Thursday, December 2, 2010

Nasi Hujan Panas

Apa khabar hari ni? Makan apa tengahari ini? Mummy masak Nasi Hujan Panas. Malam tadi Mummy google dulu mencari resipi. Jumpa resipi nasi ni dari Mak Yong. Nak tengok resipi asal.. buleh gi sini http://www.myresipi.com/top/detail/13 Okeh.. ni resipinya.. Mummy copy paste ajer:

Mummy makan bersama Ikan Masak Masam Manis dan Dalca

Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air (Mummy guna 4.5 cawan air dan 0.5 cawan susu)
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • [bahan hias]
  • bawang goreng 
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Bila butang periuk nasi dah abis 'cook'.. letakkan pewarna seperti di atas.
Then, tutup balik periuk dan biarkan butang periuk nasi pada 'warm'.
Sebelum makan.. gemburkan nasi tersebut.

Cubalah. Anak-anak pun suka!

P.S: Nasi ni sedap dimakan bersama ayam masak merah ( atau apa2 lauk yang pedas..), dalca dan jelatah.




2 comments:

  1. Amirol, dah cuba ker? Sama-sama..ilmu yang baik kita kongsi bersama :)

    ReplyDelete