Friday, February 25, 2011

Islam Food Since 1950, Hong Kong


Jika anda ke Hong Kong jangan lupa singgah di Kedai Makan Islam Food ini. Terdapat dua buah cawangan yang terletak beberapa blok sahaja antara satu sama lain. Jika ingin menaiki kemudahan awam, cuba google jalan ini (Tak Ku Ling Rd) kerana kedai ini terletak berhampirannya...

Farah AF pernah membuat liputan di ASTRO suatu ketika dahulu tentang kedai ini (tapi Mummy tak tahu pun... sehinggalah Opah ternampak gambar2 Farah AF yang di lekatkan di dinding kedai..hehehe).


Ramai yang menyukai 'Veal Goulash' (sejenis roti seperti kacukan roti boom + murtabak, berinti daging yang sangat juicy) dicicah bersama 'Curry Lamb Chop'. Ok...sedap.

Kiri: Curry Lamb Chop ; Kanan: Stir Fried Garden Green with Mixed Mushroom

Favourite dish Mummy disini adalah 'Fried Noodle with shrimp, squid and fish fillet'. Memang sedap!!
Mee nya tidak pedas (Chinese style la kan.. takkan ader cili api lak ;-) tetapi sangat cukup rasanya.. dan mee nya juga tidak ada rasa pahit dan teksturnya begitu baik. Huhuhu.. masih terasa-rasa kesedapannya!!! Mummy masih belum jumpa kedai di M'sia yg serve mee yang best ni!

Selain itu.. kat sini kalau nak makan nasi.. memang Mummy rekomen sangat-sangat sebab lauk pauknya juga sedap. (Islamic Centre memang kalah kalau nak compare bab lauk pauknya.. bagai langit ngan bumi... ).
Kami juga order Stir Fried Beef with Leek...

... dan makan bersama nasi panas.. habis licin sekelip mata!

Siap tapau mee lagi satu untuk makan kat hotel ;-P

Cubalah!


Nota tentang Suhail:
Hari ni Suhail sihat.. alhamdulillah... dan sudah boleh minum dan makan seperti sediakala. (Selasa dia tak mahu makan dan minum susu juga harus dipaksa)
Malam tadi.. Mummy bg antibiotik dalam pukul 6 ptg dan Pred lebih kurang jam 7.30 mlm. Suhail kata Pred tu "UBAT TAK SEDAP"!!! Harapnya esok pagi Opah boleh bagi Pred sekali lagi diwaktu pagi. Jangan Opah kena main aci kejar sudahlah sbb dia memang tak suka ubat ni ;-P

4 comments:

  1. Jom pergi sekali lagi :)nampak sedap ni..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sedap,terliur nampak.bila lah dapt nk p ni?...

    ReplyDelete
  3. Ina :
    Hihihi..jom! Pegi HK untuk makan!
    Pastu balik M'sia balik...
    Cewah! Macam dalam novel... lunch kat
    M'sia.. dinner kat HK.. Angan-angan ;-P

    ReplyDelete
  4. Chempaka:
    InsyaAllah...suatu hari...
    Kalau pegi nanti..terjumpa tempat
    makan lain yang menarik.. jgn lupa
    post dlm blog ;-)

    ReplyDelete