Thursday, April 15, 2010

Thai Massage Yang Melegakan

Mummy tak pernah pun mencuba Thai Massage. Yang pernah dicuba hanyalah urutan tradisional selepas bersalin. Bagi ibu-ibu (bukan bapak-bapak ya!) tentu tahu apa rasanya urutan tradisional kita kan? Mungkin boleh dikatakan 'sedap' setelah meraung diurut oleh tukang urut. Dan.. pastinya satu badan akan melekit oleh minyak yang digunakan... betul kan?

Berbeza dengan Thai Massage.. mereka tidak menggunakan minyak. Jika ada pun hanyalah sangat sedikit dan itu pun hanyalah "Tiger Balm". Masih terbayang-bayang kesedapan satu badan diurut oleh tukang urut Thai tadi. Kalau ikutkan badan yang sememangnya kepenatan.. mahu aje tidur lena semasa diurut tadi.Tapi..malu pulak.. bukannya apa..takut Mummy berdengkur sambil meleleh air liur... hehehe.. nanti kena banned pulak muka ni!


Ni la kedai yang Mummy pegi tadi.. kat Jusco AU2. Sambil tunggu untuk wax kereta.. ternampak la iklan ni. Body Massage.. 1 hour.. RM50. Mula-mula Mummy disuruh untuk duduk di kerusi panjang yang terletak di pintu masuk. Kemudian kedua-dua kaki (our feet) di cuci. Seterusnya Mummy kena salin baju sebelum dibawa ke bilik untuk diurut.

Secara umumnya Thai Massage menggunakan teknik tekanan daripada bahagian anggota badan si tukang urut (contohnya siku.. lengan.. kaki atau keseluruhan berat badan mereka dsbnya). Selain itu, si tukang urut ada juga menggunakan teknik refleksologi seperti tukang urut Cina terutamanya di bahagian kaki. Nak cerita dengan mendalam pun Mummy tak berapa pandai nak describe... so.. pegi aje la Cik Kiah oii... cuba try test tengok. Yang pasti... kita tak berasa malu sbb si tukang urut akan urut beralaskan baju kita ( dengan lain perkataan.. baju & seluar tak payah di selak... eh... ada.. diselak seluar setakat lutut.. hehehe)

Lepas urutan.. pelanggan akan dijamu dengan secawan kecil air suam. Pi la try Cik Kiah oi.. bawak bapak-bapaknya sekali. Pas tu.. suruh aje bapaknya yang bayar ya! ;-)

Kedai ni dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. Tapi.. tadi aunty tu dah pesan.. "next time err.. call befor u kam". "Teng kiu.. datang lagi.." Iye.. pasti Mummy akan datang lagi walau pun mereka tidak fasih berbahasa melayu mahu pun inggeris... definitely I'll come again.....

No comments:

Post a Comment