Wednesday, May 1, 2013

Burung oh burung!

Selamat Hari Pekerja!
Balik dari memborong barang keperluan rumah...adik mahu bermain di ruang belakang rumah..
Namun, tidak sampai sesaat..beliau terus datang meluru ke arah Mummy sambil berteriak..
"Mummy! Bibik Yati bela burung!
Yati bela burung kat belakang (rumah)!!"

Rupanya seekor burung telah terdampar di porch hadapan rumah semasa ketiadaan kami. Kakinya cedera barangkali! Lalu bibik mengambilnya dan memberi minum dan disimpan di dalam kotak dibelakang rumah.

Anak2 cukup teruja..
Bibik! Tolong CAMPAK burung tu..Shu'aib nak pegang!
Bibikkk! Bagi burung makannn!
Bibikk! Bekas air ni tinggi sangattt..macam mana burung nak minum!
Bibikk! Bagi burung makan beras!
Bibik! Tolong potong 'mango'...burung nak makan!

Hahaha...Mummy happy sebab...anak2 tak main iPad..tak main laptop..tak main game!
Selamat bercuti..selamat hari pekerja!



No comments:

Post a Comment