Friday, March 2, 2012

Kafe Pinang Masak, Bukit Tunku

Dah lama tak cerita pasal makanan. Hari ni Mummy pegi Kafe Pinang Masak. First time datang sini. Wahh! Ada harapan akan kerap ke sini lagi!

Haaa.. apa maknanya tu? Makanannya enak sekali! Superb! Heheheh.. dah lama tak rasa makanan kedai yang dimasak seperti di rumah. Nyum-nyum!

Pelbagai juadah masakan Melayu boleh didapati di sini. Lauk pauk, kuih muih dan sebagainya.


Tadi Mummy mencuba Laksa Johor. Best!

Kawan Mummy makan Laksa Asam. Yang ni.. memang di rekomen!!  Secukup rasa.. Laksa ni dibuat mengikut style laksa melayu.. bukan chinese style. Sedap!

Antara kuih yang dicadangkan oleh kawan Mummy... tepung gomak. Malangnya dah habisss!


Kalau nak datang.. make sure datang awal. Sebab tempat ni memang penuh masa lunch hour. Katanya.. kafe ini dibuka dari pagi hingga 11 malam. Cubalah..

Err.. tapi... HARGAnya agak premium! Seangkatan dengan Laksa Shack.. uhuk uhuk.. paham-paham aje la ye ;P

Alamat:
K2, Taman Tunku,
Bukit Tunku.
03-62011964

3 comments:

  1. uish sebut laksa shack dah lama tak makan ni... Opah dekat sunway pun sedap satu company ngan laksa shack gak kalau tak silap

    ReplyDelete
  2. Ina..
    Nama kedai tu Opah ke? Menu apa yg best kat situ? Ni mesti masuk dlm list ni.. (kedai yg patut pegi hahaha).. tapi jarang bebenor lalu area sana! Bila boleh cuba ni?

    ReplyDelete
  3. Haah namanya opah,dah tak igt dah apa yg best tp set lunch lengkap la. Jenis tradisional. Kat kawasan warna merah

    ReplyDelete