Wednesday, September 30, 2009

Banyaknye nak ngomel ari ni.

             Pagi tadi.. kat sekolah.. anak murid (Si W) buat drama lagi. Drama ni dah mula sebelum raya ari tu.. Ingat kot dah settle. Naik sekolah hari Isnin... lagi hebat lak dramanya.. satu sekolah boleh dengar / tengok. Tapi.. lepas suruh maknye balik dan suruh dia duduk beratur ngan kawan-kawan... elok la pulak sampai la waktu balik! Ari tu pun sama! Semalam dia tak datang sekolah. Ari ni.. drama mula lagi. Siap ayahnya pun ada skali ngan mak. Pukul 8 pagi.. drama masih tak habis.. siap bapa budak sorang lagi (Si A) pun dah naik ke kelas.Apa hal lak ni kecoh-kecoh?
             Mak & Ayah kat luar sana nun.. tolong la jangan diikutkan sangat perangai mengada-mengada anak-anak yang liat nak ke sekolah. Kalau dah 1001 macam alasan diberi dan tiap-tiap hari tak nak ke sekolah.. jangan la diikutkan sangat. Kadang-kadang mak & ayah juga perlu bertegas. Emmmm alahai.......
             Tengahari... singgah ambik baju Daddy. Tersangkut la pulak kat kedai Nasi Ayam Hainan. Hahaha.. apa lagi.. TERMAKAN la nasi ayam kukus sepinggan. Dah abis makan baru nak menyesal... kalau ratah ayam je pun tak pe..kan? Tapi bila dah makan.. memang la nak lagi dan lagi dan lagi... maka.. tak jadi le diet untuk semenjak dua menjak kebelakangan ini.

 Sedap wooo nasi ayam Aunty ni! Kalau waktu lunch hour.. memang selalu penuh.


             Balik rumah.. ingat nak siapkan projek X. Alamak... jarum asyik patah le pulak. Terus cansel!!! Tu la... patutnya pegi berguru dulu. Ni idak... padan muka sendiri. Terpaksa la mintak tolong Daddy malam nanti. Boleh ye Daddy? Hehehe..... apa projek X tu? Tungguuuuuuu ......

Tuesday, September 29, 2009

Pre Raya @ Batu Kikir

"Batu Kikir jambatan bosi..
Gulai udang.. sebelango.."

Raya tahun ni giliran kat N.S pula. Since semua sekolah dapat cuti umum hari Jumaat.. maka seawal subuh lagi kami dah bergerak ke Batu Kikir. Satunya nak mengelakkan jalan yang sesak, terutamanya kat Bkt Putus. Keduanya... sejuk & teduh sepanjang perjalanan. Budak-budak pun tak de la meragam.

Sampai pekan Batu Kikir, singgah "mantai". Beli tulang dan daging untuk dibuat salai.

Kat rumah.. budak-budak ni suka la sbb dapat kehulu-kehilir.
Tahun sebelum ni Suhail masih belum berjalan.. Shu'aib pun asyik nak berdukung. Jadi kami berdua tak dapat nak buat apa.. mengadap anak2 aje la. Tahun ni S&S dah besar sikit. So boleh main sendiri. Habis keliling rumah Wan & Atok dipusingnya. Nasib baik tak nampak kolam kat baruh tu.. kalau tidak... mesti dah terjun tu!

Tahun ni.. bukan aje Shu'aib & Suhail yang seronok... Mummy & Daddy pun best beraya. Macam-macam boleh buat. Mak Teh seperti biasa.. sentiasa belikan mainan untuk anak2 sedara. Kali ni.. dapat pistol yang ada bunyi-bunyi tu! Mula2 S&S takut... but once dah dapat cara mainnye... tak berenti la bunyi pistol tu! Sampai ke malam asyik berbunyi. Sampai kena disimpan/ sorok la pistol tu malam tu...
Esoknya.. pistol dah tak berbunyi lagi! Mak Teh dah cabut bateri. Hahaha... aman dunia! Suhail siap mengadu...
"Mummy, istol ou-sak!"
"Hmmm... ok ;-)"


 Top Left: The cheeky boy.  Top Right: With his new toy
Bottom: While waiting for lompap, daging salai and rendang.

Ni antara masakan yang dimasak pre-raya.

Daging salai.. pastinya untuk dimasak lemak cili api. Ayam kampung untuk dimasak rendang.
Loka... ni adalah sejenis bubur. Macam bubur jagung ke.. bubur pulut hitam ke.. cuma di pakai loka@ mee siput. Mak kata.. zaman dedulu.. mak pakai mee kuning. Tapi bukan mcm mee kuning kita yang dijual dikedai tu. Guna mee kuning yang belum dibubuh minyak. Kiranya yang baru keluar dr mesin mee tu. Tapi sekarang ni dah tak de org buat mee kat rumah. Jadi.. pakai la mee siput.

Telur itik masak lemak cili api. Nak masaknya agak remeh. Sebab nak jaga supaya telur elok cantik.. kuah sentiasa dikacau dalam satu arah membulat. Telur juga perlu dimasuk satu demi satu. Mak guna kuali.. katanya senang nak mengacau.
Selain tu... sehari sebelum raya.. mak juga bakar lemang dan Mak Teh buat nasi impit kuah kacang. Mmmm... memang sedap. Gambornye tak de sebab Mummy sibuk entertain budak2 dalam rumah. Kalau tak.. nanti diorang lak yang terlebih sibuk nak tolong membakar lemang.

Mak juga ada buat dodol. Ni yang jenis boleh ditarik panjang-panjang tu!
Best betul. Suami lak selain suka dodol yang cenggini.. dia juga suka dodol yang baru nak likat.. so dodol ni masih berair lagi. Tapi tak ler cair bebeno. Bab mengacau dodol ni yang leceh sedikit. Lenguh tangan tukang masak!





Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua saudara mara & rakan taulan walau dimana jua anda berada.



Wednesday, September 16, 2009

Masak Parpu

Hari Ahad lepas teringin nak masak parpu.
Teringat arwah Tok. Rajin betul dia masak gulai ni.
Dulu masa kecik-kecik, selalu juga tido rumah Tok & Opah. Alah... rumah kami dengan rumah Tok dekat je. 
15 minit jalan kaki dah sampai. Kalu berlari... lagi le cepat, ye tak?
Masa Opah dah meninggal.. lama juga kami tinggal di rumah Tok.
Tiap-tiap hari... lepas Tok balik mengajar Quran kat KEMAS dia mesti masak.
Macam-macam le dia masak. Tapi.. yang paling dia suka adalah masak parpu.
Mak pun sekarang ni rajin juga masak gulai parpu ni. Maklum la.. tak pedas.
So Shu'aib & Suhail pun boleh makan.
Ni... mak dah balik kampung (sbb nak raya).. terpaksa la
memerah otak memikiorkan menu nak masak.
Pulak tu.. resipi tak tahu... hehehe.. tau makan je!
Nasib baik zaman IT.. semua dihujung jari.
Rupanya senang je nak masak gulai ni.
Kalau makan dengan nasi panas-panas ada pulak ikan kering, memang terangkat!
Nak pedas.. tumbuk la sambal belacan atau buat je sambal tempoyak.
Makan ngan pucuk gajus kat tepi rumah.. SEDAP!!!
Resipinye:
Kacang parpu (dlm bahasa malaysianye.. kacang dhal)
Kentang-potong 8
Pati santan
Bawang besar - dihiris
Telur 3 biji (ikut banyak mana kuah)
Garam, granul pati ayam
(Untuk tumis darat : Hirisan bwg merah, bwg putih, daun kari dan sedikit jintan manis)
Caranye:
Rebus kacang parpu hingga lembut.
Masukkan kentang, bawang besar yang dihiris dan sedikit serbuk kari (jika mahu).
Tunggu hingga kentang empuk & kacang parpu dah start pecah2.
Tambah air jika perlu... air agak2 le sebanyak mana kuah yang kita nak.
Bila semua dah empuk, masukkan pati santan.
Ni pun main agak2 ikut le hingga cantik kepekatannya.
Tambah garam & granul ayam.
Masukan sedikit serbuk kunyit.
Kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji di dalam periuk.
(Jangan dikacau.. tunggu hingga telur mengeras... kalau tak.. langsung tak nampak telur nanti)
Dalam kuali lain, tumis darat bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis dan daun kari.
Then.. curahkan dalam kuah parpu tadi.
Makan dengan ikan masin.

Saturday, September 12, 2009

Al-Fatihah


I've got the news early this morning. To my friend Elly... I hope you'll be strong.
I know that no words can ease your sorrow... but always remember that
we're always here if you need us.
"To those who suffer
 the greatest loss
 Allah grants the deepest peace"
I'm praying ya Allah..
Please hold Elly close 
to comfort her broken heart
Al Fatihah buat Arwah Rezal Haron

Friday, September 11, 2009

Mmmm.. Buat Apa Tu?

Sepanjang 3 hari peperiksaan UPSR dijalankan... kami pun ada projek besar!
Tak le besar mana... takat kerja-kerja mengecat 10 kelas Tahun Satu!!!
Hari pertama...
Senyum lagi na...?
Masuk hari kedua...
Balik sekolah.. bantai tido lena sampai nak berbuka!
Hari ketiga...
Pukul 10.30 pagi.....Yahooooo!!! Siap jugak akhirnya.
 
  
 
Pssst! GB suruh cat abis sampai semua beam & siling lak!!! Dia siap panggil pembekal suruh hantar cat dengan SEGERA! Alamak....LAAARRRIIIIIIIIIIIII......!!!
Mintak maaf ye... kami dah tak larat... kita sambung bulan tak puasa bolehhhh???

Monday, September 7, 2009

Karipap

Tengahari tadi.. sementara Daddy jaga Suhail & Opah main ngan Shu'aib (demam baru kebah), Mummy try buat karipap lagi sekali. Maklum la ari tu nak buat kulit karipap pun tak reti! Ishh... tak tahu.. ngaku je tak tahu, kan? Kali ni dah pandai le sikit. Boleh main agak-agak je nak buat kulitnye. Tak de la buat banyak.. setakat nak makan petang karang.

Haa.. ni la hasilnya. Rasa-rasanya dah lulus belum? Hehehe...
Pakai acu karipap je sebab tak reti nak kelim tepi karipap tu.

Sunday, September 6, 2009

Shu'aib demam!

Lepas syiok jalan-jalan... sebelum berbuka semalam.. Shu'aib lak demam. Demam Shu'aib kali ni teruk jugak. Dah lama dia tak kena cam ni. Dulu masa baby memang selalu! Tapi sejak berusia 2  setengah tahun... demam pun dah jarang.. apatah lagi yang gigil-gigil ni ! Setiap 4 1/2 jam.. suhu badan akan naik. Kuku akan jadi biru... then dia akan start gigil. Badan memang akan naik panasnye secara mendadak.. dari 37C.. naik ke 39C tak sampai 5 minit.

Pukul 11 malam muntah... 4 pagi muntah. Kesian anak Mummy ni. So.. pukul 7 pagi tadi kami bawa dia ke A&E. Doktor bagi supp. voren, paracetamol & antibiotik. Sehingga ke petang ni.. keadaannya masih sama... tiap 4 1/2 jam.. kuku jadi biru.. then gigil-gigil dan suhu badan akan naik tinggi. Sabar ye sayang.....

Jalan-jalan @ Jln TAR

Semalam 5 Sept (Sabtu) kami ke Jalan TAR. Nak beli kain pelikat & tudung bawal macam hari tu. Shu'aib & Suhail pun nak ikut... so kami tawakal aje!
Ni sebelum pegi.. kat porch. Posing dulu... hehehe
Kami parking kat tempat biasa... kat Semua House. Rasa selamat sbb parking kat tingkat atas. Kalau hujan lebat... insyaallah kereta selamat! Sebelum turun kereta, kami pakai face mask. Wah! S & S pun ok je bila disuruh pakai... bagus ni!
 
 
Mata S&S melilau je tengok keadaan sekeliling. Agaknye diorang mesti hairan.. kenapa la banyak sangat orang ni.
Kami terus pegi ke Arked Ibukota (sila lihat posting bulan Ogos). Memang plannye pun nak beli tudung ngan kain pelikat je. Daddy ngan budak2 tunggu kat lorong sebelah... Mummy cari tudung dulu ye! Bukannye apa.. memang susah nak lalu kat lorong ni... orang memang ramai walaupun baru 10 pagi. Kalau S & S ikut.. tudung ntah ke mana.. langsung balik je pulak nanti. Ishk! Rugi kira-kira.
Ha.. tengok la keadaan dalam arked ni.
Mummy borong 10 helai tudung maca hari tu. Dapat le RM14 sehelai... jimat tu! Kalau kat lorong lain mahu RM30 sehelai. Haa... kalau sepuluh.. kan dah jimat! Hehehe...
Siap beli tudung.. turn Daddy pulak. Tadi sementara menunggu Mummy... Daddy dah survey kain pelikat Cap Gajah Duduk 5000 benang... orang kedai (bukan lorong Arked Ibukota) kata RM25 sehelai.
Daddy beli kat lorong Arked Ibukota.. pakcik tu bagi RM20 sehelai. Jadi le tu... beli 3 helai, jimat RM15. Boleh buat beli kuih kat Pasar Ramadhan Tmn Melawati!
Habis borong.. kami terus balik ambik kereta. On the way back, kami lalu elevated highway. S & S suruh singgah KLCC. Hah.. lantak le situ.. boleh aje la! Diorang pun baik je tadi... sian jugak.
Abang Shu'aib mintak nak pegi Taman KLCC. Ishk! Tengahari rambang ni.. panas lak tu... kami pun pegi la kat Isetan. Bawak dia ke pintu Isetan yang nampak KLCC Park. Nasib baik dia kata...
'Panas la Mummy...'
'Ha... tau pun!'
Jom balik!

Friday, September 4, 2009

Ya Allah.. lembutkanlah hati kami

Ya Allah...
Kami bermohon kepadamu...
Jadikanlah kami seorang yang penyabar...
Lembutkanlah hati kami...
Jauhkanlah kami dari sifat pemarah.....



















Ada juga petua yang diberikan seperti berikut:

Amalan yang boleh dilakukan untuk melembutkan hati anak2 / suami / isteri:
(amalan ni disokong oleh ijmak ulama (bukan sunnah nabi) .. moga Allah mendengar setiap rintihan hambanya)
- baca surah al-fatihah
- Ayat 1-6: surah al-toha
- Ayat 1 : surah al-Hasry
- baca doa Nabi Daud 7 x (Ya Allah lembutkanlah bagiku hatinya (sebut nama) sebagaimana engkau lembutkan bagi Nabi Daud akan besi)
- hembuskan dalam air atau makanan....guna utk minuman harian

Wednesday, September 2, 2009

Today @ work

This is my work place.
And these two are my little monsters... (I'm the Mommy Monster la kan?)
After recess ... Pertandingan Pakaian Tradisional Sempena Bulan Kemerdekaan.
This is Affiq & Izzati from my class.
Kacak & manis sekali... Phewwittt!!!
(Izzati won the 1st place in the competition)
The participants... semua comel-comel belaka.
 
Judges.... you're on candid camera!
And... of course.. the class teachers... hahaha

Tuesday, September 1, 2009

Selamat Datang Muhammad Adam

Hari ni Mummy & kawan-kawan melawat rakan sekerja yang baru melahirkan seorang putera comel... Muhammad Adam. Berat 3.6kg. Alhamdulillah Umminya juga sihat..