Ingat lagi tak Fresh Water Prawn Mee yang Mummy cerita dalam post yang terdahulu? (
Lihat sini...) Kalau di kedai, harganya adalah premium. Boleh mencecah RM100 bagi 2 ekor udang (untuk 2-3 orang makan). Untuk menjimatkan kos... Mummy masak sendiri di rumah atau pun.. bagi orang-orang yang nak segera je.. boleh juga makan mee ini di food court Pavillion (Harga Mummy dah lupa.. dalam RM15-RM20 sepinggan.. rasa maintain sedap).
Mummy sekeluarga memang suka mee ni.. cuma nak mendapatkan udang yang menjadi masalah... Hari tu dah teringin sangat.. maka Mummy dan Daddy sanggup bangun awal pagi Sabtu dan ronda semua pasar dan pasar tani yang ada. Dah dekat 9.30 pagi masih belum jumpa udang yang dicari.. Mummy pun dah tak larat.. maka kami mencuba pasar terakhir yakni di Pasar Keramat. Alhamdulillah ada.. tapi satu meja je yang ada jual.. dan tak banyak pilihan. Saukkkk.. dah teringin.. beli jer :D
Resipi asal Mummy ambil dari
sini. Memang sedap.. meh kita cuba sama-sama.
Bahan-bahannya:
2 ekor fresh water prawn (belah dua).
2-3 sanggul mee telur
Daun bawang, dipotong sepanjang 2 inci
1 inci halia (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
Sedikit minyak bijan
2 cawan air stok ayam
1 biji telur
Sedikit tepung jagung, campur dengan sedikit air
Sedikit lada sulah
Caranya:
- Mee telur dicelur (sila ikut arahan pada paket) dan disiram dengan air sejuk (air paip- air lalu).
- Toskan.. biar seketika hingga hampir kering.
- Gorengkan sedikit demi sedikit (lebih kurang sesenduk setiap kali) hingga kuning keemasan.
- Toskan. Susun dalam mangkuk hidangan.
- Tumis bawang putih dan halia.
- Tambah sos tiram, kicap cair dan tambah air stok ayam. Biar menggelegak.
- Masukkan udang dan tutupkan kuali dengan tudung periuk. Biar seketika sehingga udang masak (bertukar warna kemerahan).
- Masukkan daun bawang. Biar seketika.
- Keluarkan udang dan daun bawang. Susun atas mee telur.
- Tambah telur dalam kuah tadi dan kacau. Tuang campuran tepung jagung sehingga kelikatan yang dikehendaki.
- Angkat dan tuang di atas mee.
Sedap!! Sekejap je dah licin.. heheheh.
Selamat menjamu selera!
Petang tadi sekitar pukul 6.. tiba-tiba terdengar jeritan dan tangisan Abang Shu'aib.
"Tolong Mummy... Opah, tolong!!!" sambil diiringi sedu-sedan.
Nasib baik Opah ada di ruang tv. Kemudian, terdengar pula jeritan Opah..
"Mummy, tolong! Ni Shu'aib ni!!!"
Alamak! Rupa-rupanya kepala katil Adik (katil kayu.. sila lihat gambar posting sebelum ni) dah patah dan terlungkup atas katil (lalu menimpa kaki Shu'aib yang dalam posisi duduk tahiyat awal). Boleh bayangkan tak?
Kaki Shu'aib tersepit! Nasib baik Opah ada.. Alhamdulillah tiada kecederaan serius. Cuma lebam di peha kiri. Al kisahnya.. menurut Opah.. siang hari tadi mereka berdua main di dalam bilik : main sorong-tarik katil. Tak tahu la apa projeknya.. Ishk ishk ishk.. hero betul anak Mummy berdua!
Patutla masa Mummy membebel tentang aktiviti 'lompat atas katil' tak ada sesiapa yang mengaku. Bila Opah tanya.. siang tadi ada main tarik-tolak katil tu ke? Dengan 'innocent'nya mereka mengaku..
"Ha! Itu la yang Abang dan Adik main siang tadi!"
Patut la katil tu boleh tumbang! Em alahaiii....