Dah makan kawan-kawan? Makan apa tengahari ni? Hari ni Mummy buat sambal pecal dan dimakan bersama sayur-sayuran yang dicelur. Keluarga Mummy memang suka pecal ni... daripada arwah Opah.. emak... mak-mak saudara.. sepupu-sepupu... semuanya menggemari pecal! Dari Mummy kecik.. sampai la sekarang.. tak boleh lari dari pecal. Sekali-sekala mesti nak makan.
Di kampung Mummy... ada dijual peket sambal pecal segera. Rasanya sedap seperti dibuat sendiri. Harganya sekarang telah naik sedikit.. iaitu lebih kurang RM3.00 sepeket (harga berbeza di kedai berbeza walaupun jenama yang sama!) Dulu.. blogger Zarina juga telah menyentuh tentang sambal pecal ni Sila klik sini untuk membacanya http://jomlah-zarina.blogspot.com/2011/02/sambal-segera.html.
Apa yang diperlukan hanyalah...
2 cawan sambal kacang pecal segera
1 2/3 cawan air panas menggelegak.. Gaulkan dengan sambal kacang segera
Jika terlalu pekat, sila tambah sedikit air.
Biar 10 minit
Timun di baji
Tauhu keras - digoreng dan dipotong dadu
Pucuk ubi- dicelur
Pucuk paku - dicelur
Taugeh - dicelur
Kangkung - dicelur
Telur rebus - jika suka
Pilih sayuran yang digemari. Gaul bersama sambal pecal. Sedia untuk dimakan.
Cubalah!
Nota tentang Suhail:
Sejak Jumaat malam Sabtu.. Suhail meragam sepanjang malam. Rupa-rupanya demam kembali! Suhu naik sehingga 38.9C. Masuk supp Voren dan di teruskan dengan PCM syrup. Demam berterusan setiap 4 atau 5 jam sekali.
Daddy ke Ampang Puteri untuk membeli prescription antibiotik yang telah sedia dibekalkan oleh Dr Lim sekiranya demam / batuknya tidak sembuh dari hari tu!
Dari 9 pagi (Ahad) sehingga 2 petang ini. suhunya masih di border line. Harapnya akan makin sembuh sebab adik dah 2 minggu tidak ke sekolah :(
Ohh.. semalam Mummy bawa balik Ali sekejap! Pinjam...
Dan tentunya bersama Mika'il. Dua-dua takut kalau air semasa mandi kena pada muka. Menjerit-jerit "don't wantttt... don't wantttt..." Hihihi
Ni gambar-gambar Ali yang diambil semalam.
kalau buat mi rebus pun bleh taruh sambal pecal tu sikit..sedap.. comelnya Ali :)
ReplyDeleteOh! Ye ke boleh campur dlm mee rebus? Apa lg Ina..cer buat.. hiks ;-)
ReplyDeletehehe..harap ina yang buat takdelah..satu lagi bleh tambah dalam sambal tumis sotong (kering)
ReplyDeleteOwh! Ngape la tak pernah terfikir utk guna yg kaedah instant ni ya! Tak yah nak tumbuk kacang etc...
ReplyDeleteTQ for d tips :)
salam kenal mummy...mama noor kalau blik umah MIL kt Slngor...mesti mkn pecal ni...
ReplyDeleteMama Noor,
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah.
Pecal memang sedap dimakan.. tapi diKL susah nak cari yang betul2 sedap. Mummy pun kalau balik kg akan borong kuah pecal segera ni ;-)