Tuesday, September 29, 2009

Pre Raya @ Batu Kikir

"Batu Kikir jambatan bosi..
Gulai udang.. sebelango.."

Raya tahun ni giliran kat N.S pula. Since semua sekolah dapat cuti umum hari Jumaat.. maka seawal subuh lagi kami dah bergerak ke Batu Kikir. Satunya nak mengelakkan jalan yang sesak, terutamanya kat Bkt Putus. Keduanya... sejuk & teduh sepanjang perjalanan. Budak-budak pun tak de la meragam.

Sampai pekan Batu Kikir, singgah "mantai". Beli tulang dan daging untuk dibuat salai.

Kat rumah.. budak-budak ni suka la sbb dapat kehulu-kehilir.
Tahun sebelum ni Suhail masih belum berjalan.. Shu'aib pun asyik nak berdukung. Jadi kami berdua tak dapat nak buat apa.. mengadap anak2 aje la. Tahun ni S&S dah besar sikit. So boleh main sendiri. Habis keliling rumah Wan & Atok dipusingnya. Nasib baik tak nampak kolam kat baruh tu.. kalau tidak... mesti dah terjun tu!

Tahun ni.. bukan aje Shu'aib & Suhail yang seronok... Mummy & Daddy pun best beraya. Macam-macam boleh buat. Mak Teh seperti biasa.. sentiasa belikan mainan untuk anak2 sedara. Kali ni.. dapat pistol yang ada bunyi-bunyi tu! Mula2 S&S takut... but once dah dapat cara mainnye... tak berenti la bunyi pistol tu! Sampai ke malam asyik berbunyi. Sampai kena disimpan/ sorok la pistol tu malam tu...
Esoknya.. pistol dah tak berbunyi lagi! Mak Teh dah cabut bateri. Hahaha... aman dunia! Suhail siap mengadu...
"Mummy, istol ou-sak!"
"Hmmm... ok ;-)"


 Top Left: The cheeky boy.  Top Right: With his new toy
Bottom: While waiting for lompap, daging salai and rendang.

Ni antara masakan yang dimasak pre-raya.

Daging salai.. pastinya untuk dimasak lemak cili api. Ayam kampung untuk dimasak rendang.
Loka... ni adalah sejenis bubur. Macam bubur jagung ke.. bubur pulut hitam ke.. cuma di pakai loka@ mee siput. Mak kata.. zaman dedulu.. mak pakai mee kuning. Tapi bukan mcm mee kuning kita yang dijual dikedai tu. Guna mee kuning yang belum dibubuh minyak. Kiranya yang baru keluar dr mesin mee tu. Tapi sekarang ni dah tak de org buat mee kat rumah. Jadi.. pakai la mee siput.

Telur itik masak lemak cili api. Nak masaknya agak remeh. Sebab nak jaga supaya telur elok cantik.. kuah sentiasa dikacau dalam satu arah membulat. Telur juga perlu dimasuk satu demi satu. Mak guna kuali.. katanya senang nak mengacau.
Selain tu... sehari sebelum raya.. mak juga bakar lemang dan Mak Teh buat nasi impit kuah kacang. Mmmm... memang sedap. Gambornye tak de sebab Mummy sibuk entertain budak2 dalam rumah. Kalau tak.. nanti diorang lak yang terlebih sibuk nak tolong membakar lemang.

Mak juga ada buat dodol. Ni yang jenis boleh ditarik panjang-panjang tu!
Best betul. Suami lak selain suka dodol yang cenggini.. dia juga suka dodol yang baru nak likat.. so dodol ni masih berair lagi. Tapi tak ler cair bebeno. Bab mengacau dodol ni yang leceh sedikit. Lenguh tangan tukang masak!





No comments:

Post a Comment