Saturday, April 17, 2010

Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah




Pernah tengok dan bermesra bersama gajah secara dekat? We had an enjoyful evening today at Elephant Conservation Center, Kuala Gandah, Pahang. It wasn't too far from Kuala Lumpur coz it took only 1 hour 10 minutes to reach there. Dari KL.. ambil laluan lebuhraya Karak menuju ke Kuantan. Kita akan melalui Genting Sempah.. Bukit Tinggi dsbnya... jangan risau.. teruskan lagi perjalanan sehingga bertemu exit LANCHANG. Keluar melalui exit Lanchang dan  ikut penanda arah. Rasanya.. dr exit Lanchang ke Pusat Konservasi lebih kurang 14km.

Wah! Dah banyak kereta rupanya kat sana. Berderet Cik Kiah oii.. huh.. tak merasa la kami utk dptkan pas kuning (boleh menaiki gajah & mandi bersama gajah di dalam sungai berhampiran). Haa.. tengok ni.. kan Mummy dah kata... kami dapat pas... merah je..huhuhu....

Ni kereta dah berduyun kat tempat letak kereta :(

Anyway... we had so much fun out there!!! Tengok aje gambar-gambar kat bawah ni...

Kat pintu masuk

Adik yang takut tengok gajah

Anak gajah (Langsat).
Adik masih takutkan gajah

Langsat ambil kacang dari tangan Mummy.
Tapi dia tak makan pun.. sbb dia prefer pisang masak... pandai pilih yang sedap ya!

Abg Shu'aib pun takut juga.. punya la payah nak suruh dia datang dekat Si Langsat ni..

Kat belakang ni gajah2 yang dah besar (paling tua 72 tahun)

Pukul 2 petang ada sesi memberi makan gajah.
Gajah di sini makan pisang, betik, tembikai dan timun.


Bagi mereka yang mendapat pas kuning (terhad 120 pas sehari).. boleh la menunggang gajah.

Daddy Elephant berdiri dua kaki depan Shu'aib.. Shu'aib punya la gembira sampai tepuk tangan beria-iya!

Kasihan anak gajah ni.. cuba lihat kaki kiri depannya.. kudung akibat jerangkap di dalam hutan.

Adik masih takut nak datang dekat anak gajah.

Berehat setelah penat bersama gajah

Baju baru beli.. terus nak pakai!!!

Ngee ;-)
P.S : Gambar ni Abg Shu'aib yang ambil... dah pandai ya!

Facilities kat sini adalah memadai.. ada tandas yang selesa (dan shower room), ada surau.. ada gerai aiskrim.
Kalau nak makan yang berat... kat luar ada tiga warung yang boleh makan-makan. Mummy memang rekomen warung 'Nasi Ayam'.. memang ok & sedap.

Haa... apa lagi Cik Kiah.. sila la ke Kuala Gandah. Jangan lupa untuk menderma kerana gajah-gajah ni memerlukan lebih kurang RM2000 sehari untuk makan minumnya (RM100/gajah).


Thursday, April 15, 2010

Thai Massage Yang Melegakan

Mummy tak pernah pun mencuba Thai Massage. Yang pernah dicuba hanyalah urutan tradisional selepas bersalin. Bagi ibu-ibu (bukan bapak-bapak ya!) tentu tahu apa rasanya urutan tradisional kita kan? Mungkin boleh dikatakan 'sedap' setelah meraung diurut oleh tukang urut. Dan.. pastinya satu badan akan melekit oleh minyak yang digunakan... betul kan?

Berbeza dengan Thai Massage.. mereka tidak menggunakan minyak. Jika ada pun hanyalah sangat sedikit dan itu pun hanyalah "Tiger Balm". Masih terbayang-bayang kesedapan satu badan diurut oleh tukang urut Thai tadi. Kalau ikutkan badan yang sememangnya kepenatan.. mahu aje tidur lena semasa diurut tadi.Tapi..malu pulak.. bukannya apa..takut Mummy berdengkur sambil meleleh air liur... hehehe.. nanti kena banned pulak muka ni!


Ni la kedai yang Mummy pegi tadi.. kat Jusco AU2. Sambil tunggu untuk wax kereta.. ternampak la iklan ni. Body Massage.. 1 hour.. RM50. Mula-mula Mummy disuruh untuk duduk di kerusi panjang yang terletak di pintu masuk. Kemudian kedua-dua kaki (our feet) di cuci. Seterusnya Mummy kena salin baju sebelum dibawa ke bilik untuk diurut.

Secara umumnya Thai Massage menggunakan teknik tekanan daripada bahagian anggota badan si tukang urut (contohnya siku.. lengan.. kaki atau keseluruhan berat badan mereka dsbnya). Selain itu, si tukang urut ada juga menggunakan teknik refleksologi seperti tukang urut Cina terutamanya di bahagian kaki. Nak cerita dengan mendalam pun Mummy tak berapa pandai nak describe... so.. pegi aje la Cik Kiah oii... cuba try test tengok. Yang pasti... kita tak berasa malu sbb si tukang urut akan urut beralaskan baju kita ( dengan lain perkataan.. baju & seluar tak payah di selak... eh... ada.. diselak seluar setakat lutut.. hehehe)

Lepas urutan.. pelanggan akan dijamu dengan secawan kecil air suam. Pi la try Cik Kiah oi.. bawak bapak-bapaknya sekali. Pas tu.. suruh aje bapaknya yang bayar ya! ;-)

Kedai ni dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. Tapi.. tadi aunty tu dah pesan.. "next time err.. call befor u kam". "Teng kiu.. datang lagi.." Iye.. pasti Mummy akan datang lagi walau pun mereka tidak fasih berbahasa melayu mahu pun inggeris... definitely I'll come again.....