Wednesday, September 30, 2009

Banyaknye nak ngomel ari ni.

             Pagi tadi.. kat sekolah.. anak murid (Si W) buat drama lagi. Drama ni dah mula sebelum raya ari tu.. Ingat kot dah settle. Naik sekolah hari Isnin... lagi hebat lak dramanya.. satu sekolah boleh dengar / tengok. Tapi.. lepas suruh maknye balik dan suruh dia duduk beratur ngan kawan-kawan... elok la pulak sampai la waktu balik! Ari tu pun sama! Semalam dia tak datang sekolah. Ari ni.. drama mula lagi. Siap ayahnya pun ada skali ngan mak. Pukul 8 pagi.. drama masih tak habis.. siap bapa budak sorang lagi (Si A) pun dah naik ke kelas.Apa hal lak ni kecoh-kecoh?
             Mak & Ayah kat luar sana nun.. tolong la jangan diikutkan sangat perangai mengada-mengada anak-anak yang liat nak ke sekolah. Kalau dah 1001 macam alasan diberi dan tiap-tiap hari tak nak ke sekolah.. jangan la diikutkan sangat. Kadang-kadang mak & ayah juga perlu bertegas. Emmmm alahai.......
             Tengahari... singgah ambik baju Daddy. Tersangkut la pulak kat kedai Nasi Ayam Hainan. Hahaha.. apa lagi.. TERMAKAN la nasi ayam kukus sepinggan. Dah abis makan baru nak menyesal... kalau ratah ayam je pun tak pe..kan? Tapi bila dah makan.. memang la nak lagi dan lagi dan lagi... maka.. tak jadi le diet untuk semenjak dua menjak kebelakangan ini.

 Sedap wooo nasi ayam Aunty ni! Kalau waktu lunch hour.. memang selalu penuh.


             Balik rumah.. ingat nak siapkan projek X. Alamak... jarum asyik patah le pulak. Terus cansel!!! Tu la... patutnya pegi berguru dulu. Ni idak... padan muka sendiri. Terpaksa la mintak tolong Daddy malam nanti. Boleh ye Daddy? Hehehe..... apa projek X tu? Tungguuuuuuu ......

No comments:

Post a Comment