Saturday, May 4, 2013

Nasi Ayam Syiok!

A recipe to keep!
Mummy belajar dari sini:
http://www.myresipi.com/top/detail/6967

Memang sedap! Sebulan yg lalu..Mummy pernah mencuba..cowboys di rumah memang suka!

Ini Mummy copy paste resipi dari url di atas ya...

Bahan2nya mudah..banyak menggunakan bawang putih dan halia (tiada bawang merah). Nampak macam panjang berjela..tapi kalau kita buat satu persatu..memang mudah sebenarnya!

Bahan-bahan ( sekeluarga )
*BAHAN NASI*
4 mug beras (Mummy guna beras basmathi..rendam seketika sementara nak sediakan bahan2 dan merebus ayam)
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega (Mummy pakai marjerin je)

*BAHAN AYAM*
1 ekor ayam
3 biji bawang putih* (Mummy buat 6 ulas)
1 inci halia* (Mummy guna 1.5-2 inci)
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

*BAHAN SUP*
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

*BAHAN CILI*
10/15 biji cili burung (Mummy guna 1-2 biji sahaja)
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis (Mummy tak pakai langsung)
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya

*BAHAN KICAP*
5 biji cili burung (Mummy tak letak)
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
2 sudu besar sos tiram
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan. Mummy tak guna pun)
[Selalunya Mummy tak buat bhn kicap ni..tapi Mummy ambil bahan perapan ayam..dan masakkan atas api hingga mendidih. Rasa. Tambah secubit garam jika perlu]

*BAHAN TAMBAHAN*
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara-cara
-mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. Tutup periuk dan masak hingga didih.
-selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

-cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau.
-kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

-penyediaan ayam: ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkuk besar (Mummy guna zip lock bag)
- masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam.
- selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau di bakar dalam oven. [Mummy prefer bakar dlm oven. Kalau seekor ayam golek..lagi elok. Sumbatkan bhg bawah batang daun bawang yang keras tu dalam 2-3 tangkai..sedikit halia yg dihiris dan 2 ulas bwg putih yg dihiris).
-kalau nak goreng.. jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

-cara penyediaan cili: masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur. Masak di atas api hingga menggelegak. Rasa garam gulanya

- cara penyediaan kicap: blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.

-cara2 penyedian sup: baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.

-selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

Selamat mencuba!





No comments:

Post a Comment