Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


Seloka Buat Guru 
(Nukilan salah seorang ahli kumpulan Mummy dalam gambar di atas)

Kalaulah guru kurang mengajar,
Ramai murid yang kurang ajar,
Kalaulah guru tidak bersedia,
Di dalam kelas banyak cerita.

Kalaulah guru kurang merancang,
Di dalam kelas banyak temberang,
Guru cemerlang murid gemilang
Guru tuang muridnya malang.

Kalaulah guru menepati masa,
Murid bersedia tiada yang leka,
Kalaulah guru suka berdamping,
Murid mengikut rela dibimbing.

Kalaulah guru kenal pelajar,
Di luar sekolah murid tak liar,
Kalaulah mengajar sambil lewa,
Hancur lebur masa hadapan negara.


Kalau guru mengajar sambil duduk,
Murid belajar sambil mengantuk,
Kalau guru mengajar tanpa niat,
Itu tak dikira ibadat.

Kalau guru mengajar banyak bercakap,
Ada kalangan murid yg bertambah gagap,
Kalau guru mengajar tanpa alat,
Murid belajar penuh ralat.

Ini seloka guru cemerlang,
Didik murid jadi gemilang
Ambil yang jernih, keruh dibuang
Jasa guru sentiasa dikenang

Selamat Hari Guru buat semua kerana kita adalah guru kepada insan disekeliling kita.

No comments:

Post a Comment