Wednesday, January 5, 2011

Pulut ikan masin

Adik-adik semua...pernah makan pulut ikan masin? Selalunya makanan ni dimakan diwaktu pagi. Menu wajib adalah pulut dan ikan masin. Yang lain tu cuma tambahan untuk menyedapkan lagi anak tekak.
Ada orang tambah dengan kelapa parut (gaulkan dengan sedikit garam supaya naik lemaknya). Ada pula yang suka tambah dengan sambal tumis. Ishk..tak kisah sebenarnya..ikut selera masing-masing.
Haa..jangan kata tak hingin dik nun...cuba dulu..baru tahu! Nak membuatnya pun mudah...

Apa yang perlu ada...
1. Ikan masin- digoreng.
2. Kelapa parut. Tambah sedikit garam dan gaul rata.
3. Sambal tumis- saki baki lauk semalam lagi afdal sbb tak baik membazir..hehehe
4. Pulut- tanak dalam periuk nasi elektrik.. Mummy guna resipi dari Myresipi..tapi tak hengatt pulak saper punye resipi..kalu Mummy rajin..lenkali Mummy letak link dia ya!
2 pot beras pulut,
2 pot air (1 pot air biasa dan 1 pot air panas),
1 sb minyak masak,
Secubit garam.
Tanak dengan periuk nasi elektrik cam biasa...

Selamat mencuba!
Published with Blogger-droid v1.6.5

No comments:

Post a Comment

Post a Comment