Wednesday, February 23, 2011

Suhail batuk, selsema & demam juga akhirnya...

Picture credits to Google

Entri ni cuma untuk mengingatkan diri sendiri (dan sebagai rujukan) bila anak-anak sakit.
Sejak Isnin 21.02.2011 Suhail batuk-batuk dengan teruk. Kemudian.. mula datang selsema (running nose).
Selasa pula.. badannya macam dedor (antara nak demam ngan tidak).. tapi bila diambil suhunya.. tidak pernah melepasi 37.2C. Beberapa kali muntah dan terasa nak muntah. Dan disebelah malammya pula... adik tidurnya tidak lena (sepanjang malam). Batuknya lain macam (haa.. yang ni Daddy & Mummy jer yg tahu camana batuk gatalnya itew ;-P ) Nafasnya laju (sangat laju) dan bila Daddy dengar dgn steto. Daddy juga risau.
Subuh 23.02.2011... suhu badannya 37.5C...kahaknya likat. Selsema masih tidak berubah, batuk juga sama. Hmmmmm....

Akhirnya Daddy membawa adik berjumpa Dr Christopher Lim. Diberi nebulizer semasa di klinik dan perlu diberi ventolin setiap 3 jam sekali (2 puff dan 6 kali bernafas menggunakan aerochamber). Selain itu... perlu menghabiskan antibiotik (Cedax 4.2ml once daily - diberi 8.40 malam sebentar tadi) dan Prednisolone 15mg/5ml 2 times daily - diberi 2.40p.m. tadi) untuk 5 hari SAHAJA. Juga dibekalkan dengan PCM syrup.

Setakat malam ni... alhamdulillah keadaan adik pulih dengan cepat sekali. Batuk-batuk jarang kali muncul sejak pukul 3 petang tadi. Running nose masih ada.. demam..hanya tengahari tadi sahaja.
Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment