Wednesday, September 15, 2010
Nasi Minyak
Salam Lebaran buat semua. Hampir 2 minggu Mummy menggantung laptop.. ntah apa2 yang disibukkan! Tadi bila tengok balik gambar kat dalam kamera & hp.. mak oiii ... banyaknye yang belum di kemas kini. Maka banyak juga la cerita yang tertangguh.
Mak tahun ni dah tak berapa cergas dan sihat seperti tahun-tahun sebelumnya. Raya kali ni.. terpaksalah Mummy gagahkan diri buat-buat rajin dan pandai ke dapur. Hehehe.. kot tak dulu.. jangan haraplah kan? Penyakit 'M' memang la dah ada.. ditambah pula bakat yang tiada... Bab-bab masak-memasak yang tiada sukatan yang jitu memang Mummy surrender. Mana taknya.. kalau ditanya.. garam banyak mana? Mak mesti kata... agak2 je la.... Cili kisar? 2 - 3 susu besar.. kalau tak cukup tambah lagi. Uish! Tak ke pening kepala dibuatnya? Betul tak? Baik le buat kek @ biskut.. sah-sah sukatannya tepat... kalau 2 sudu besar margerin.. memang banyak tu la sukatannya!!!
Mulai sekarang.. terpaksa la Mummy memujuk diri sendiri agar rajin ke dapur ;-) Ada sesiapa yang nak jadi tok guru mengajar Mummy masak? Sila angkat tangan..... hehehe.
Ok la... tengahari tadi Mummy masak nasi minyak.. sempoi je.. main taram. Dulu pernah tengok mak masak..dan pernah juga baca resipi nak buat nasi minyak... so.. kita hentam ajelah ye. Ini utk ingatan Mummy sendiri... respi yang Mummy masak tadi...
Nasi Minyak Mummy....
2 1/2 pot (kecik) beras basmati - rendam 1 jam & kemudian toskan
1 1/2 inci kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 biji bunga cengkih
2 biji bwg besar (saiz kcil-sed)*
2 biji bwg putih*
Sedikit halia*
* dikisar halus
1 pot (pot yang sama semasa menyukat beras) susu cair + 2 pot air
Sehelai daun pandan, diikat
Minyak sapi untuk menumis
Garam
- Di atas dapur gas, tumiskan bahan kisar bersama kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga naik bau/ kekuningan. (Mummy pakai periuk nasi elektrik)
- masukkan beras yang telah ditoskan dan kacau bersama bahan tumis.
- tambah campuran susu cair dan air
- masukkan daun pandan dan perisakan dengan garam.
- angkat periuk dari dapur gas dan masak menggunakan elektrik.
Hari ni Mummy makan nasi minyak bersama sambal tumis ikan dan acar buah.
Nota untuk diri sendiri:
- memang best :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
awat tak panggil orang buat ujian rasa :) try la buat daging malbari tu..mesti kena dengan nasi minyak
ReplyDeleteDaging malbari? Uishhh..tu ntah bila nak pandainye. Mak kata... kalau ada 10 tukang masak.. akan dapat 10 rasa yg berlainan w/pun resipinya sama. Agak2nya boleh ke Mummy masak daging malbari tu? Gigih ler Mummy nak membuatnye...
ReplyDeleteJemput makan ;-)