Friday, January 21, 2011

Resipi Cucur Jagung & Adik dah ke sekolah


Hari ni Mummy nak share resipi kegemaran kami sekeluarga. Err..kecuali Shu'aib sebab dia akan struggle membuang jagung kat cucur tu! So..dia punye akan jadi.. cucur jagung versi 'togel'..boleh? Hihihi

Nak buatnye senang aje.. (cewahh..al maklum la.. lesen Mummy nak buat cucur ni baru je green light..so kena la esyen sket..hahaha). Kita tengok bahan-bahannya:

Bahan-bahannya:
Sebiji jagung manis - dihiris dengan pisau 'corn kernel'nya (yang fresh dari ladang tu)
4 cawan tepung kek
1 st soda bikarbonat
Sedikit granul ayam dan garam - secukup rasa
Air - secukupnya

Cara:
Campurkan kesemua bahan kecuali air.
Buat lubang ditengah dan masukkan air sedikit demi sedikit.
Kacau rata.
(Tambah air sehingga doh sesuai untuk membuat cucur).
Goreng di dalam minyak panas.

Cucur ni sangat sedap.. terasa lemak dan manis daripada jagung tadi. Cubalah.

First day of school 4.01.2011 (Tuesday)


Ni cerita lain pulak... tentang adik yang dah mula ke sekolah.
Adik sangat excited nak ke sekolah okey!!!
Tiap hari (sejak Disember) asyik tanya bila nak ke sekolah.
Malam sebelum sesi persekolahan bermula..siap ngigau lagi!!! Skool! Siap bangun duduk sambil senyum, tapi mata pejam! Hahaha.
Pukul 6 pagi dah excited nak mandi. Betapa bersemangatnya dia!

Kat skola... Huarghhhhhhhhhh! Adik nangis bagai! Seb baik ada abang! So menempek la adik kat sebelah abang..rasanya dalam dua hari agaknya..
Hari-hari berikutnya adik masih duduk dikelas abang diawal waktu..kemudian barulah bergerak ke kelas sendiri ;-P
Oh ya! Adik juga ditempatkan di kelas lima tahun seperti Abg Shu'aib (walaupun umurnya baru 4 thn).
Cuma.. adik dikelas ketiga (lima tahun ada 3 kelas..advance-kelas Shu'aib.. intermediate..and beginner-kelas Suhail)
Kelas beginner untuk murid2 lima tahun yang baru masuk ke tadika. Sebenarnya.. budak2 4 tahun ada kelas lain.. tapi pihak pengurusan ingin mencuba dan yakin bahawa adik boleh duduk di kelas 5 tahun. Kita tunggu dan lihat...

Oh ya. bangun pagi tadi..adik & abg Shu'aib kata hari ni ada swimming lesson! Kalut la Mummy kena pack swimming trunk , towel dan plastic bag sorang satu. Pas tu.. Daddy kata.. diorang menangis bagai nak rak... dua-dua tak nak ke sekolah. Abg Shu'aib mmg dari last year tak suka ke sekolah hari Jumaat kalau ada swimming class. Abang tak nak..adik pon tak nak! Abang meraung..adik pon sama! Tapi Daddy ngan Opah paksa juga mereka ke sekolah..hihihi.. Sorry Abg Shu'aib , hari ni Daddy & Opah tak makan pujuk rayumu!!! Ngeh ngeh ngeh :)

Balik sekolah...
"Mummy.. BESTTTT tadi adik/abang swimming"
Hahaha... kan?! Nasib baik Daddy suruh ke sekolah.

Owh.anyway..swimming trunk adik tertinggal di sekolah. Harapnya jumpa la.. Mummy dah tipon HRnya (T.Lina)..she promised to look for it.. kalau ada..dia pass on Monday.

4 comments:

  1. kiutnya suhail pakai baju sekolah.
    cantik cat baru ni..sweet je :)

    ReplyDelete
  2. Heheheh..;-)
    Err..cat? Cat apa Mak Uda? Did I miss something here?

    ReplyDelete
  3. blog berwajah baru..orang selalu kata cat rumah baru :)

    ReplyDelete