Rebung terkenal dengan masakan 'authentic Malay'.... dengan harga yang berpatutan... memang tidak mengecewakan! Terdapat pelbagai pilihan lauk pauk Melayu, termasuk dari Negeri Sembilan kerana Chef Ismail asalnya dari sana.
Pilihan Mummy untuk hari ini... Nasi Hujan Panas.. (dari kiri: rendang pucuk ubi, ayam berempah dan tetel masak lemak cili padi bersama terung)
Terdapat juga pelbagai menu lauk pauk lain, ulam-ulaman/ kerabu, pecal, ikan bakar dan sebagainya... bagi yang inginkan makanan selain nasi, terdapat juga laksa dan bihun sup.
Semuanya sedap sehingga menjilat jari!
Nasi lemak bungkus juga terdapat di sini.
Rasanya amat sedap, seperti dimasak oleh air tangan ibu dikampung.
Selain item di atas, bagi yang inginkan popia basah..silalah berkunjung kemari. Buah melaka dan popia basah disediakan 'ala minute'.
Di bahagian dalam.. terdapat 'dessert station' yang penuh dengan kuih muih tradisional (seperti kuih kasturi, pulut yang digaul dengan kelapa..Mummy tak tau namanya ;-P, kole kacang, sagu gula melaka dsbnya). tiga jenis bubur (bubur kacang hijau, bubur jagung dan pengat pisang disediakan untuk hidangan hari ini).. dan tidak ketinggalan.. potongan buah-buahan.
Disediakan sendiri oleh pelanggan mengikut selera masing-masing.
Lompat tikam yang sungguh enak...
Sagu gula melaka juga sangat sedap... sagunya perfect.. tidak keras dan tidak juga lembik.. teksturnya adalah 'bouncy' bila dipegang.
Bubur jagung..
Minuman yang disediakan untuk buffet adalah kopi, teh, ABC dan air kosong.
Pelanggan boleh memesan air lain secara 'ala carte' jika mahu.
Pelanggan boleh memesan air lain secara 'ala carte' jika mahu.
Hehehe.. muka pelanggan yang amat berpuas hati.
Oh ya... masa lunch, kami juga bertemu dengan Sheila Majid dan suaminya Acis... dan juga ahli politik Lim Kit Siang bersama anaknya...
Secara keseluruhan... makanan amat sedap sekali. Harga juga berpatutan. Bagi buffet lunch.. RM35 seorang. Shu'aib dan Suhail tidak dikenakan caj. Cuma... salah satu kekurangan yang amat ketara adalah tempat untuk parking dimana ianya adalah amat terhad.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment