Tuesday, March 15, 2011

Mee Goreng (Chinese Style)

Oh.. teringat-ingat mee goreng kat Islam Food, HK.
Meleleh air liur... huhuhu...

Apa kata kita try sendiri? Ni resipi main campak-campak kaedah cuba jaya.
Dulu pernah tengok saper tu.. Chinese pompuan kat AFC tu? Err..Kylie Kwong?
Ala.. cooking with heart and soul tuuu.... Haa... ni meh kita masak sepenuh hati dan jiwa raga...

Mee Goreng (Chinese Style) Cara Mummy ;-)
Jemput makan...

Bahan-bahan:
Mee (Mummy pakai sphagetti 2/3 bungkus - Celur dalam air menggelegak bersama garam dan minyak selama 12 minit)
Kicap cair - 2 s.besar*
Kicap pekat - 1 s.besar*
Sos tiram- 1 s.besar*
* dicampur/gaul dalam mangkuk kecil
Sos cili - 1 s.kecil (lebih kurang)
Sos tomato 1 s.kecil (lebih kurang)
Sedikit minyak bijan

Daun bawang - dipotong memanjang dalam 2 inci
(lagi banyak lagi best.. bau mee jadi wangi)

1 labu bawang sederhana besar & 2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
Fish ball

Kobis (atau apa sahaja sayuran yang ada dalam peti ais ;-)


Daging - biar banyak
(Mummy pakai satu mangkuk microwave yg org isi bubur kat pasar ramadhan tu / tau fo fah)

Sedikit granul ayam / garam secukup rasa
Cili api dihiris nipis dan diletakan bersama kicap cair

Cara-caranya:

Tumis daging, bawang dan fish ball

Masukkan campuran kicap, sos tomato dan sos cili.
Rasa... kalau kurang masin... boleh tambah granul ayam atau garam

Masukkan daun bawang dan kobis

Tambah mee (atau sphagetti)

Letakkan sedikit minyak bijan
(JANGAN overdose.. nanti tak best. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga rasanya sedapppp)

Walla! Sedap dimakan bersama potongan cili api yang direndam didalam kicap cair.
Bon apetit...

Verdict:
Budak-budak habis sorang semangkuk mee.
Sangat sedap dimakan panas-panas :)

Monday, March 14, 2011

JM Bariani House


Kali ni.. Mummy nak citer pasal satu kedai nasi beriani. Pernah dengar JM Bariani House? Rasanya kat KL ni ada banyak. Kalau yang duduk area Zoo Negara.. ada tiga JM Bariani House yang berdekatan. Cawangan kat Tesco Ampang, cawangan berdekatan Wangsa Walk (Wangsa Maju) dan yang terbaru... di KLCC.

Kawan Mummy semasa bersekolah dulu yang jemput makan di Tesco Ampang sebab suaminya share modal untuk buka cawangan di situ & memang la dekat kalau nak pegi. Tapi tak tahu la kenapa.. masa tu tak teringin pun nasi beriani ni. Ada sorang school mate tu.. hampir setiap minggu makan JM Bariyani. Dalam hati Mummy kata.. apala yang best sangat tu ya?

Ha amik ko! Sekarang ni.. Mummy yang tak henti-henti makan kat sini. (Tapi jangan bagi tau my school mate aaa!!! Nanti sampai mati diorang akan perli.. hihihi) Cawangan Wangsa Maju ada kupon diskaun sebanyak 10%  sehingga hujung Mac. Jom kita tengok....

Jom masukkk! (JM Bariani Wangsa Maju)
(Dari KFC/Pizza Hut Carrefour W.Maju.. traffic light yg mengadap Wangsa Walk tu amik kanan. Pas tu buat U turn dan jalan masuk dia ikut NZ Curry House... JM Bariani di bangunan baru belah kiri dan NZ Curry House belah kanan. Paham ke tak ni? Alaa.. pusing2 jer kat situ.. panjangkan tengkuk.. mesti jumpa.. hihihi)

Menu untuk Mummy... Beriani Kambing, air suam dan kuah ayam masak merah (kuah jer ye! Ayam tak mo!)

Tengok nasinya... yummy!
Hari Rabu ada Nasi Bariani Gam Ayam manakala Sabtu ada Nasi Bariani Gam Kambing. Tiap2 hari ada nasi bariani tak gam ;-)


Kambing untuk Mummy. Ohhh.. sedapppp!

Ni Opah punye.. dia order Nasi Bariani Ayam.
Cam ni ler ayam yang diberi. Gravy sama macam gravy kambing Mummy.
Tadi nak order Ayam goreng berempah untuk the boys.. tapi dia suruh tunggu paling kurang 15 minit.. perut dah lapar.. so tak payah la! Ayam goreng berempah pun sedappppp!!! Kami dah cuba! 


Budak yang tak duduk diammm....

Alhamdulillah! Sedap bangatttt..... Licinnnn!!!


Terima kasih Daddy. Lain kali kita datang lagi ya ;-)

Sunday, March 6, 2011

Jom makan Pecal.


Dah makan kawan-kawan? Makan apa tengahari ni? Hari ni Mummy buat sambal pecal dan dimakan bersama sayur-sayuran yang dicelur. Keluarga Mummy memang suka pecal ni... daripada arwah Opah.. emak... mak-mak saudara.. sepupu-sepupu... semuanya menggemari pecal! Dari Mummy kecik.. sampai la sekarang.. tak boleh lari dari pecal. Sekali-sekala mesti nak makan.

Di kampung Mummy... ada dijual peket sambal pecal segera. Rasanya sedap seperti dibuat sendiri. Harganya sekarang telah naik sedikit.. iaitu lebih kurang RM3.00 sepeket (harga berbeza di kedai berbeza walaupun jenama yang sama!) Dulu.. blogger Zarina juga telah menyentuh tentang sambal pecal ni Sila klik sini untuk membacanya http://jomlah-zarina.blogspot.com/2011/02/sambal-segera.html.

Apa yang diperlukan hanyalah...
2 cawan sambal kacang pecal segera

1 2/3 cawan air panas menggelegak.. Gaulkan dengan sambal kacang segera
Jika terlalu pekat, sila tambah sedikit air.
Biar 10 minit


Timun di baji
Tauhu keras - digoreng dan dipotong dadu
Pucuk ubi- dicelur
Pucuk paku - dicelur
Taugeh - dicelur
Kangkung - dicelur
Telur rebus - jika suka

Pilih sayuran yang digemari. Gaul bersama sambal pecal. Sedia untuk dimakan.

Cubalah!

Nota tentang Suhail:
Sejak Jumaat malam Sabtu.. Suhail meragam sepanjang malam. Rupa-rupanya demam kembali! Suhu naik sehingga 38.9C. Masuk supp Voren dan di teruskan dengan PCM syrup. Demam berterusan setiap 4 atau 5 jam sekali.
Daddy ke Ampang Puteri untuk membeli prescription antibiotik yang telah sedia dibekalkan oleh Dr Lim sekiranya demam / batuknya tidak sembuh dari hari tu!
Dari 9 pagi (Ahad) sehingga 2 petang ini. suhunya masih di border line. Harapnya akan makin sembuh sebab adik dah 2 minggu tidak ke sekolah :(

Ohh.. semalam Mummy bawa balik Ali sekejap! Pinjam...
Dan tentunya bersama Mika'il. Dua-dua takut kalau air semasa mandi kena pada muka. Menjerit-jerit "don't wantttt... don't wantttt..." Hihihi

Ni gambar-gambar Ali yang diambil semalam.