Disini hujan sejak pagi... cuaca begitu nyaman sekali. Ni baru lepas makan tengahari. Mencuba resipi kononnya nak makan seperti di Unique Seafood, 9B-3 Jln Kemajuan12/18, P.Jaya.
Di sana kami makan braised yee mee with
Bahan-bahannya
3 yee mee - direndam/celur dalam air panas
Ketam - Mummy guna 1 1/2 ekor
5 ulas bawang putih- cincang
Halia - potong nipis
Daun bawang - potong panjang 2 inci
Kicap cair
Sos tiram
Sos ikan (jika suka)
Granul ayam
Minyak bijan
Caranya
Tumis bawang & halia.
Masukkan kicap cair, sos tiram, sos ikan dan sedikit air.
Tambahkan ketam. Biar seketika. Bila ketam dah masak..masukkan granul ayam.
Tambah mee yang telah dicelur dan d.bawang.
Akhir sekali..tambah sedikit minyak bijan.
Hidang bersama cili api potong yg direndam bersama kicap cair.
Makan semasa panas.
Selamat menjamu selera
Published with Blogger-droid v1.6.5
No comments:
Post a Comment