menaiki lift ini.
Bilik kami di tingkat 12.
Lift Level 12
BILIK (King Hilton Deluxe)
Tadaaa! Ni la bilik kami. Emm.. teringat kat Hilton Shangri-La Boutique Hotel Putrajaya..rasanya ada sedikit persamaan dari cara kami di 'sambut masuk' ke bilik.
'Welcome fruits'
Katil yang amat selesa. Bantal yang mencukupi.. (ada extra pillow dalam almari)
Rasanya ni Hilton tagline.
Meja kerja yang dilengkapi dengan internet access. Flat screen tv plasma (which I like vvvverrryyy muchh..oh Daddy.. baca la entri kali ni ;-P)
Kat sini boleh namapak shower dan bathtub.
Toiletries
They have Hilton Magic which is very convenient. If you need anything..or want to ask anything..
just press a button ;-)
Which we did...coz we can't find the iron and the ironing board... hehehe.
Canggih gitu.. siap cari dalam almari.. drawer... semua tak de.
Rupa-rupanya.. kat dinding situ.. hehehe.
SWIMMING POOL (@ Level 8)
Keluar lift menuju ke swimming pool, pengunjung akan disambut oleh papan tanda Restoran Iketeru (restoran ini mengadap ke swiming pool). Terdapat dua kolam renang yang besar. Memang terasa seperti berada di tepi pantai. Dengan pokok kelapa yang melambai dan saujana awan mata memandang.. memang Mummy tertipu seperti berada di tepi laut.
Swimming pool pertama berada di sebelah kiri (Hilton). Di sini terdapat kolam renang dewasa dan water slide. Disamping itu.. terdapat juga waterfall setinggi 3 kaki (kalau tak salah ler.. Mummy lupa lak nak bawa pembaris panjang sekolah tu..ahaks!) yang memberikan bunyian air yang sangat mendamaikan.
Ini pula swimming pool kedua yang terletak disebelah kanan (LeMERIDIEN). Dari swimming pool pertama.. Mummy akan melalui sebuah terowong untuk sampai ke swimming pool kedua ini. Landskap di kanan terowong berkonsepkan ala Japanese Garden (di mana Restoran Iketeru berada). Pool kedua terbahagi kepada dua bahagian iaitu untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Bagi pengujung yang berkeluarga.. pool ini lebih sesuai kerana sambil kita berenang.. anak-anak juga boleh bermain di pool mereka.
Changing room / toilet.
Terletak diantara kedua-dua pool. Di dalamnya terdapat locker, bench, shower room with shower bath dan toilet.
Terdapat juga Boardwalk Poolside Restaurant yang menyajikan makanan simple yang enak mahupun barbeque.
BERJALAN-JALAN
Public transport amat mudah didapati. Pihak hotel boleh menguruskan sekiranya pengunjung ingin mendapatkan teksi, atau.. boleh juga turun ke level P3 dan dapatkan public transport yang lain di KL Sentral.
Jarak antara lobby P3 dan KL Sentral amatlah dekat..hanya perlu menyeberang jalan yang dihubungkan oleh laluan berbumbung dan mempunyai traffic light untuk pejalan kaki (tempoh menunggu juga amat singkat). Di KL Sentral terdapat teksi, train antara bandar, Putra lrt, ERL (ekspress & transit) menuju ke LCCT dan airport. Selain itu.. terdapat juga bas ke Genting, bas ke airport / LCCT dan juga bas 'Hop In Hop Off'.
MAKAN
Bagi pengunjung yang ingin menjamu selera, di Hilton terdapat 10 buah cafe/ restoran yang pastinya memenuhi citarasa antarabangsa. Namun, bagi yang ingin mencuba makanan biasa.. terdapat banyak pilihan di KL Sentral yang mana pastinya jauh lebih murah, dekat dan juga tidak akan mengecewakan... tepuk dada tanya selera!
No comments:
Post a Comment