Kami suka buku..dan kami suka book xcess! Ceh...ayat poyo..hihihi. Ini pertama kali kami ke sini. Kedainya terletak di Amcorp Mall. Boleh datang menaiki kenderaan sendiri..atau pun dengan menaiki LRT Putra (walking distance).
Kedainya berada di aras 3, setentang dengan Mc Donald. Apa yang menarik... kesemua bukunya dijual pada harga diskaun. Contohnya novel-novel paper back Michael Crichton dijual pada harga RM17.90 sahaja! Itu belum lagi sekiranya terdapat promosi diskaun pada bulan/masa tertentu... menjadikan harganya turun lagi! Wahhh.. tak terjojol ke biji mata dibuatnya! Seleksi buku juga agak luas... buku kanak-kanak ader.. novel ader (english)... interest/ hobby ader... cooking ader.. macam-macam ader lahh!! Buku kanak-kanak yang berkulit tebal yang harganya RM59.90 boleh dibeli di sini dengan hanya sekitar RM24.90. Ada juga buku-buku yang harganya jatuh sehingga 70% diskaun!!!
Mereka juga ada blog ( sila klok sini www.bookxcessblog.com/) dan FB (kat sini www.facebook.com/BookXcess ) yang sentiasa di update dengan buku-buku terkini mahu pun promosi. Kalau nak tanya pon boleh di 'wall' facebook mereka dan staff-staff mereka akan membalasnya.
Shu'aib dan Suhail juga sangat rambang mata... semua nak! Aiyo...bangkrap la Daddy. Dan dalam kereta pun dah tak sabar nak baca buku-buku yang dibeli.
Terdapat diskaun istimewa untuk mereka yang menjadi ahli. Sekiranya anda membeli RM100 ke atas, anda boleh menjadi ahli Book Xcess secara automatik! Apa lagi.. jom ke sana!
Published with Blogger-droid v1.6.5
dan boleh singgah flea market sekali..best
ReplyDeleteYa...buku kat Book Xcess.. benda2 lain kat flea market. Jimat, jimat! Tapi.. orang akan ramai & susah sket nak cari parking
ReplyDelete