Tuesday, December 2, 2014

Resipi Ikan Kukus


Ikan siakap
Kredit gambar daripada http://sallesulieman.blogspot.com/2010/07/siakap-sinohong-gelama-ikan-duri.html


Ini masakan sempoi antara yang selalu Mummy masak untuk anak2 sekarang ini. Mana tidaknya..pukul 5 dah kena bersilat masak sarapan pagi dan juga masakan untuk lunch (hingga dinner). By pukul 6 pagi.. Mummy dah kena bersiap untuk pergi kerja.. Haa.. satu jam aje untuk semuanya..

Jadi.. untuk memudahkan kerja.. biasanya ikan sudah dibersihkan pada Maghrib hari sebelumnya. Begitu juga bawang..halia..sudah dibuang kulit terlebih dahulu. Esok tinggal untuk dihiris dsbnya. Sayuran juga Mummy akan siap2 potong mengikut kesesuaian jenis masakan.. esok pagi2..cuma perlu dibilas sahaja kesemuanya :D

Resipi yang Mummy nak tulis ini..asalnya dikukus.. tetapi Mummy telah ubahsuai. Mummy masak berkuah terus di atas api (tidak perlu menumis).. campak bahan2.. haa.. dah siap! Mudahkan?
Mari kita lihat resipinya...

Bahan2nya:
1 ekor ikan siakap (saiz sed-besar dan dipotong 2.. sebab periuk Mummy tak muat ikan besar2)
1 ulas Bawang besar.. dipotong bulat
1 inci halia.. dihiris
1 btg serai..batangnya dibelah 2..kemuduan diketuk (jika dikukus..serai dihiris tipis)
2 biji tomato (belah 2 atau 4..ikut suka)
Cendawan (ikut suka)
1 btg carrot (kecil-sed.. dipotong baji atau disagat memanjang)
1 btg celery
Sedikit bunga kobis atau apa jua sayuran lain
Daun limau purut
2 biji asam boi
3 biji cili api (diketuk.. nak pedas..tambah lagi)
3/4 sb sos tiram
sedikit kicap pekat
Sedikit kicap cair
Sedikit sos ikan
Sedikit gula jika mahu.
(Mummy juga guna 2 liter air..sbb Mummy tak kukus..tetapi terus rebus dalam periuk)

Caranya:
Masukkan air dlm periuk.
Tambah bawang, halia, serai, asam boi, sos tiram, kicap dan sos ikan.
Masukkan cili api
Rasakan masam, masin, pedas, manis kuah. (Jika mahu..tambah sikit gula)
Masukkan carrot dan celery. Biar separuh empuk.
Masukkan bahan2 lain dan juga ikan.
Tutup api.
Dah siap!

(Hihihi.. resipi acilat ikan kukus.. sebab nak cepat dan anak2 juga nak kuah banyakkkk)
Selamat mencuba!

Tuesday, November 25, 2014

Kisah adik dan markah peperiksaan...

Abang. Dapat dua anugerah mata pelajaran tahun ini. Tahniah drp Mummy & Daddy.

Kisah terjadi beberapa minggu lalu..

Adik:  Mummy! Tengok ni...
(sambil berlari-lari anak..ingin menunjukkan kertas peperiksaan akhir tahun beliau)
Mummy: Okayyyy.. bagus.. (sambil membelek kertas tersebut.. markah yg tertera 96%)
Adik: Bagus kan (?).. adik dapat 96! Tapiiii...
         kawan-kawan adik, raaaaamaaiii lagi yang dapat 100 markah!
Mummy: (Heheheh.. sambil menahan gelak dalam hati)
              Bagusss... tahun depan kita cuba lagi ya?

Masa abang dapat surat untuk jemputan ke Hari Anugerah Kecemerlangan.. abang dan adik berbual sesama mereka..
Abang: Tahun 1.. dapat 1 anugerah..
            Tahun 2.. abang dapat 2 anugerah..
            Tahun 3 tahun depan..abang nak dapat 3 anugerahlah!
Adik: Ooooo..banyaknya abang dapat.
         Adik tak dapat apa-apa pun sebab ramai kawan-kawan adik dapat seratus..
Abang: Tak apa..adik cuba lagi!
Adik: Okay..tahun depan adik kena belajar rajin sikit la..
          Adik pun nak dapat 2 anugerah masa Tahun 2...

(Okay.. Mummy tersenyum sambil mendengar perbualan anak-anak..)

Adik memang mempunyai gaya pembelajaran kinestetik..dengan menyentuh, rasa, bergerak..dengan melakukan sesuatu.. Adik suka lihat apa yg Mummy & Daddy buat..dan kemudian mencubanya. Adik juga suka membuka alat2 mainan.. skru dsbnya. Kalau suruh membaca buku.. hihihi..tak sampai 3 minit..adik sudah hilang entah kemana.. yg tinggal..cuma buku yg terbuka! Apatah lagi untuk menulis.. baru pegang pensil..macam2 penyakit akan keluar dr mulut adik.. Mummy, tangan adik lenguh la.. atau.. Mummy, tangan adik sakit ni.. atau.. Mummy..adik mana ada pensil.. haaa.. kan dugaan namanya tu?

Alhamdulillah..Mummy bersyukur ada abang dan adik. Rambut sama hitam, perangai lain-lain!
I love you both.. dan perbezaan itu yang menjadikan mereka unik!

Thursday, August 14, 2014

Mee Kari Opah Kajang

Nota untuk diri sendiri..
Resipi mee kari mudah daripada Opah Kajang

Bahan-bahannya (Untuk 15 orang makan):

1 mangkuk bahan blend (bawang besar, bawang putih fan sikit halia),
2 peket kecil serbuk kari ayam/daging Adabi,
1 1/2 mangkuk ikan bilis- diblend bersama air hingga halus,
3 ketul peha ayam (saiz besar)- dipotong kecil-kecil,
Air secukupnya untuk kuah,
1 3/4 kotak santan harmuni,
2 peket fishball- dibelah 2,
2 papan fish cake- di potong ikut citarasa,
14 ketul tauhu puff- dipotong 2.

2-3 peket mee (dibilas dan dicelur)
1/2 peket bihun (direndam dan dicelur)
Telur rebus- dibelah 4
Seikat sawi- dipotong dan di celur
Tauge- dicelur (sekejap sahaja supaya masih rangup)
Bawang goreng,
Cili merah & cili hijau- dihiris
Tauhu goreng jika mahu

Caranya:
1. Tumis bahan blend hingga naik bau
2. Masukkan pes rempah kari (serbuk kari + air..kacau membentuk pes)... Sentiasa kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan ayam..kacau sebentar.
4. Tambah stok ikan bilis, air dan santan. Biar menggelegak.
5. Masukkan fish ball, fish cake dan tauhu puff.
6. Masukkan kiub pati ayam, sedikit gula, garam. Rasa ikut kesesuaian.

7. Di dalam mangkuk, masukkan mee/ bihun.
Tambah bahan2 lain dan letak kuah.
Sedia untuk di makan.

Saturday, July 19, 2014

Nasi Daging



Alhamdulillah, hari ni dapat masak nasi daging untuk berbuka puasa.
Dah lama teringin nak makan..tapi tak ada resipi.. Mak pernah buat..tapi tak pernah nak belajar.. Lagi satu resipi mak yang teringin nak buat adalah nasi udang!

Resipi ni Mummy copy paste daripada Myresipi (Salwahcm) http://www.myresipi.com/top/detail/593

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 kilo beras Basmathi (Mummy guna 5 pot beras)
  • 1/2 kilo daging (Mummy: 1 kg daging)
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Sedikit mentega/ minyak sapi
  • 1/2 cawan tomato soup (Mummy: 1st mambung tomato puree)
  • 1 cawan susu cair (Mummy: 3/4 pot beras)
  • sedikit garam (Mummy: 1/2 st garam)

Cara-cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
  3. Basuh beras dan toskan.
  4. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
  5. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  6. Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
  7. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak. (Mummy: tomato soup/puree dan susu di ambil kira dengan air daging menjadikan jumlahnya 5 pot nasi dan dimasukkan sekali semasa tanak nasi)
  8. Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, cili api, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, sedikit kerisik, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.
  9. Makan dengan Dalca.
  10. Daddy tambah dengan ikan goreng (+ bawang goreng, daun kari dan halia)

Superb!

Tuesday, June 3, 2014

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan

Hari ini.. 13 tahun yang lalu... Mummy dan Daddy diijab kabulkan.
Hari ini..alhamdulillah...dikurniakan 2 putera cinta hati...

Tq Daddy.. kerana menjadi suami, sahabat, partner in crime, ayah kpd anak2 dan juga teman berdebat...
Terima kasih kerana masih bersama mengharungi roda2 kehidupan..
bermula dari zaman awal perkahwinan... hingga sekarang.. kala susah dan senang  bersama...

Zaman ikat perut untuk makan..
zaman awal bekerja yang sangat sibuk yg kadang-kala berjumpa hanya hai-hai dan bye-bye..
zaman yang kadang-kala..hanya dapat tidur bersama di bilik kecil (bilik on call) di PPUM..
Alhamdulillah..rezeki Allah insyaallah sentiasa terbentang luas buat hambaNya...

Hari ini..terima kasih ya Allah..masih diberi peluang untuk kami bersama..
Kami gembira..dan kami bersyukur..
Alhamdulillah...






Thursday, May 29, 2014

Jualan Sempena Cuti Sekolah Oleh Bak Tailor

Cepat! Cepat! Sementara stok masih ada!
Jualan murah dan saaaaangaaaaatttt berbaloi bagi bapak2 dan anak2 lelaki yg boleh pakai baju siap!
Mana nak dapat..baju melayu..saiz abang n adik..kain yg baik..harga cuma RM20 sepasang!!!
RM20 sepasang! Haaa..tak terbeliak mata mendengarnya???
For real ni rakan2!!! Mummy pun mula2 tak percaya..jadi..pukul 11 pagi dah terpacak kat tempat yg dikatakan.. 
Ada ramai makcik2 umur 60an dah tunggu dan berkerumun depan pintu..
Rupa2nya.. dah mula dari 24hb tempohari! 
Ada makcik tu kata..dia dah datang 2 kali..ni masuk kali ke3!! 
"Makcik dah beli jubah dan baju kurung untuk cucu! Tapi..baju budak perempuan tak banyak!"
"Hari ni makcik nak beli apa lagi?"
"Makcik nak cari pulak baju melayu untuk cucu lelaki pula! Tapi..anak kena buka plastik dan check...ada orang dia dah buka..tak masukkan balik! Udah la baju saiz lain..seluar saiz lain!"
Ohhh!..kata saya
"Makcik pulak baru tahu.. Deme yang duduk blok ni yg bagi tahu.. Ni yang makcik datang. Nak tengok kot ada baju untuk cucu juga!"
"Hehehe..saya pun nak cari selai dua untuk anak2 lelaki saya.."

Tapi...selepas sejam! Dah selonggok baju n samping yg Mummy beli! Konon..
Dalam hati..tak apa! Buat baju raya n mengaji anak2 hingga tahun depan!

Ini hasil tangkapan hari ini...

Siapa yg ada masa terluang dan memang nak mencari baju untuk anak2...
Ini alamatnya..

Cari LRT Gombak (stesyen yg akhir)
Sale di Blok A4 (tingkat bawah) Flat Taman Melati..
Selamat memborong!
😘




Sunday, May 11, 2014

Happy Mother's Day


Thank you darling!
Had a wonderful afternoon with you and the kids..

I love their ravioli! ❤️

Saturday, March 29, 2014

Autumn in Melbourne!

Salam buat semua.



Kali ini Mummy akan bercerita tentang Melbourne...
Kami berkesempatan untuk ke Melbourne pada 20-26 Mac 2014 yang lalu.

Penerbangan:
Ada banyak airline yang membawa kita ke Melbourne.
Bagi Malaysian, ada 2 penerbangan utama yg menjadi pilihan.. sama ada Malaysia Airline ataupun Air Asia X. Perjalanan mengambil masa selama 8 jam penerbangan. Pesawat akan mendarat di Tullamarine Airport (untuk penerbangan antarabangsa).
Tips: Jika membawa anak kecil, lebih selesa mengambil penerbangan malam daripada KUL dan tiba di Melbourne pada awal pagi.. Disepanjang penerbangan..anak-anak biasanya akan tidur dan tidak banyak kerenah. Tentunya..soalan-soalan cepumas "Mummy! Bila nak sampai?" dapat dielakkan ;P

Mata wang
Australian Dollar (AUD, $).
Exchange rate pada masa Mummy pergi lebih kurang 1 AUD = RM3

Musim
Melbourne mempunyai 4 musim iaitu:

SeasonAverage maximum Average minimum
Summer (December–February): warm to hot
25°C (77°F)14°C (57°F) 
 Autumn (March–May): mild
 20°C (68°F)11°C (52°F) 
Winter (June–August): cool to brisk 
14°C (57°F) 7°C (45°F) 
 Spring (September–November): cool to mild
20°C (68°F) 10°C (50°F) 
Tetapi pada musim panas yg lalu..suhu mencecah sehingga 43C. Dan sehingga kehari ini, terdapat beberapa kawasan yang masih terbakar.
Locals sering mengingatkan kami bahawa cuaca di Melbourne adalah sangat unik. Dalam satu hari..boleh ada 4 cuaca yang berbeza! Jadi..bak kata pepatah..sentiasa sediakan payung sebelum hujan!
Pada penghujung Mac.. cuaca adalah baik dengan suhu sekitar 18C-23C (maksima) pada waktu tengahari. Walaupun matahari terpacak di atas kepala..keadaan adalah sangat selesa dan dinasihatkan memakai jaket nipis sekiranya cuaca agak berangin.
Namun, di awal pagi dan lewat petang/ malam.. cuaca adalah sangat sejuk.. Sebaiknya..bagi anak-anak, pakaikan mereka 3 lapis pakaian beserta jaket/ sweater, cap (head covers), scarf, gloves dan kasut bertutup.
Dan..pastikan membawa payung atau baju hujan!

Masa
Melbourne adalah 3 jam awal berbanding Kuala Lumpur.
Jadi..sekiranya di KUL 3 petang, di Melbourne adalah pada jam 6 petang.

Pengangkutan
Semasa di Melbourne.. kita boleh memandu (kereta).. atau memilih pengangkutan awam seperti cab, tram, keretapi atau bas.
Sekiranya memilih untuk memandu di tengah bandar Melbourne..pastikan anda membaca sedikit info tentang undang2 jalan raya di sana.
Tips: Booking kereta sewa boleh dibuat secara online dan pastikan anda turut menyewa sistem GPS semasa membuat tempahan kereta. Sekiranya anak2 berumur 6 tahun dan kebawah.. anda juga memerlukan car booster atau pun baby car seat.

Friday, March 7, 2014

Wahhh! Makan Besar @Chicken Rice Shop

Hari ni Mummy kononnya mula nak jaga food intake Mummy..
Tapi..disebabkan pagi2 terkocoh-kocoh dan tak sempat nak memasak (alasan ler tu..)..jadi tgh ni Mummy mencari kedai yg boleh provide sayur dan lauk..serta sedikit shj kandungan karbohidrat..
Kononnya la kan!
(Pg tadi sarapan dgn roti dan jus epal)

Tapi..walaweiiii! Mak aiiii..
Kedai ni saje je nak bg Mummy tak lalu makan!
Belum lagi makanan tiba..sorang staff datang dan kata..
"Kak! Ni bilnya!"
"???$-@"
(Ye la kan..makan tak..minum pun tak..
Tup tup..terus datang bagi bil!
RM28.65!!!
Untuk sorang makan!
Sighhhh....
Terus hilang selera makan bila ayam, sup & bean sprout sampai..hahahah!

Monday, March 3, 2014

Alhamdulillah..hujan renyai di tanah Bukit A..

Cuaca panas sedang melanda Malaysia.
Air di empangan juga sudah diparas kritikal.
Sudah dua peringkat catuan air berjadual dilaksanakan oleh Syabas..

Mulai hujung minggu lalu..jarak penglihatan juga sudah mula berkurang..
Dan alhamdulillah..hujan turun sebentar tadi..

Maka..jom kita makan banana muffin panas-panas!
Nyaman!

Dan di atas dapur..
Bunyi mendesir dan aroma daging kambing panggang menusuk ke hidung!

Awesome!

Dan..dipenjuru dapur..
Mummy ralit memerhati jendela..
Menunggu kepulangan Daddy dan anak-anak..

Banana muffin panas yang baru masak.. Fresh from d'oven!

At Mak Lang's House

Back dated post from Chinese New Year:
A great weekend at Mak Lang's...


The red lantern that they made early in the morning.. 

Adik..enjoyed running around the house with the newly found 'kelantan's number one fan's kite'..hihihi




















Wednesday, January 22, 2014

How are u mommy?


Hari ni...
Mummy menunggu anak2 pulang dari sekolah (di dapur).
Semasa makan malam...

Abang : How are you today mommy?
             You look tired.
             Are you okay?
Mommy : I'm not okay.
                I'm sick.
Abang : Did you go to work?
             May be you should rest after 
             this.

Thank you son. You did notice even a simple thing like this.

Ya Allah..please take care of our sons..
May they grow up as a good moslem. Amin.

Sunday, January 19, 2014

Reunion!

Selepas 25 tahun meninggalkan bangku persekolahan...

Kelas MN..

Gambar Homeroom..tak amik dengan hp sendiri.. Ada beberapa org yang dapat hadir..
Siak (ketua homeroom kitorang)..
Ema..
Amie..
Mummy Eda (saya la tu..tapi kat sekolah dari form1-form5..dan family members..panggil Along)
Wak..
Walid
Itu sahaja yg ada malam ni..

3 org adik beradik homeroom sudah dijemput Ilahi...

Infact..ada beberapa keping aje amik gambar..yg lain2 pakai kamera orang..tumpang sekaki..hahaha

Kma, Along, Emelyn, Faris dan Meor Nasmi


             Along, Kma dan Sally

    Along, Atul, Mazlina, Emelyn dan Azie

    Tambah sorang lagi..Kma :)

Tiada dalam hp..gambar bersama Papa Monster (Pak Lan..cikgu Scouts yg marvelous & sporting ever after)..
Juga Mama Monster..Miss Rudy..cikgu hoki team perempuan..
Lepas keluar sekolah..Papa Monster & Mama Monster get married..berkat doa anak anak monsters (kitorang le tu!)

I used to stay overnight kat rumah Papa Monster during weekend. Usually ramai2..dgn geng Scouts.. And never failed..pukul 7.30 pagi aje..Papa Monster akan jerit dari porch..
"GOOD MORNING LITTLE SUNSHINE!"
Suara macam pakai "healer"..tobat semua akan bangkit dari tidur..sebab kalau tak memang Papa Monster akan terus ucap good morning..kecoh satu taman perumahan! Hahaha..

Dan Miss Rudy aka Mama Monster is a very nice lady..soft spoken..baik hati..selalu juga lepak rumah beliau untuk makan-makan! She's a good cook! (Tak tahu la mana satu yg betul..either she's truly a good cook..atau kitorang yang memang kuat melantak! Hihihi)
 Gambar Papa Monster & Mama Monster yg tengah paling atas (pix credit ti Kma)

   Along, Miss Rudy (Mama Monster), Pak Lan (Papa Monster) & Kma




Barisan hadapan Kma, Aina, Mummy, Liza
Tengah Farique (muka separuh), BD, Amiaq, Azhar
Belakang Niza, Wu'are, Suziani (tak nampak muka), Nina, Shikin Farouk & Rini





Sekian, terima kasih :)