Saturday, September 1, 2012

Ikan Masak Lemak Cikgu Jawahir

Dulu..masa mak sihat, ini antara favourite dish anak2.
"Opahh! Esok masak lemak kuning ya!"
Bila Opah suap.. Shu'aib mesti cakap:
"Opah..you're the best cook in the whole universe!!"
Haa..baik punya memujii! Tapi memang diorang suka..tak kisah sama ada isinya ikan mahu pun ayam.

Bahan:
Ikan - digoreng terlebih dahulu dengan garam kunyit
Bawang besar - dihiris
Bawang putih - dihiris
Halia - dihiris seperti batang mancis
Kunyit (hidup - ditumbuk atau serbuk kunyit juga ok)
Serai - dititik
Daun limau purut
Santan
Garam
1 asam keping (optional)

Caranya:
Tumis bawang, halia, serai..hingga naik bau.
Mummy tambah cili padi seketul2.. dalam 5-7 biji (sebab Mummy boleh gentel masa makan ngan nasi nanti- baru ada kick)
Masukkan santan, kunyit, asam keping jika mahu....biar menggelegak.
Masukkan ikan yang telah digoreng, perisakan dengan garam.
Akhir sekali..masukkan daun limau purut.
Dah siapp.. Cuba la

3 comments:

  1. Nanti nak belajar ngan along gak edit2 gambar, guba tipon ke?

    ReplyDelete
  2. Along guna tipon aje skrg ni..
    Tangkap gambar..
    Pas tu guna InstaCollage (Free Apps).. dan save collage yg dibuat.. Pas tu upload story terkini!
    Cer teraiii! :D

    ReplyDelete
  3. Pakai tabs pun struggle nak update fb haha, pc juga senang haha..tq 4 d info

    ReplyDelete