Sunday, September 6, 2009

Jalan-jalan @ Jln TAR

Semalam 5 Sept (Sabtu) kami ke Jalan TAR. Nak beli kain pelikat & tudung bawal macam hari tu. Shu'aib & Suhail pun nak ikut... so kami tawakal aje!
Ni sebelum pegi.. kat porch. Posing dulu... hehehe
Kami parking kat tempat biasa... kat Semua House. Rasa selamat sbb parking kat tingkat atas. Kalau hujan lebat... insyaallah kereta selamat! Sebelum turun kereta, kami pakai face mask. Wah! S & S pun ok je bila disuruh pakai... bagus ni!
 
 
Mata S&S melilau je tengok keadaan sekeliling. Agaknye diorang mesti hairan.. kenapa la banyak sangat orang ni.
Kami terus pegi ke Arked Ibukota (sila lihat posting bulan Ogos). Memang plannye pun nak beli tudung ngan kain pelikat je. Daddy ngan budak2 tunggu kat lorong sebelah... Mummy cari tudung dulu ye! Bukannye apa.. memang susah nak lalu kat lorong ni... orang memang ramai walaupun baru 10 pagi. Kalau S & S ikut.. tudung ntah ke mana.. langsung balik je pulak nanti. Ishk! Rugi kira-kira.
Ha.. tengok la keadaan dalam arked ni.
Mummy borong 10 helai tudung maca hari tu. Dapat le RM14 sehelai... jimat tu! Kalau kat lorong lain mahu RM30 sehelai. Haa... kalau sepuluh.. kan dah jimat! Hehehe...
Siap beli tudung.. turn Daddy pulak. Tadi sementara menunggu Mummy... Daddy dah survey kain pelikat Cap Gajah Duduk 5000 benang... orang kedai (bukan lorong Arked Ibukota) kata RM25 sehelai.
Daddy beli kat lorong Arked Ibukota.. pakcik tu bagi RM20 sehelai. Jadi le tu... beli 3 helai, jimat RM15. Boleh buat beli kuih kat Pasar Ramadhan Tmn Melawati!
Habis borong.. kami terus balik ambik kereta. On the way back, kami lalu elevated highway. S & S suruh singgah KLCC. Hah.. lantak le situ.. boleh aje la! Diorang pun baik je tadi... sian jugak.
Abang Shu'aib mintak nak pegi Taman KLCC. Ishk! Tengahari rambang ni.. panas lak tu... kami pun pegi la kat Isetan. Bawak dia ke pintu Isetan yang nampak KLCC Park. Nasib baik dia kata...
'Panas la Mummy...'
'Ha... tau pun!'
Jom balik!

No comments:

Post a Comment