Pernah tengok dan bermesra bersama gajah secara dekat? We had an enjoyful evening today at Elephant Conservation Center, Kuala Gandah, Pahang. It wasn't too far from Kuala Lumpur coz it took only 1 hour 10 minutes to reach there. Dari KL.. ambil laluan lebuhraya Karak menuju ke Kuantan. Kita akan melalui Genting Sempah.. Bukit Tinggi dsbnya... jangan risau.. teruskan lagi perjalanan sehingga bertemu exit LANCHANG. Keluar melalui exit Lanchang dan ikut penanda arah. Rasanya.. dr exit Lanchang ke Pusat Konservasi lebih kurang 14km.
Wah! Dah banyak kereta rupanya kat sana. Berderet Cik Kiah oii.. huh.. tak merasa la kami utk dptkan pas kuning (boleh menaiki gajah & mandi bersama gajah di dalam sungai berhampiran). Haa.. tengok ni.. kan Mummy dah kata... kami dapat pas... merah je..huhuhu....
Ni kereta dah berduyun kat tempat letak kereta :(
Anyway... we had so much fun out there!!! Tengok aje gambar-gambar kat bawah ni...
Kat pintu masuk
Adik yang takut tengok gajah
Anak gajah (Langsat).
Adik masih takutkan gajah
Langsat ambil kacang dari tangan Mummy.
Tapi dia tak makan pun.. sbb dia prefer pisang masak... pandai pilih yang sedap ya!
Abg Shu'aib pun takut juga.. punya la payah nak suruh dia datang dekat Si Langsat ni..
Kat belakang ni gajah2 yang dah besar (paling tua 72 tahun)
Pukul 2 petang ada sesi memberi makan gajah.
Gajah di sini makan pisang, betik, tembikai dan timun.
Bagi mereka yang mendapat pas kuning (terhad 120 pas sehari).. boleh la menunggang gajah.
Daddy Elephant berdiri dua kaki depan Shu'aib.. Shu'aib punya la gembira sampai tepuk tangan beria-iya!
Kasihan anak gajah ni.. cuba lihat kaki kiri depannya.. kudung akibat jerangkap di dalam hutan.
Adik masih takut nak datang dekat anak gajah.
Berehat setelah penat bersama gajah
Baju baru beli.. terus nak pakai!!!
Ngee ;-)
P.S : Gambar ni Abg Shu'aib yang ambil... dah pandai ya!
Facilities kat sini adalah memadai.. ada tandas yang selesa (dan shower room), ada surau.. ada gerai aiskrim.
Kalau nak makan yang berat... kat luar ada tiga warung yang boleh makan-makan. Mummy memang rekomen warung 'Nasi Ayam'.. memang ok & sedap.
Haa... apa lagi Cik Kiah.. sila la ke Kuala Gandah. Jangan lupa untuk menderma kerana gajah-gajah ni memerlukan lebih kurang RM2000 sehari untuk makan minumnya (RM100/gajah).
No comments:
Post a Comment