Monday, May 27, 2013

Mempelam Harumanis & Ladang Anggur Batu Pahat

Jalan-jalan kali ini..Mummy bawa anak2 nun jauh ke utara.. ke negeri Perlis Indera Kayangan. Terkenalnya negeri ini dengan buah mempelam harumanis dan juga tanaman anggur yang enak dan manis.

Kedua2 ladang ini terletak di Sungai Batu Pahat. Bagi buah mendapatkan buah mempelam harumanis, anda perlu ke Pusat Pertanian Bukit Bintang pada sekitar bulan April-Mei. Buah ini adalah terhad dan permintaannya juga sangat tinggi. Harganya adalah sekitar RM23-RM28 sekilogram. 



2 Pulut mempelam, 2 jus mempelam dan 1 air suam = RM12

Tidak jauh dari Pusat Pertanian Mempelam Harumanis ini, terdapat Ladang Anggur / Taman Anggur Perlis. Di sini, sedikit caj dikenakan terhadap pengunjung yang datang.

Dewasa RM3
Kanak2 (7-12 tahun) RM1
Kanak2 (6 tahun kebawah) percuma.

Semasa kehadiran kami..hanya anggur hijau yang sedang ranum berbuah. Anggur merah & hitam masih baru berputik. Buah2 anggur ini juga dijual dengan harga RM10 sekilogram (tanpa mengira warna atau jenis anggur berbiji mahupun tanpa biji). 

Tanggapan awal Mummy..tentunya anggur2 ini masam dan tidak cantik/ kecil saiznya.. and I was wrong!
Buahnya sangat manis dan enak!

Haaa...di sini juga HP Daddy sudah pecah menanti belah dan berkecai retak seribu.. Ehem! Mummy rasa..Daddy nak HP baru ni..kannnnn?


No comments:

Post a Comment