Sunday, December 29, 2013

Cuti Sekolah Disember 2013

2013 dah nak melabuhkan tirainya..
Sekejap sahaja Mummy rasa untuk 2013..
Baru semalam Mummy sediakan keperluan Abg Shu'aib untuk ke sekolah.. ini dah tamat ke penghujungnya.
Next year (tinggal beberapa hari saja lagi).. adik pula akan mula bersekolah..

Cuti kali ini.. anak-anak hanya duduk di rumah pada awalnya..
Mummy dan Daddy punya hectic schedule yang bertimpa-timpa daripada Sept.. Okt..dan November.
Masuk Disember.. Mummy dah rasa lelah..whoa! I need a break!
Tapi..masa tidak mengizinkan sehinggalah ke minggu terakhir Disember..

Alhamdulillah.. anak-anak tak banyak 'songel'..
Perkara pertama yang dipinta..
Mummy..jom kita pergi kedai buku kat KLCC..
Heheheh..anak-anak boleh layan membaca buku free straight 2 jam.. tapi..
bila nak ajak balikkk..sediakan aje la duitnya!
Mesti ada barang yang nak dibeli!
Abang boleh dibawa berunding..
Pilih buku yang bawah RM30 ya...
Atau..abang pilih satu buku aja ya...
Tapi adikkk...jangan harap!
Dia akan buat-buat tak faham..dan 'peghosah' kita untuk membeli barang yg dia dah berkenan dihati.
Wajib beli. Period!

Next..
Daddy pula bawa anak-anak ke Petrosains..
They did enjoy their day!
Memang agaknya kalau masuk 10 kali pun.. diorang tak pernah jemu..
(Dulu masing-masing dah pernah pergi)..

Dan..
what they enjoyed most...
watching musical theater.. Snow White and The Seven Dwarf..
kat Amphiteater, Sunway Lagoon.
Cumanya... hujan turun dengan sangat lebatnya malam tu..
Memang dah basah lenjun..sebab nak bergerak ke Amphiteater pun..
ada dekat 1km kot perjalanannya..
Menapak dengan gigih dalam hujan lebat.. tak ada laluan yg proper..
Haish! Tapi..
anak-anak Mummy suka sangat..
siap kata..
Yeay! Boleh main hujan!!!
Hmmm.. iye la sangat kan?
Balik pun.. menapak lagi 1 km..nasib baik hujan dah berhenti..
Gigih! Siap kagum dengan diri sendiri.. hihihi






Yang lain-lain..
keluar ke shopping mall..
dalam misi mencari seluar & keperluan diri anak2...





Mummy & Daddy really enjoyed our short 'holidays' with both of you..
Esok dah nak mula kerja..
Mummy ada data PMR yang tak selesai..
Surat2 rasmi yang perlu di 'draf' dan dapatkan tanda tangan bos...
Aiyok..satu pun tak mula lagi..
Dan esok pagi nak submit!
Hahahah.. masih dalam mood bercuti..
I wish tomorrow is still Christmas!
Ho ho ho..



Happy New Year everyone!


Saturday, November 30, 2013

Sushi Tei @Tropicana City Mall

Another good spot to have your good quality of sushi or sashimi...
It's my hubby's staple if he's craving for Japanese food..
Give it a try! Much better compared to Sushi King (in terms of the freshness of its ingredients).. but of course it can never beat Zipangu Japanese Restaurant @Shangri-La Hotel KL!

                      Salmon sashimi
          The happy customer :D

I don't know what's the name of this sushi..but it has some eggs around it..
          Unagi Kabayaki and rice..walla!
 The rolls.. Unagi & avocado, salmon and the fish eggs..


The only thing that u have to bear in mind is that it's a bit on the expensive side!

Selamat mencuba!


Saturday, November 9, 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid 2013

Hari ini kami menghadiri majlis di sekolah Abang Shu'aib. Dua dalam satu... ada Karnival Dwidawarsa (orang dulu-dulu panggil Hari kantin) sempena 20 tahun sekolah ditubuhkan dan juga Majlis HAC. 

Bagus..meriah majlisnya..cuma.. kalau Mummy dah namanya cikgu.. duduk majlis orang pun..masih otak ligat membetulkan ejaan & butiran lain..hahaha! 
Kadang-kala..kita fikir itu perkara remeh..namun sebenarnya memberi impak besar jika tidak diteliti.

Contohnya..backdrop pentas & juga banner yang dipasang.. ditulis sebagai..
MAJLIS KECERMELANGAN MURID 2013.. ditulis sebesar-besar alam.. Bayangkan impak yang diberikan bagi backdrop pentas.. walau kesalahan hanyalah satu perkataan.. tetapi memori yang terpahat dalam gambar beratus penerima anugerah pada tahun ini.. itu belum lagi persepsi ibubapa ... apa yang terlintas difikiran Mummy hanyalah..

"Ish! Tak ada guru BMkah di sekolah ini?"
"Tiada pentadbirkah yang 'lead' event ini? Tiada semakan kerja?"

Hmmm.. mungkin Mummy aje yang pentingkan ketelitian kot..sebab bos-bos Mummy (GB & pentadbir) semuanya yang jenis teliti, cermat & fussy tentang protokol & masa. In fact.. bos yang sekarang pun ya ampunnn.. lagi la super duper fussy tentang kerja.. walau pun hakikatnya mak aiii! Malangnya nasibku sebab dapat bos bos yang cenggitu.. tapi.. alhamdulillah.. banyak yang dapat dipelajari! 

Haish! Ok lah.. tak payah cerita panjang.. kita layan aje gambar-gambar siang tadi...



Tarikh tu..abaikan ya.. kamera tak berapa nak betul macam tuan dia (siapa tah! Hihihi)

Ini pak we Mummy yang tengah sibuk memikir.. what's next? what's next? Badan kat sini..tapi otak dah terbang sampai ke Brunei ;)

 Gambar Abang yang dapat hadiah.. dan adik yang belum bersekolah!

Mummy dan dua bodyguard.. kih kih kih




Monday, November 4, 2013

Breakfast @One World Hotel, One Utama

Weekend baru ni..kami breakfast di Hotel One World..
Bagi family Mummy yang ada pelbagai ragam & taste.. Mummy bagi 4 bintang utk breakfast di sini..

Paling Mummy suka adalah omelette & scramble egg yang dibuat oleh chef di sana! Two thumbs up! Disebabkan teramatlah sedap & memenuhi kriteria.. maka..sampai terlupa nak ambil gambar! Tahu2..dah selamattt dalam perut sambil tersenyum puas! Kih kih kih

Tak tahu kenapa..setiap hotel yg Mummy pergi.. during breakfast..mesti nak try omelette dulu.. tak de omelette..scramble egg pun boleh. Tapiiii...omelette Mummy mesti ada macam2 kat dalammya..dan yang palingggg pentinggg... omelette mesti, wajib & wajib runny di dalamnya! Kalau tak..wajib fail tukang buat tu..hihihi.. Haa..hotel ni..kedua2 hari lulus pemeriksaan Mummy 👍

Mee udangnya juga sedap.. Pastanya juga two thumbs up (bolognaise)..
Garlic fried rice sangat enak..dan tak lupa juga.. meat strips nya juga amat yummy!
Ada pelbagai jenis hidangan..daripada Melayu, Indian, Chinese, Japanese & Western! 

Cuma..mungkin sebab ramai guest..servis utk pelayan mengisi minuman (kopi/ teh) dan juga mengambil piring2 yg telah digunakan adalah agak sedikit lambat!

Hotel ini sesuai utk berehat dihujung minggu bersama keluarga!
Cuba la..

Gambar yang sempat (baru teringat nak ambil)


Wednesday, October 23, 2013

Aktiviti hujung tahun sudah bermula

Jeng jeng jeng...
Maka..bermulalah aktiviti hujung tahun Mummy yang sibuk dari awal Okt sehinggalah awal Dis nanti..

Jam sudah lebih satu pagi..katil masih tak rupa katil..

Anak-anak Mummy sudah lena diulit mimpi.
Kadang-kala akan kedengaran tawa mereka.. dan kalau tak bernasib baik..flying kick pun ada..kih kih kih...
Sorry, lampu masih bernyala... Mari kita teruskan..

Tuesday, October 15, 2013

Donut (Sesuai untuk 2-3 orang makan)

Mummy copy paste daripada url di bawah:

Bahan-bahan ( 5 - 7 biji )
1 cawan (250ml) Tepung gandum
1 sudu teh margerin/mentega (suhu bilik)
1 sudu besar susu pekat manis ( jika tiada, boleh ganti: 1sudu susu tepung + 1 sudu gula)
1 sudu teh yis (tak kesah jenama apa pun)
1/4 cawan air suam2 kuku (jgn terlampau panas)
secubit garam (sikit je taw)
Gula / coklat untuk hiasan

Cara-cara

Letak yis kedalam air suam, kacau dan biarkan seketika
Gaulkan tepung, marjerin, susu pekat manis dan garam sehingga sebati
Pastikan tiada ketulan2 besar, kemudian masukkan air suam barcampur yis tadi
Uli atau gaul sampai sebati lebih kurang 15 minit 
Biarkan adunan selama 30 minit, adunan akan kembang 2 kali ganda
Setelah dibiarkan, uli semula adunan selama 5 minit. Kemudian bentukan donut mengikut citasara masing2. Pastikan tangan dan dulang untuk susun donut yang sudah dibentuk bertepung sedikit
biarkan donut tadi selama 10 minit (agak2 dia jadi kembang balik)
Panaskan minyak (serdahana), bolehlah goreng donut tersebut. (jangan simpan lama-lama sangat, nanti terlampau lembik.

Drp alkepon



Aktiviti makan makan di hari raya

Pagi..
Alhamdulillah kami makan lemang, rendang daging, mee goreng dan marble cake...
Daddy dah mula ada selera sedikit..

Tengahari..
Sempat masak ikan jenahak masak sambal, daging salai masak lemak cili api, ayam goreng, bayam masak lemak dan ulam pucuk gajus dari depan rumah.

Petang..
Buat sedikit donut untuk anak-anak.

Alhamdulillah..atas nikmat yang engkau kurniakan.
Tapi..diet Mummy memang ke lauttt!
Esok kena mula kira calory intake balik..
:D


Monday, October 14, 2013

Salam Aidil Adha

Doa arafah

----------------

Ya Allah Ya tuhan kami, ampunkanlah dosa dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah ampunkanlah dosa dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa seluruh ummat Islam yang telah mati dan yang masih hidup.

Ya Allah Ya tuhan kami, kami pohonkan apa yang telah di pohonkan oleh Rasulullah saw, dan kami meminta perlindungan dari apa yang pernah di minta perlindungan oleh Rasulullah saw.

Ya allah Ya tuhan kami, kami pohonkan syurga tanpa hisab, dan berilah kekuatan taufiq dan hidayah kepada kami, supaya kami dapat melakukan sebab sebab yang membawa kami kearahnya, selamatkan kami Ya allah dari sebab sebab yang membawa kami ke neraka.

La haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyul ‘azim.

Ya Allah Ya tuhan kami, engaku sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin, berilah kekuatan, taufiq dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami Ya Allah.

Tambahkanlah Ya Allah kepada kami, ilmu, iman dan amal, hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya tuhan kami, kami pohonkan kepada engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yagn berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui segala yang berlaku di hati kami, hidupkan hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang ada di dalam hati kami, selamatkanlah hati kami dari sifat sifat yang keji dan jauhi kami dari perkara perkara yang boleh mematikan hati kami.

La haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyul ‘azim.

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami yang sentiasa menyedari akan hakikat ketuhanan dan keagungan kerajaan engkau dan masa depan kami di akhirat nanti.

Ya allah jadikanlah kami hambaMU yang hanya mengabdikan diri kepadaMU dengan sebaik baiknya, berilah kekuatan taufiq dan hidayah kepada kami supaya dapat kami lakukan apa apa yang diperintahkan oleh engkau dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh engkau.

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMU yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas kematian nanti.

Ya Allah Ya tuhan kami, hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman, selamatkanlah iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang akhir nanti.

Ya Allah Ya tuhan kami, selamatkanlah kami semasa berada dalam kubur, jadikanlah kubur
kami satu taman dari taman taman syurga, selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur dan jangan engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang lubang neraka.

Ya Allah Ya tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju mahsyar, selamatkanlah kami Ya Allah, semasa berada di padang mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naugan arasy engkau Ya Allah.

Ya Allah Ya tuhan kami, ampukanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang sedikit, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami Muhammad saw.

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hambaMU ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan,

Ya Allah, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam nabi kami al-Kauthar, selamatkan kami semasa menyeberangi titian sirotal mustaqim dan masukkanlah kami kesyurgaMU bersama sama orang orang yang mulia di sisiMU Ya Allah.

La haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyul ‘azim.

Ya Allah Ya tuhan kami, apalah kiranya engkau akan lakukan pada petang, saat dan ketika ini kepada seorang hambaMU yang hina yang mengaku berdosa dan bersalah, yang merayu kepadamu di atas kejahatan, yang bertaubat kepadamu kerana dosanya, yang memohon keampunan kepadamu kerana kezalimannya, yang mengharap kemaafanmu kerana kesilapannya, yang merayu kepadamu supaya tercapai segala hajatnya, yang mengharapkan kelimpahan rahmatmu pada tempat wuquf ini, walaupun dengan dosa yang begitu banyak laksana buih di lautan.

Ya Allah kami sekelian keluar menuju kepadaMU dan berhenti di perkarangan rumahMU, kepadaMU lah kami meletakkan segala harapan kami, kepadaMU lah kami memohon kemurahan rahmat, kami takut kepada dosa kami, oleh itu kepadaMU lah kami berlindung dari bencana dosa kami.

Ya Allah Ya tuhan kami, engkaulah yang memiliki seluruh hajat orang orang yang memohon, yang mengetahui seluruh kandungan hati orang orang yang tidak merayu

Ya Allah, engkau telah sediakan sajian kepada setiap tetamu dan kami sekalian adalah tetamu kepadaMU, oleh itu kurniakanlah syurga sebagai sajian MU kepada kami.

Ya Allah ya tuhan kami setiap rombongan dikurniakan hadiah, setiap pelawat dikurniakan cenderahati, setiap pemohon dikurniakan pemberian, setiap yang berharap dikurniakan habuan, setiap yang memohon rahmat mendapat rahmat MU,

Maka kami sekalian datang berkunjung kerumah MU yang mulia ini dan berada di tempat ibadah yang agong ini dengan harapan mendapat rahmat dan keampunan MU, oleh itu janganlah hampakan harapan kami semua ya Allah.

Ya Allah ya tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini ya Allah, dengan berkat nabi kami Muhammad saw. Dan dengan berkat amalan kami yang ikhlas kepada MU ya Allah.

Allah Humma ya Allah, wahai Yang Maha Mendengar

Tidak mungkin kaki kami mampu melangkah ke tempat ini kecuali Engkau yang menguatkan
Tidak mungkin tergerak di hati kami ingin menunaikan haji kecuali Engkau yang menggerakkan
Tidak mungkin seringgit pun kami miliki kecuali Engkau yang memberikan
Tidak mungkin kami sihat kecuali Engkau yang menyihatkan
Tidak mungkin kami dapat membantu tubuh ini berwudhuk kecuali Engkau yang mengajarkan
Tidak mungkin lidah ini dapat menyebut namaMU kecuali Engkau yang membimbing ya Allah

Betapa ramai makhluk yang Engkau ciptakan
Betapa sedikit yang berada di Arafah ini ya Allah

Ya Rabb…

Dengan apa kami mensyukuri nikmat haji ini ya Allah
Kecuali berharap kepada MU
Terimalah haji kami ini Ya Allah
Terimalah haji kami ini Ya Allah
Terimalah haji kami ini Ya Allah

Allahummaj’al hajjan mabruura, wa sa’yan masykuura wa dzanban maghfuura.

Rabbana dholamnaa anfusanaa wa illam taghfirlanaa watarhamnaa lana kuunanna minal
khosirin.

Ya Allah, ampuni seluruh dosa dosa kami

Engkau menjanjikan haji yang mabrur
Bersih dari dosa seperti bayi yang baru dilahirkan
Alangkah indahnya jika kami Engkau pilih demikian ya Allah

Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui betapa menderitanya diri kami dengan lumuran dosa
Betapa sengsaranya hidup kami dengan menutupi aib
Betapa hinanya diri kami dengan maksiat
Bersihkan kami ya Allah
Bersihkan dosa kami ya Allah
Ampuni dosa kami kepada orang tua kami
Ampuni jikalau mereka menyesal melahirkan kami
Ampuni dosa kami kepada keluarga kami ya Allah, kepad anak anak kami

Ampuni ya Allah jika di sekujur tubuh kami ada harta haram
Dirumah kami banyak barang haram
Padahal Engkau mengharamkan ke syurga bagi yang di tubuhnya ada daging haram
Berikan kesempatan kami untuk menyucikan diri dari harta haram ya Allah
Jauhkan sejauh jauhnya ya Allah
Cukupi diri kami dengan rezeki MU yang halal

Ya Allah ampuni jikalau kami sering mendzalimi hamba hamba MU yang lemah
Berikan kesanggupan bagi kami untuk terpelihara dari kedzaliman

Ya Samiul alim, Duhai Yang Maha Mendengar, hanya Engkaulah tumpuan harapan kami
Jadikan kaum muslimin ini menjadi suami yang benar
Menjadi ayah yang jujur
Menjadi lelaki yang shaleh
Menjadi Kaum muslimah ini menjadi isteri yang shalehah
Menjadi ibu yang shalehah
Menjadi muslimah yang terpelihara
Kurniakan kepada kami Ya Allah, keturunan yang lebih baik daripada kami
Lindungi dari kederhakaan dan kehinaan dunia dan akhirat

Ya Allah berkahilah sisa umur kami
Berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami
Berkatilah ilmu yang Engkau kurniakan
Berkatilah sisa umur ini

Allahummaghfir lilmu’miniin wal mu’minat muslimin wal muslimat, al ahyaai minhum wal amwaat…

Ya Allah selamatkan umat Islam ya Allah
Selamatkan umat Islam ya Allah
Jangan biarkan Engkau saksikan kami terhina seperti ini
Persatukan hati kami ya Allah

Bangkitkan para pemimpin yang mencintai MU dan mencintai umat MU
Tolonglah saudara kami yang teraniaya di penjuru mana pun ya Allah
Jangan biarkan kaum dzalimin berjaya atas kaum beriman ya Allah
Jangan biarkan kaum yang ingkar kepada MU mendzalimi kaum yang bersujud kepada MU

Bantulah saudara kami pejuang pejuang Islam dan Ummat islam di Palestine, Iraq, Afghanistan dan seluruh pejuang agamaMU.
Ya Allah mereka dalam genggamanMU ya Allah
Ya allah cegahlah kedzaliman keatas umat MU ya Allah
Ya Allah, selamatkan negeri kami Ya Allah
Engkaulah yang Maha tahu keadaan negeri kami
Jangan biarkan ummat MU seramai ini ditindas dan di hina

Bangkitkan Ya Allah
Jadikan negeri kami negeri yang memancarkan cahaya Islam
Menjadi negeri yang rahmatan lil’aalamiin

Ya Allah kurniakan kepada kami pemimpin yang sholeh
Para pemimpin yang mencintai ummat MU
Para pemimpin yang teguh hidup di jalan MU
Para pemimpin yang benar benar menjadi suri tauladan bagi kami

Ya Allah yang Maha Agung
Undanglah kami, keluarga kami dan keturunan kami, dengan orang orang yang berbuat baik kepada kami

Ya Allah, izinkan kelak kami bertemu dengan MU yg Allah
Bertemu dengan Rasul MU
Bertemu dengan kekasih kekasih MU

Rabbana aatina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa Qiina Adzabannar
Rabbana taqobball minna innaka anta samiul ’alim watub alayna innaka
Antattawaburrahiim Subbahaana rabbika rabbil ‘izzati ‘ammaa yaashifuun
Wasalamun alal mursaliin Walhamdulillahirrabil alamiin

Buat semua saudara mara & rakan taulan..
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha..

Bagi kami sekeluarga pada tahun ini..pertama kali kami sangat terasa kerana tiada lagi sambutan kemeriahan qurban..
Dulu..emaklah yang akan sibuk.. sama ada dengan ibadah qurban itu sendiri..ataupun menyediakan juadah untuk anak-anak dan saudara mara yang akan datang berkunjung...

Tahun ini..emak semakin uzur..tak terkira sudah berapa kali beliau diserang sawan mahupun strok..kebolehan komunikasi (melalui isyarat) juga semakin ditarik sedikit demi sedikit..
Dan sejak dua minggu lalu..saban malam tidurnya tidak lena.. Waktu siang juga sama.. menahan kesakitan..yang tidak tahu puncanya..dibahagian kaki kanan yang telah lumpuh.. Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..
Buat mak..mohon ampun dan maaf..kerana kadang kala..hati ini terpaksa dikeraskan..agar mak juga tetap tabah & sentiasa redha dengan ketentuanNya..

Ya Allah..ku berdoa..moga kau terimalah doa dari hambamu ini..


Mak bersama rakan baiknya Cikgu Timah yang telah kembali ke rahmatullah pada 15.8.2013 yang lalu

Sunday, October 13, 2013

Butter Cake A Recipe to Keep

Butter Cake Simple (Mummy copy paste dari blog Nina spt catatan di bawah, memang sedap)

Bahan-bahan
250g Gula caster
250g Butter
5 biji telur (B)
250g Tepung naik sendiri

Cara penyediaanya
1-  Panaskan oven terlebih dahulu
2-  Putarkan butter dan gula caster hingga kembang
3-  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi
4-  Masukkan tepung naik sendiri, pukul hingga rata
5-  Kemudian tuangkan adunan dalam loyang yang telah digris, hentak sekali (jangan pula hentak sampai nak terkeluar balik adunan tuu yea - pelan-pelan sudaaa) 
6-  Bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak.  (cucuk tengah ngan lidi - kalau lidi bersih tandanya kek dah masak)

Cream Icing 
Bahan-bahan
1kg krimwell
1/2kg gula icing

Cara penyediaannya
1-  Pukul krimwell hingga kembang
2-  Masukkan gula icing yang telah diayak dan pukul hingga rata
3-  Adun bersama colour (oil base) dan dah boleh guna tuk mendeco-deco

>>>>> Adunan cream icing akan dapat sangat banyak so boleh lah buat separuh dari adunan yea 
Kalau terasa banyak juga, belah cake kepada 2-3 bahagian dan buh lah cream icing kat lapisan tengah cake  tuu :)

Selamat mencuba!
http://ninamirza.blogspot.com/2013/01/butter-cake-simple-cream-icing-paling.html?m=1

Petang tadi Mummy buat sekali lagi resipi ni..(butter cake)
Resipi ni memang mudah..bahan2nya pun mudah!
Tapi kali ni Mummy bahagi adunan kpd dua bahagian.. satu bahagian  letak cooking chocolate..satu lagi adunan asal..
Walla! Marble cake in the house!
(Cuma Mummy kena belajar teknik untuk jadikan bentuk marble tu cantik..
Tak apa..nanti kita cuba lagi!)

P.s: Loyang 8x8 ya!






Monday, September 23, 2013

Mee Kari Ikan

Tempohari..kami berkesempatan untuk terbang ke Labuan.
Alhamdulillah..seorang lagi ahli baru telah selamat dilahirkan di sana..
Sempat makan2 di Anjung Ketam (makanan laut @seafood amat berbaloi untuk diteroka..murah dari harga di KL).
Lobster yang kami makan..walla..manisss isinya.. Sambil menulis ni pun..kecur air liur teringatkannya! Dan..ketam buttermilk juga enak! Ratah seafood sampai lenguh tulang rahang..kuang kuang kuang.

Selain itu.. Daddy juga asyik menyebut2 Mee Kari Ikan yang kami makan semasa lunch di Labuan. Sibuk mencari diapers newborn dan beberapa helai baju untuk baby di Parkson (seberang jalan dari Dorsett Labuan)....perut juga mula memainkan lagu Metallica.. Akhirnya jumpa food court di Ground Floor. Gamble mencuba makanan yang ada..
Mee Karinya memang superb! Ada potongan isi ikan (tak tahu ikan apa) yang turut diletakkan di dalam kari. Memang berbaloi-baloi.

Maka...
Tersebutlah kisah Mummy yang gigih mencuba sedaya upaya memasak mee kari seperti yang diceritakan penyediaannya oleh Daddy...
Balik aje kerja petang tadi..tung tang tung tang Mummy bersilat di dapur..

Mula2..buat cekodok dulu untuk Adik..
Lepas tu..buat pes tom yam pula untuk stok memasak minggu ni.. Lasssst sekali baru masak mee kari..untuk dinner petang tadi..

Ini resipinya...

3-4 mangkuk air stok ikan bilis 
(Dibuat daripada ikan bilis yang warna gelap dan besar- dikupas dan buang perutnya...ambil segenggam.. rebuskan..toskan..ambil airnya)

4-5 ketul isi ikan sebesar saiz kotak mancis- diperap bersama sedikit garam dan digoreng terlebih dahulu. Ketepikan

3 sb bhn blend (bawang besar, bwg putih dan sikit halia)
1/2 inci kulit kayu manis
1 bunga lawang
1 buah pelaga
1 bunga cengkih
1 tangkai dayn kari
1 sb cili kering yg telah di blend
2 sb rempah kari daging (tambah sikit air-dijadikan pes)
Susu sejat Ideal (untuk masakan)
Sedikit granul ayam
Garam
3 ketul tauhu puff- dipotong dua

Sebungkus mee-dicelur
1 biji telur- direbus dan dipotong 4
2 pokok bak choi- dibersihkan dan dicelur
Cili merah- dihiris
Sedikit bawang goreng

Caranya:

Tumiskan bawang blend hingga naik bau.
Masukkan kulit kayu manis, daun kari dsbnya..
Kacau..
Masukkan pes kari dan cili blend.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan air stok. Biar mendidih.
Masukkan tauhu puff.
Masukkan sedikit susu sejat untuk masakan (agak2..ikut kesesuaian)
Perisakan dengan garam dan sedikit granul ayam.

Selamat mencuba!





Mummy, Abang Adik dan newborn baby

Abang yang sibuk nak jaga baby


Mee Kari Ikan Labuan meletop!


Mee Kari Mummy-tone down kepedasannya untuk sesuai dengan perut Mummy yang manja-manja gituu :D

Friday, September 20, 2013

Potongan ayat untuk tahan sakit

Untuk nota diri sendiri dan pembaca.

Wednesday, May 29, 2013

Lunch Terangkat Di Pekan Kuah, Langkawi

Kalau anda ke Langkawi..jangan lupa singgah makan di Kedai HBL Food Corner 2. HBL terletak di pekan Kuah..berdekatan dengan Hotel Bayview (short walking distance).

Untuk mencarinya agak sukar sebab gerai ini agak tersorok. Jika hotel Bayview di sebelah kiri..kedai deret 23 di sebelah kanan..terus kehadapan hingga nampak kedai Gamat Shaari Gamat Asli Ent. HBL terletak bersebelahan dengan Gamat Shaari.

Menu wajib adalah ikan bakar (Mummy tak tahu ikan apa..tetapi ianya telah dipotong saiz kecil sebesar penumbuk kanak2 6-7 tahun. Udang laut masak asam pedas...sungguh terangkat sedapnya!!! Tambah pula dengan ulam atau kerabu pilihan anda.. 

Fuh! Memang kalah makanan di hotel! Sungguh sedap dan enak.. Udangnya sungguh manis, asam pedasnya cukup rasa masam pedas manis masinnya! Ikan bakarnya juga sangat sedap diratah begitu saja! Ikan dibakar menggunakan arang dan rasa dan bau ikan bakar ini sungguh membangkitkan selera.

Jangan risau kerana harga amat berpatutan. Mummy ambil 3 nasi, 3 ketul ikan bakar, 3 ekor udang laut saiz XL-masak asam pedas, seketul ayam goreng biasa, seketul ayam masak sup & kerabu untuk 3 orang makan..harganya tak sampai RM30.00 

Cubalah!


Pic credit to google..Mummy tak sempat ambik gambar..laju aje lauk pauk dah licin!



Jangan pandang sebelah mata..superb ikan bakar & asam pedas udang laut!



Kalau jumpa kedai ni...mesti jumpa HBL!
Selamat mencari...

Tuesday, May 28, 2013

Bushyuk Masyam On The Go!

Dear kids,
When you're older..this is somethin for you to cheerish...

Mr Teddy yang masih diangkut naik turun kapal terbang..dan berlayar membelah lautan..

Love love love.. Muahh!