Arwah ayah amat menggemari maman jeruk (@ jeruk maman). Memang sedap dan menyelerakan jika dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng. Tak payah ada lauk lain pun tak apa!
Sejak tinggal di KL.. jarang kali Mummy makan maman nih.. sehinggalah mak & arwah ayah tinggal bersama kami semasa Mummy mengandung anak yang pertama dahulu (arwah). Daddy akan beli maman jeruk di Pasar Tani Danau Kota. Memang telah siap dijeruk dan dibungkus didalam beg plastik.
Jangan tak tahu.. Daddy pon telah jatuh chenta dengan maman nih! Kalau makan nasi bersama maman.. memang tak cukup sepinggan! Tapi.. sejak setahun yang lalu.. makcik tersebut tidak lagi menjual maman jeruk. Maman yang segar juga agak sukar ditemui.
Beginilah rupa maman yang masih segar...
Maman adalah sejenis pokok
Kalau Mummy, Daddy dan Mak... selalunya kami beli 2 ikat untuk sekali atau maksimum 2 kali makan.. (memang cepat habis!). Nak membuatnya juga mudah!
Bahan-bahannya:
2 ikat Maman
Air
Garam
Cili api ikut suka (dalam 15 biji)
Nasi yang telah sejuk, anggaran 2 sudu besar
Bekas/ balang bertutup
Caranya:
Maman di potong seperti memotong sayur bayam (tak perlu gunakan pisau.. hanya patah-patahkan aje)
Bersihkan maman (ada banyak pasir) dan toskan.
Di dalam periuk, masak/ jerang air secukupnya (agak-agak maman tadi boleh tenggelam didalamnya - lebih kurang aje)
Kemudian masukkan garam dan kacau (sehingga terasa kemasinannya). Tutup api dan biarkan air garam ini SEJUK.
Masukkan maman dan cili api di dalam bekas/ balang.. tuang air bergaram tadi seperti gambar di atas dan taburkan dengan nasi yang telah sejuk.
Tutup balang dan biarkan diluar selama 2 atau 3 hari (SEHINGGA WARNA MAMAN TELAH BERTUKAR seperti dibawah)
Sedia untuk dimakan.
p/s: Apabila maman telah bertukar warna, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekiranya ingin di simpan lama- anggaran 7 hari.
Selamat mencuba!
salam.
ReplyDeleteYa Allah sedapnya klu dapat ni.kat mana blh dapt ye?dulu masa bebudak mmg ada arwah mak buat ni.mkn dgn nasi panas2 dgn sambal bilis..aduh kecur air liur dibuatnya.bak mintak sikittt...
Chempaka.. emm mmg sedap! Lauk sempoi pon boleh bertambah makan. Apatah lagi ada sambal bilis!
ReplyDeleteKalau kat sini... Pasar Tani Danau Kota (Ahad pagi) kadang2 ada. Tapi kena jerukkan sendiri..
Nak? Nahhhh..hehehe.. ;-P
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete