Tuesday, May 24, 2011

Republik Kopi, Balai Seni Lukis Negara

Ini memang terbaik dari ladang! Mummy dah try test cuba masa lunch tadi... wahh.. masih teringat-ingat kesedapannya.
Jom zoom sket apa ker bendanya tu...
Republik Pancake With Ice-cream. Yummy!

Harga makanan disini adalah berpatutan.
Lunch tadi Kak Y makan nasi putih, lauk ikan kembung berlada + pucuk manis lemak putih dan Mummy makan ikan tenggiri masak lemak dan terung berlada, 1 air sirap, dua air suam dan dua pancake ice-cream. Harga = RM16 sahaja. (Lepas tu sambung dengan dua mug kopi o panas dibelanja oleh Zaid tuan punya cafe)
Pancake ice-cream kat atas tu hanyalah RM2.50

Tengok ni.. haa.. kan Mummy dah kata..


 Yang kanan tu tuan punya cafe.. gambar credit to kotakasturi.wordpress.com 
(Tapi tadi rambut Zaid dah pendek..tak berikat macam ni.. bagi yang mengikuti perkembangan artis suatu masa dahulu.. tentu cam muka ni)
Zaid.. sorry na.. Mummy tempek gak gambar tuan punya cafe ;D


Tempat makan adalah berhawa dingin... dinding cafe digantung dengan lukisan-lukisan artis Balai Seni Lukis Negara. Sangat sesuai untuk duduk bertemu rakan-rakan sambil bersantai.

Republik Kopi dibuka pada hari Isnin - Jumaat dari 8 pagi - 6 petang.
Bagi yang ingin menempah cafe untuk private event dihujung minggu, anda adalah di alu-alukan.

Bagaimana nak ke Republik Kopi?
Terletak di dalam Balai Seni Lukis Negara. Selepas menaiki escalator, anda akan menemui cafe ini yang terletak di bahagian kanan anda. Tapi.. nama dipintu masuk adalah berlainan..BUKAN Republik Kopi. But don't worry.. ini la tempatnya!

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment