Monday, April 18, 2011

Durian Mousan (g) King

Hari ni mari kita bercerita pasal durian. Maklumlah.. kalau di KL sekarang ni.. dimana-mana ada penjual durian. Katanya sekarang durian tengah musim di Pahang dan Perak. Kalau tanya Mummy.. apakah durian yang paling digemari? Mummy akan pilih MOUSAN(G) KING.. atau.. nama lainnya RAJA KUNYIT.

Setakat sebulan ni.. harga paling murah yang pernah Mummy/ Daddy jumpa di KL ni adalah RM22 / kg. Mungkin belum banyak lagi kot Mousan(g) King ni. Anyway... durian ni memang Mummy rekomen sesangat! Dapat sebiji pun jadi la... puas!

Haa.. pilih yang elok ye Encik!


Rasanya? Hmmm. susah nak describe.. isi agak tebal... ulas durian berwarna kuning keemasan.. bijinya nipis.. rasanya lemak-lemak pahit bercampur manis. Tekstur isinya lembut-lembik (?).. hah..cemana tu? Bayangkan ajer la okeh? ;-P


Durian ni lagi sedap berbanding D24... D24 rasanya lemak manis dan isi tebal.. warna isinya adalah kuning pucat.

Kalau durian kampung pula... Mummy suka sebab rasanya pahit-pahit sket.. tapi isinya nipis (sikit.. tak puas.. hahaha).

Cuba la rasa...

Kalau dah puas makan durian ni.. bolehlah di makan bersama santan & pulut... atau dibuat pengat durian (dimakan/ dicicah bersama roti)... bubur kacang hijau bersama durian.. atau pun dibuat tempoyak sahaja.

Jemput makan....

2 comments:

  1. salam.saya pn dah makn.gara-gara terliur sgt tgok kt majalah 3.jmpa kat ss2 pj.sekilo rm28.mmg sdap...

    ReplyDelete
  2. Hehehe... bestkan? Tapi tu la... mahal!! Masa ni la berangan.. nk. beli tanah dan tanam pokok durian (*angan Mat Jenin*)

    ReplyDelete