Wednesday, April 29, 2020
Saturday, January 11, 2020
Adik dan sekolah baru
Wednesday, September 4, 2019
Doa Buat Anakanda Yang Menghadapi Peperiksaan
Assalamualaikum wbt
Anakanda Suhail dan rakan-rakan tahun 6 akan menduduki UPSR pada 4, 5, 10 & 11 September 2019.
Dengan rendah hati, saya mohon maafkan segala salah silapnya, halalkan segala ilmu, makan minum selama hayatnya dan doakan agar anakanda Suhail serta rakan2 berjaya di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya semoga segalanya akan dibalas dengan redha dan kurnia pahala dr Allah.
Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas,
Kurniakanlah kepada anakanda kami keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari, kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul, dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan.
Allahumma Ya Mani' (Yang Maha Mencegah), cegahlah mereka daripada penyakit lupa, was-was dan resah gelisah.
Allahumma Ya Zohir, Yang Maha Menzahirkan, Ilhamkanlah jawapan dalam fikiran mereka dengan Cahaya PetunjukMu Ya Nuur Ya Haadi Ya Haqq
Allahumma Ya Baari' (Yang Maha Mengatur), aturkanlah agendaMu kepada anakanda kami ini agar mereka dapat fokus ketika di dewan peperiksaan.
Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin,
Ya Allah Yang Maha Perkasa, Maha Kuat dan Maha Teguh. Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini.
Allahumma Ya Ba'its, Yang Maha Membakar Semangat dan Maha Memberi Motivasi, bakarkan semangat mereka untuk terus mengulangkaji pelajaran di saat akhir ini.
Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, Yang Maha Suci dan Maha Jernih, bersihkan dan jernihkan hati dan fikiran mereka daripada bisikan syaitan dan nafsu yang melemahkan semangat mereka.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Ro'uf Ya Karim, jadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk mereka dan kami menjadi abdiMu dan KhalifahMu di bumi, semoga dengan kecemerlangan peperiksaan ini membawa mereka dan kami lebih hampir kepadaMu.
Dan moga segala pengorbanan yg anakanda buat untuk kami sekeluarga... Menjadikan ia asbab untuk anakanda berjaya mendapat keputusan cemerlang dan dapat masuk asrama seperti mana hasratnya..
Ameen Ya Mujib (Yang Maha Memaqbulkan)
(Doa Asmaul Husna adaptasi dari
U.Asma' binti Harun)
Saturday, March 16, 2019
Saturday, June 17, 2017
Resipi Nasi Beriani dan Ayam Beriani

Mummy tak rajin nak tulis..
harapnya boleh baca tulisan Mummy yg macam cacing kerawit ni 👇🏻

Friday, June 9, 2017
Bread & Butter Pudding Custard (Puding Roti Berkastard)
Resipi ni Mummy dapat drp Wan Chu.. dengan sikit olahan/ penambahan.

Bahan Puding Roti:
Roti 8 keping - dicarik
Susu berkrim/ segar 500 ml
Telur 2 biji (sed)
Gula 4 sb
Butter 2 sb - dicairkan
Kismis, choc chip, serbuk kayu manis
- Masukkan roti dan susu dalam loyang. Tekan agar semua roti terendam.
- Dalam bekas lain, masukkan telur, butter cair dan gula. Kacau sebati dan tuang dlm loyang tadi.
- Tabur kismis, choc chips dan sedikit serbuk kayu manis.
- Bakar pada suhu 180-190C selama 30 minit.
Sementara itu, sediakan sos kastard.
Bahan Sos Kastard:
3/4 tin susu cair + 150 ml susu segar
2 cawan air
Gula secukup rasa (dalam 4 sb)
2 sb tepung kastard
1 st esen vanila
- Masukkan semua bahan dalam periuk non stick.
- Gunakan api kecil.
- Kacau sentiasa hingga menjadi sedikit pekat.
- Tutup api dan sejukkan dlm peti ais.
Hidangkan ketika sejuk.
Paipkan whipped cream ke atas puding roti dan dihidang bersama sos kastard tadi.
Selamat mencuba!
❤️

Saturday, May 27, 2017
Saturday, August 27, 2016
10 kesalahan umum kertas Matematik UPSR
Perkongsian drp ahli group
Sumber Pendidikan:
Assalammualaikum
Kongsikan kepada sesiapa yang ada anak UPSR ataupun Guru Matematik
Top 10 Kesalahan murid semasa menjawab soalan matematik kertas 2.
1. Tulisan tidak jelas dan mengelirukan
Nombor 4 menyerupai 9, 0 menyerupai 7
2. Kesilapan memindahkan jawapan dari ruang pengiraan kepada ruang jawapan.
3. Penggunaan tanda = yang tidak perlu seperti menyatakan nilai digit.
4. Salah dalam penggunaan unit
5. Overdoing dalam pengiraan
6. Miss reading soalan.
7. Gagal memahami pertukaran unit
8. Tidak meletakkan unit pada jawapan.
9. Keliru dengan rumus
10. Calon tertinggal langkah pengiraan akhir
Saturday, August 20, 2016
Muffin Pisang
Olahan resipi drp:
http://fizalgk.blogspot.my/2013/10/muffin-pisang-walnut.html?m=1
Bahan2nya:
Pisang dalam 4 biji (kalau besar ambil 3 je)
Telur 1 biji
Minyak masak 1/3 cwn
Gula perang 3/4 cwn
(campurkan semua bahan sambil lenyek2kan pisang)
Tepung gandum 1 1/2 cwn
1 st baking powder
1 st baking soda
Sikit serbuk kulit kayu manis
Sikit garam
Sedikit Hershey choc chips (semi sweet/ dark choc)
(Semua bahan kering digaul dan dituang dalam bahan basah di atas. Gaulkan seketika menggunakan spatula)
Sedikit walnut/ almond nibs utk ditabur di atas muffin
Masak dalam muffin cup. 180C selama 20 mint
❤️ Yummy
Tuesday, July 12, 2016
Resipi Pulut Jagung Kukus
http://periuktanah.blogspot.my/2010/06/ketupat-pulut-jagung-manis.html?m=1
Mummy copy paste dr url di atas.
Resipi utk simpanan masa hadapan ;)
Bahan-bahan:
3 cawan beras pulut
3 cawan santan sederhana pekat daripada 1 biji kelapa- pastikan kelapa yang dimesin putih sahaja supaya rupa pulut tidak lebam. Kalau beli santan pekat dah siap tu, jangan masukkan hampasnya..
sedikit garam
1/2 cawan jagung manis- yang dipeket atau jagung segar dihiris. (boleh tambah kalau suka lagi banyak jagung
*** sedikit gula jika nak rasa macam ketupat manis pantai timur- K.An tak letak sebab dah ada rasa jagung manis.
5-8 helai daun pisang berukuran 7 X 8 inci- dilayur terlebih dahulu
*** boleh guna daun palas jika ada
tali rafia untuk mengikat
Cara membuatnya:
*** Boleh Rujuk juga di 'Entry' Pulut Pasong
1. Masukkan pulut, santan, garam dan jagung ke dalam periuk nasi. Masak seperti biasa hingga masak. Biar suam-suam sedikit sebelum dibalut.
2. Sediakan daun pisang. Sendukkan pulut ke atas daun pisang. Padatkan seperti membuat lopes. Bentukkan silinder dan gulung kemas.
3. Ikat bahagian tengah. matikan ikatan dan potong tali. Padatkan di kedua hujung daun pisang. Ikat kemas setiap satu. Buat hingga habis pulut.
4. Panaskan kukusan. Susun ketupat di dalam periuk pengukus dan kukus selama 20 minit. Matikan api dan angkat ketupat. Sejukkan sebelum dipotong.
Tuesday, June 14, 2016
Resipi bubur candil/ bubur tepung pulut
http://resipicitarasawan.blogspot.my/2014/08/bubur-tepung-pulut-bubur-candil.html?m=1 Resipi drp sini :)
Untuk anakanda adik
Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
1 cawan air
1 sudu teh garam halus
pewarna jika suka
2 liter air untuk merebus
1 1/2 liter air sejuk untuk merendam (Masukkan dalam bekas)
Bahan Kuah
800ml santan
100gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan - simpul
2 sudu kecil tepung ubikayu / jagung - larutkan dengan sedikit air
Cara-cara :
1. Satukan tepung pulut dan garam. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh, jika keras tambah 2-3 sudu kecil air.
2. Bahagikan kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna mengikut suka.
3. Gentel bulat-bulat buat hingga habis.
4. Didihkan air hingga mengelegak di dalam periuk. Masukkan bebola pulut dan masak hingga timbul di permukaan air. Angkat dengan penapis dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
5. Kuah : Masak santan, gula, garam dan daun pandan hingga mendidih. Kemudian masukkan larutan tepung ubikayu untuk memekatkan kuah.
6. Toskan bebola pulut dan masukkan ke dalam kuah dan hidangkan.
Monday, June 13, 2016
Nasi Mandy Kambing
Resipi dr blog ini:
http://www.secubitgaramnor67.com/2013/09/nasi-mandy-kambing.html?m=1
Jumaat lalu Mummy singgah kedai borong Suria Wholesaler, Jln TAR (jual barang2 dr negara Arab/ Timir Tengah).
Alang2 singgah, 'terbeli' daging kambing frozen, rempah mandy dan buah kurma.
Balik petang tu terus masak nasi Mandy, kebetulan barang2 ada utk memasak (kecuali daun ketumbar dan lemon..hat ni gigih singgah Giant dulu sblm balik rumah petang tu).
Mummy
Mummy masak ikut sebiji-sebiji dr
blog
Thursday, June 9, 2016
Berbuka puasa #4 (Ayam Percik Versi Kelantan)
Resipi drp blog ini:
http://aziejaya.blogspot.my/2013/04/ayam-percik-kelantan-buat-dr-nana.html?m=1
Ayam Percik Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4
Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya
Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam
Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.
Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah merata rata dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah.
Dan untuk kuih berbuka esok, Mummy buat iniiii ;)
First time cuba.
Tapi esok nak buat versi durhaka..tak mo gula banyak! Kuih apakah itu? Tungguuuuuuu
Wednesday, June 8, 2016
Tuesday, June 7, 2016
Berbuka Puasa #2
Hari ni mari berbuka dengan Ayam Masak Thai, Labu Masak Lemak, Sambal belacan anak teruna dan ulam pucuk gajus.
Frozen murtabak.
Sunday, June 5, 2016
Scones (with raisins)
http://mobile.canadianliving.com/food/baking_and_desserts/raisin_scones.php
This recipe makes 15 scones servings
Preparation time: 15 minutes
Cook time : 14 minutes
Cook time : 14 minutes
Ingredients
2cups cups(500 mL) all-purpose flour
1/4cup cup(60 mL) granulated sugar
4tsp tsp(18 mL) baking powder
1/2tsp tsp (2 mL) salt
1/2cup cup(125 mL) cold unsalted butter, cubed
1/4cup cup(60 mL) sultana raisins
1egg
3/4cup cup(175 mL) milk
Preparation
In large bowl, whisk together flour, sugar, baking powder and salt. With pastry blender, 2 knives or fingertips, cut in butter until in coarse crumbs with a few larger pieces. Mix in raisins.
In glass measure, beat egg with fork; add enough of the milk to make 1 cup (250 mL), stirring to blend. Remove 2 tbsp (25 mL) and set aside.
Pour remaining mixture, all at once, into centre of flour mixture. Stir with fork just until dough comes together to form wet dough. Using hands, shape into ball. Transfer to lightly floured surface; pat out into scant 3/4-inch (2 cm) thickness.
Using floured 2-inch (5 cm) round cutter, cut out biscuits. Repeat with scraps once. Place on parchment paper–lined baking sheet; brush with reserved milk mixture. Bake in 425°F (220°C) oven until risen, golden and firm to the touch, about 14 minutes.







