Kali ni.. Mummy nak citer pasal satu kedai nasi beriani. Pernah dengar JM Bariani House? Rasanya kat KL ni ada banyak. Kalau yang duduk area Zoo Negara.. ada tiga JM Bariani House yang berdekatan. Cawangan kat Tesco Ampang, cawangan berdekatan Wangsa Walk (Wangsa Maju) dan yang terbaru... di KLCC.
Kawan Mummy semasa bersekolah dulu yang jemput makan di Tesco Ampang sebab suaminya share modal untuk buka cawangan di situ & memang la dekat kalau nak pegi. Tapi tak tahu la kenapa.. masa tu tak teringin pun nasi beriani ni. Ada sorang school mate tu.. hampir setiap minggu makan JM Bariyani. Dalam hati Mummy kata.. apala yang best sangat tu ya?
Ha amik ko! Sekarang ni.. Mummy yang tak henti-henti makan kat sini. (Tapi jangan bagi tau my school mate aaa!!! Nanti sampai mati diorang akan perli.. hihihi) Cawangan Wangsa Maju ada kupon diskaun sebanyak 10% sehingga hujung Mac. Jom kita tengok....
Jom masukkk! (JM Bariani Wangsa Maju)
(Dari KFC/Pizza Hut Carrefour W.Maju.. traffic light yg mengadap Wangsa Walk tu amik kanan. Pas tu buat U turn dan jalan masuk dia ikut NZ Curry House... JM Bariani di bangunan baru belah kiri dan NZ Curry House belah kanan. Paham ke tak ni? Alaa.. pusing2 jer kat situ.. panjangkan tengkuk.. mesti jumpa.. hihihi)
Menu untuk Mummy... Beriani Kambing, air suam dan kuah ayam masak merah (kuah jer ye! Ayam tak mo!)
Tengok nasinya... yummy!
Hari Rabu ada Nasi Bariani Gam Ayam manakala Sabtu ada Nasi Bariani Gam Kambing. Tiap2 hari ada nasi bariani tak gam ;-)
Kambing untuk Mummy. Ohhh.. sedapppp!
Ni Opah punye.. dia order Nasi Bariani Ayam.
Cam ni ler ayam yang diberi. Gravy sama macam gravy kambing Mummy.
Tadi nak order Ayam goreng berempah untuk the boys.. tapi dia suruh tunggu paling kurang 15 minit.. perut dah lapar.. so tak payah la! Ayam goreng berempah pun sedappppp!!! Kami dah cuba!
Budak yang tak duduk diammm....
Alhamdulillah! Sedap bangatttt..... Licinnnn!!!
Terima kasih Daddy. Lain kali kita datang lagi ya ;-)
No comments:
Post a Comment