Saturday, April 23, 2011

Thank you all

Thank you for walking into my life and leaving memories....


3 Jan 2005 - 22 April 2011.


12.31 p.m. Friday 22nd 


Gonna miss you..

And you... and a lot others as well...

(in sedey mood la today :'O )

Monday, April 18, 2011

Durian Mousan (g) King

Hari ni mari kita bercerita pasal durian. Maklumlah.. kalau di KL sekarang ni.. dimana-mana ada penjual durian. Katanya sekarang durian tengah musim di Pahang dan Perak. Kalau tanya Mummy.. apakah durian yang paling digemari? Mummy akan pilih MOUSAN(G) KING.. atau.. nama lainnya RAJA KUNYIT.

Setakat sebulan ni.. harga paling murah yang pernah Mummy/ Daddy jumpa di KL ni adalah RM22 / kg. Mungkin belum banyak lagi kot Mousan(g) King ni. Anyway... durian ni memang Mummy rekomen sesangat! Dapat sebiji pun jadi la... puas!

Haa.. pilih yang elok ye Encik!


Rasanya? Hmmm. susah nak describe.. isi agak tebal... ulas durian berwarna kuning keemasan.. bijinya nipis.. rasanya lemak-lemak pahit bercampur manis. Tekstur isinya lembut-lembik (?).. hah..cemana tu? Bayangkan ajer la okeh? ;-P


Durian ni lagi sedap berbanding D24... D24 rasanya lemak manis dan isi tebal.. warna isinya adalah kuning pucat.

Kalau durian kampung pula... Mummy suka sebab rasanya pahit-pahit sket.. tapi isinya nipis (sikit.. tak puas.. hahaha).

Cuba la rasa...

Kalau dah puas makan durian ni.. bolehlah di makan bersama santan & pulut... atau dibuat pengat durian (dimakan/ dicicah bersama roti)... bubur kacang hijau bersama durian.. atau pun dibuat tempoyak sahaja.

Jemput makan....

Saturday, April 16, 2011

Braised Yee Mee With Crab


Disini hujan sejak pagi... cuaca begitu nyaman sekali. Ni baru lepas makan tengahari. Mencuba resipi kononnya nak makan seperti di Unique Seafood, 9B-3 Jln Kemajuan12/18, P.Jaya.

Di sana kami makan braised yee mee with lobster  fresh water prawn. Sedap! Jadi..mari kita buat sendiri pula. Cuma kali ni kita guna ketam sebab Mummy & Daddy tak jumpa pula lobster  tiger prawn atau apa-apa udang besar di pasar tani subuh tadi.

Bahan-bahannya
3 yee mee - direndam/celur dalam air panas
Ketam - Mummy guna 1 1/2 ekor
5 ulas bawang putih- cincang
Halia - potong nipis
Daun bawang - potong panjang 2 inci
Kicap cair
Sos tiram
Sos ikan (jika suka)
Granul ayam
Minyak bijan

Caranya
Tumis bawang & halia.
Masukkan kicap cair, sos tiram, sos ikan dan sedikit air.
Tambahkan ketam. Biar seketika. Bila ketam dah masak..masukkan granul ayam.
Tambah mee yang telah dicelur dan d.bawang.
Akhir sekali..tambah sedikit minyak bijan.
Hidang bersama cili api potong yg direndam bersama kicap cair.

Makan semasa panas.
Selamat menjamu selera
Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, April 14, 2011

Oh.. Adakah saya gembira atau saya patut bersedih?

Mmmm... hari ni masa Mummy tengah mengajar...

Kringgg... Kringgg...

Mummy tengok hp yang memang tersedia di atas meja. Mmm..panggilan dari pejabat (sekolah).. apa yang pentingnya.. kata Mummy dalam hati..

"Hello.. Kak A dot dot dot? "
"Ya.. siapa ni? Kenapa?"
"Akak, ada surat dari Kementerian, akak diarahkan bertukar.."
"Haaa???"
"Nanti akak turun ambil surat di pejabat ya.." kata kerani sekolah.

ARAHAN PERTUKARAN PEGAWAI GRED xx4x  KE PEJABAT Pxxxxxxxx K
Anda diarahkan untuk melaporkan diri pada 15 APRIL 2011. Esok ya akak..jangan lupa.."

"Kringggg... Kringggg..."
"Hello, Pn A dot dot dot (?) Dah dapat surat pertukaran?"
"Ya.. baru sebentar tadi.."
"Minta lapor diri di Pejabat Pxxxxxxxx Sxxxxx ya. Minta datang 7.30 pagi...4-6 Mei 2011 ada kursus yang perlu dihadiri ya"
"Maaf Encik.. saya diarahkan untuk kr Pejabat K.. bukan S..."
"Errr.. sepatutnya Puan ke Pejabat S.. bukannya K... kami tak cukup orang di sini..Saya akan hubungi En Z secepat mungkin"
"Errrrr..ha ???"

2 petang...
Panggilan dari pegawai lain pula... Errrr.. boleh tak Mummy kata.. Saya PENING la Encik... esok saya patut lapor diri ke mana?????


4 petang..
Panggilan dari JPN..
"Puan A dot dot dot... minta lapor diri di Pejabat S esok pagi. Surat pertukaran akan dihantar semula secepat mungkin. Bla bla bla...Harap maklum."
"Errr.. okkkk... (tapi gajiku serta fail peribadi CC nak panjangkan ke mana?)"

Oh...patutkah saya gembira?
Atau.. patutkah saya berduka?

Tuesday, April 12, 2011

Oh! Saya suka!

Teruja Mummy bila nampak notis ni.... bestnya! Harapnya ada banyak bahan bacaan untuk kami sekeluarga. Lain kali Mummy akan check out Perpustakaan Komuniti di Aras G, Jusco AU2
Published with Blogger-droid v1.6.5

Monday, April 4, 2011

Red Velvet Cake

Apa khabar semua? Mummy hari ni dapat MC dua hari. Sejak semalam badan sakit-sakit.. tekak pun sakit.. badan macam tak sedap.. malam.. confirmed demam :(    Tapi cuaca sejak dua menjak ni memang panas betul. Tidur malam pasang aircond pun tak terasa sejuknya.

Hari ni Mummy nak share resipi yang Mummy belajar dari Rima. Memang marvelous sebab Mummy suka.. the two boys love it dan Daddy yang fussy pun SUKA!!!
Kek ni sangat sedap, lembab dan sangat sesuai dimakan bersama frostingnya.



Ni resipinya... (untuk loyang bulat saiz 6 inci atau boleh juga guna paper cup untuk cupcake yang chomel)

Bahan-bahannya (Mummy copy paste aje dr Rima):
1 1/4 cup sifted flour (Mummy pakai tpg gandum biasa)
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp cocoa powder (err..guna cocoa powder Van Houten)
1 tbsp red colouring (Mummy pakai 1 tsp shj)
1/4 cup soft unsalted butter - 57g
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk  (1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon)
1/2 tsp vinegar (Mummy pakai white vinegar)
1/2 tsp baking soda

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g unsalted butter
80g powdered sugar
1 cup fresh cream, whipped until stiff



Caranya:
  • Ayak tepung, baking powder dan garam
  • Dalam mangkuk kecil, campurkan cocoa powder & red colouring.. tambah air sedikit demi sedikit untuk menjadi pes
  • Pukul mentega & gula hingga kembang. Masukkan telur, esen vanila dan pes coklat/merah tadi.
  • Masukkan tepung dan buttermilk berselang seli (Tpg-BM-Tpg-BM-Tpg)- mula dan akhiri dgn tepung.
  • Dalam mangkuk kecil, campurkan vinegar dan baking soda. Masukkan ke dalam adunan dan gaul dengan spatula.
Bakar pada 175C selama 45 minit (ikut oven masing-masing)



Untuk frosting:
  • Pukul cream cheese dan mentega
  • Masukkan gula sedikit demi sedikit pada kelajuan rendah
  • Masukkan fresh cream dan gaul dengan spatula.
Sedia untuk dihias. Daddy suka kalau frosting ditambah dengan sedikit perahan lemon atau perahan oren.

Oh! Dan bagi yang belum pernah merasai kek Red Velvet.. cubalah dapatkannya di Bisou Bake Shop :)