Tuesday, November 30, 2010

Update demam Suhail

Setakat hari ni alhamdulillah Suhail dah semakin beransur sembuh. Pagi tadi dlm pkl 6 Daddy masukkan supp voren. Setakat sekarang pkl 3.10 ptg.. suhu badan dia 37.2C. Jadi Mummy masih belum bagi dia PCM syrup lagi setakat ni. Tapi rasanya tak lama lagi mungkin kena bagi kot sbb suhunya makin meningkat. Setatakt ni dia dah tak menggigil & kebiruan lagi bila demam. Alhamdulillah.

Semalam masa Daddy tengok dalam mulut Suhail.. katanya ada banyak ulcer (err.. org kita panggil mata ikan??!) especially kat anak tekak. Patut pun dia dok kata sakit mulut! Tapi Mummy siap boleh jegilkan biji mata sambil suruh dia telan nasi & sup Hihihi.. sian anakku. Lepas tu dia tak komplen dah!

 Hmmm.. kerja2 Mummy dah behind schedule dah ni.. sikit pun tak mula lagi. Camana? Err.. Cik Mar pegi skool ker??? Dah rileks cam ni susah pulak nak start enjin. Ni pun kekononnye tadi nak mula menaip kerja... tapi Suhail asyik cirit ler pulak..(hihihi... macam le lama nak basuhnye..kan?) Muntah2 dah stop sejak malam tadi... ni cirit pulak... err... kalau Mummy cuti2 dulu boleh? Cik Mar... dah mula kerja ke?

2 comments: