Wednesday, September 16, 2009

Masak Parpu

Hari Ahad lepas teringin nak masak parpu.
Teringat arwah Tok. Rajin betul dia masak gulai ni.
Dulu masa kecik-kecik, selalu juga tido rumah Tok & Opah. Alah... rumah kami dengan rumah Tok dekat je. 
15 minit jalan kaki dah sampai. Kalu berlari... lagi le cepat, ye tak?
Masa Opah dah meninggal.. lama juga kami tinggal di rumah Tok.
Tiap-tiap hari... lepas Tok balik mengajar Quran kat KEMAS dia mesti masak.
Macam-macam le dia masak. Tapi.. yang paling dia suka adalah masak parpu.
Mak pun sekarang ni rajin juga masak gulai parpu ni. Maklum la.. tak pedas.
So Shu'aib & Suhail pun boleh makan.
Ni... mak dah balik kampung (sbb nak raya).. terpaksa la
memerah otak memikiorkan menu nak masak.
Pulak tu.. resipi tak tahu... hehehe.. tau makan je!
Nasib baik zaman IT.. semua dihujung jari.
Rupanya senang je nak masak gulai ni.
Kalau makan dengan nasi panas-panas ada pulak ikan kering, memang terangkat!
Nak pedas.. tumbuk la sambal belacan atau buat je sambal tempoyak.
Makan ngan pucuk gajus kat tepi rumah.. SEDAP!!!
Resipinye:
Kacang parpu (dlm bahasa malaysianye.. kacang dhal)
Kentang-potong 8
Pati santan
Bawang besar - dihiris
Telur 3 biji (ikut banyak mana kuah)
Garam, granul pati ayam
(Untuk tumis darat : Hirisan bwg merah, bwg putih, daun kari dan sedikit jintan manis)
Caranye:
Rebus kacang parpu hingga lembut.
Masukkan kentang, bawang besar yang dihiris dan sedikit serbuk kari (jika mahu).
Tunggu hingga kentang empuk & kacang parpu dah start pecah2.
Tambah air jika perlu... air agak2 le sebanyak mana kuah yang kita nak.
Bila semua dah empuk, masukkan pati santan.
Ni pun main agak2 ikut le hingga cantik kepekatannya.
Tambah garam & granul ayam.
Masukan sedikit serbuk kunyit.
Kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji di dalam periuk.
(Jangan dikacau.. tunggu hingga telur mengeras... kalau tak.. langsung tak nampak telur nanti)
Dalam kuali lain, tumis darat bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis dan daun kari.
Then.. curahkan dalam kuah parpu tadi.
Makan dengan ikan masin.

No comments:

Post a Comment