Saturday, October 31, 2009

Adik & Chicken Pox

Sejak tengah malam semalam demam adik makin tinggi. Lebih 40C. Dan ianya lebih kerap... setiap 3.5 - 4 jam sekali. Kesian adik... satunya mungkin tidak selesa kerana vesikel2 berair telah bertambah. Keduanya... kerana demam yang tinggi.

Vesikel2 berair adik sangat prominent dan lebih banyak berbanding Abg Shu'aib. Ianya lebih banyak keluar di kawasan muka (termasuk dikepala-rambut, dalam telinga, mulut & hidung), keseluruhan badan, punggung dan private part. Tangan dan kaki agak kurang berbanding bahagian yg disebut tadi.

Demam adik juga semakin meningkat semenjak vesikel2 berair keluar / turun hingga kekaki. Ini amat berbeza berbanding dengan Abang Shu'aib (dulu) di mana demamnya semakin berkurangan apabila vesikel berair mula keluar hingga ke kaki. Semalam, Adik juga mula kurang minum susu & tiada selera makan. Air masak langsung tidak diteguk.

Dari petang semalam, Mummy terpaksa 'sponging' setiap kali suhu lebih 40C. Selebihnya, Mummy cuma boleh 'jelum' kepala dan basahkan bahagian badan. Nampaknya hanya supp. Voren sahaja yang berkesan bila demam adik tinggi. Paracetamol tidak berkesan dikeadaan ini.

Sejak jam 7 malam tadi... (dan sekarang sudah jam 11 malam), alhamdulillah demamnya belum muncul lagi. Harapnya sela masanya akan bertambah sebelum demamnya muncul kembali.
Adik juga mula makan bubur kentang yang dimasak Ummi (tempat Nursery Adik & Abang). Tengahari tadi.. adik makan sedikit ais krim.  Susu... dari pagi hingga sekarang... adik telah minum lebih kurang 16 oz .



Adik, moga cepat sembuh.
Daddy... don't worry. InsyaAllah semuanya OK.

PS: Tiap malam sebelum tidur..adik akan tengok keluar tingkap sambil berkata...
"Good nite Daddy.... I love you..."


 

(Abang ikut Opah ke kenduri Opah Kajang. He's fine... happy sebab ramai kawan. Opah kata dia tak tido sejak bangun pagi tadi.. Ni dia masih di Kajang)

Thursday, October 29, 2009

Shoo... GO AWAY!

This little boy of mine asyik merengek je dari petang semalam.
"Adik demam ke?"
"Tak ade!" (sambil dia merasa tengkuknya sendiri)
Okey... if he's not having fever... what is it?
Tung tam tung tam tung tam... dia mula merengek balik.
"Adik nak susu ke?"
"Nakkk..."
After having his milk... start merengek balik!
"What's going on, young man?"
"Nak tido?"
"Nakkk..."

Pusing sana pusing sini...
"Mummy.. sakit bird" while showing his private part. But I couldn't find out what's bothering him.. susu dah, nyamuk tak de... hemmm... let's play doctor. Let's check your body temp!

"Oh my! It's 38.4C"
"Adik! Makan ubat!"
"Oteyyy"
He slept soundly the whole night.

6.00 a.m... dia start merengek balik.
"Adik demam?"
"Tak de!"
Of course Mummy & Daddy won't believe you. Let's switch on the light....

"Hah???"
Here's what we saw early this morning:



Hmmm... patut la ;-)


Thursday, October 22, 2009

Banana Muffin

I'd love to bake (in my dream la) some cute cupcakes... but to think of it... my hubby doesn't like it... the same goes to the boys. So nanti... Mummy jugak yang kena telan. Nanti ... bukan cupcakes je yg kiut.. Mummy pun  bertambah "KIUT". Mana taknye.. Mummy masak... Mummy telan!

Anyway... after a longgg and wishful thinking... Daddy kata why not Mummy try Muffin?
Okeyyyy.... I do love those muffins from Kenny Rogers. They're just nice... soft ... and moist!
Ni dah set high standard nih! Mana lak nak gagau resipi? Ponggah sana... ponggah sini... klik sana.. klik sini...
I found this Todd Wilbur Secret recipes website that have Kenny Rogers corn muffin recipe. Ermmm... but where to get the cornmeal? So forget about that... Mummy... be realistic... you can't get those nice muffin out from your kitchen!!! Hahaha...

So... first.. we have to be realistic... we want a decent muffin that's nice to eat. Nasib baik zaman klik... nak apa semua ada. Let's bake banana muffin... my hubby loves it... Suhail loves banana... Mummy loves cake... and Shu'aib? Just forget about this boy... he loves 'nasi' only!!!

There's actually four recipes yang Mummy suka...Oprah's Banana Muffin (banyak sgt pulak spices yg nak kena beli), Banana Crumb Muffin (the top part keras & crunchy... I think my hubby doesn't like this)... then..there's one from this TV personality.. ha, Marthe Stewart... and also the one that I baked... I can't remember from which website I got it.

So here's my first Banana Muffin (which I & Suhail loves so far... we eat and eat until everything gone ;-P )
It's easy to prepare coz you don't need expensive machines to do this and that. What you need is a wooden spatula and two bowls ( one for the dry ingredients and the other for the wet ones!)



Here's the recipe:
2 1/2 cup all purpose flour
1/2 tsp baking soda
3/4 cup brown sugar
1/4 tsp ground cinnamon
2 cup smashed bananas
1/2 cup vegetable oil
1/2 cup milk
2 large eggs
1/8 tsp salt (or just a pinch of salt)
1 tsp vanilla
3/4 cup chopped walnuts (dipanggang dulu)

Put the flour, baking soda, brown sugar, walnuts and cinnamon in one bowl... whisk or mix it together.
(Stir for three times is enough)
In another big bowl... combine the banana, oil, milk, eggs, SALT and vanilla. Then, pour this mixture into the other bowl (flour etc).
Stir. (Don't over mix it... cuma kaup balikkan... jgn lebih 12 kali!!!)
If there's still lumps.. don't worry.
Scoop to your muffin cup / muffin pan.
Bake for 25 mins, 190 C.


Good luck ;-)



Wednesday, October 21, 2009

Tragedi di bulan Oktober

Ingat lagi lagu Tragedi Oktober yang dinyanyikan Awie?
Hah, kami pun mengalami tragedi oktober pada weekend yang lalu.


Awal2 pagi lagi Mummy dah dum dam dum dam kat dapur masak apa yg patut nak bwa ke Bagan Lalang.
Punye la berkobar-kobar. Cepat... cepat siap, kang kalau lambat matahari dah mencacak atas kepala.

Dalam nak cepat... 8.40 pg gak baru kuar rumah. Tak pe... biar lambat asal selamat! Slowly... Daddy drive panjat bukit kat rumah kami ni. Ada la satu motorsikal dok follow kami dari simpang warung mamak Ukay Cafe. Kami slow je... moto tu pun slow. Masuk simpang depan Giant... then lalu tepi Petronas....

"Tit tit!" Brother motoskal tu dok tunjuk2 kat pintu belakang co-pilot. Ni apahal lak ni? Mummy pun kerut kening sambil angkat2 kepala (tanya kenapa). Dia dok tunjuk lagi arah pintu blakang sambil mulutnya kuat kamit berkata2. Ya ampun!!! Mummy tak dengor le! Kain Opahnye tersepit kat pintu ke? Tapi Mummy rasa dia kata TAYAR PANCIT!
P  A  N  C  I  T  ! ! ! Kami yang dok dalam kete tak terasa apa pon. Elok je ...

Daddy terus patah balik menghala ke bengkel kereta. Alamak! Hari ni kan public holiday... kedai mana ada bukak! Tayar memang kempis maut!!! Mulut Daddy dah ngomel2... hahaha. Mummy buat pekak je ;-)
Abis la planning picnic kami!



Kami sama-sama tak pernah tukar tayar. Tayar spare... checked! Spanar... checked! Jack nak naikkan body kereta.... oh... dimana ya??? Punye la kami geledah kat bonet belakang... angkat itu, selak ini... TAK DE PUN! Ketiak Daddy dah berpeluh nih! Takkan Mummy nak kena baca manual kereta time2 gini? Haru ni. Rasanya kereta ni mesti ada Jack tu. Mana la pulak disoroknya benda ni?

Setelah 10 minit memunggah semua benda yang ada... setelah peluh jantan dah keluar (belum lagi tukar tayar ni... ni baru nak cari jack Cik Kiah oiii)... Daddy kata.."bawah kerusi kot..." Ha apa lagi... Opah, Shu'aib, Suhail.. minta turun ya!!! Daddy & Mummy nak mencari jack kereta! "Ni dia!"

Zup zap zup zap... Daddy tonggang terbalik sorang2 sambil menukar tayar kereta. Shhhh... diam semua.. kang Daddy bengang... habis la plan kita... wakaka...

Dah siap pasang... yahooo!

Wah... lajunya Daddy tukar tayar... macam Superman!


Tayar Daddy colour lain sebelah ;-)

Jom Daddy... kita pi Bagan Lalang... boleh ye? Okeh... ALL ABOARD!!!

Kes 2:

Kat Bagan Lalang lak... TERKORBANnye sebuah handphone.
Sob sob sob!!!



Warghhhh! Patah la jantung ku... tak leh surf internet...
Ni semua gara2 SYIOK amik gambar la ni.
Petang tu masa air dah pasang... kami bawa Shu'aib & Suhail main tepi pantai + mandi laut.
Mummy mulanya tak nak masuk laut... tapi disebabkan dah SYIOK amik gambar,
tak sedar dah meraduk air.
Dalam hati... a-ah ye... nape la Mummy tak nak masuk air dari tadi...
kamera kan ke boleh angkat tinggi-tinggi... tak kena air pun!
Dah dekat 15 minit dalam air... Daddy kata...
"Mummy... mana handphone Mummy?"
"ALAMAK!!! Handphone dalam poket seluarrrrrrrrr......."

Maka... mati la sebuah handphone pada jam 6 petang itu....
Macam mana ni Daddy... warghhhhhh.....

"Cuba rinse dengan air paip. Cabut bateri etc... then rinse."
Selamat tinggal handphone ku....

(maka... dihikayatkan... selama tiga hari tiga malam Mummy & Daddy telah menjemur handphone ini)

Setelah cukup tiga hari..... YAHOOO! Handphone ku hidup semula.
Tragedi ke-2 berakhir dengan kegembiraan!
YAHOOO!!!

Tuesday, October 20, 2009

Difficult behaviour-is it just a phase?

I came across this article while browsing @ Tumble tots page.
I think it's a good article...
Please read it here
http://www.tumbletots.com.my/parenting_sub2.html

PNK Sepang Resort

Kami tak rancang nak tidur di Bagan Lalang. So.. datang bawak makanan untuk picnic je la. Tapi bila kami sampai di sini.... alamak! Saujana mata memandang... air lautnya nuuuuunnnnn jauh ke tengah! Sian S & S... dari awal bangun tido dah excited nak mandi laut. Malangnya... tak boleh mandi.

So.. sementara lepak2... Daddy kata ... apakata kita cari bilik kot ada. Why not?!
Kami pun meronda kawasan sekitar... tanya memula tu... "Sorry Encik, bilik dah penuh". Cari lagi... masih sama. Sampai la kami jumpa tempat ni:


 
Alhamdulilah... kami dapat sewa satu chalet. Harga amat berpatutan.



Check in pukul 2 petang. Jom masuk!



Chaletnya ok, bersih. Amat selesa untuk tiga orang.
Ada ruang tamu (mempunyai kipas siling), TV, satu bilik air (mempunyai water heater) dan sebuah bilik yang dilengkapi aircond., katil single & queen seperti di atas.



Ni pemandangan deretan chalet / dorm yang ada. Kawasannya bersih.



Dilengkapi dengan sebuah padang. Kalau buat gathering... boleh buat acara sukaneka di sini.



Parking lot.



Senyum! Ok jom rehat dulu sementara tunggu air pasang!

Bagan Lalang Pt 2

Petangnya kami mandi laut. Pantainya landai & agak bersih berbanding PD. Tengok la gambar2 ni.
Siap boleh main bola sepak kat tepi pantai. Pasirnya tak tajam... so budak-budak memang boleh berlari tanpa memakai kasut.



 

 
 Ni pemandangan dari pintu pagar kawasan chalet yang kami sewa. Betul-betul menghadap laut.


 

  

 
 Tiga buah hati mummy...

 


Monday, October 19, 2009

Bagan Lalang, Selangor.

Kami ke Bagan Lalang hujung minggu yang lalu. Mulanya nak ke kawasan yang berdekatan sahaja. Tapi setelang dicadangkan oleh Mak Su, kami bersetuju untuk ke sini. Lagi pun kami tak pernah ke sini. Dan... kami menyukainya!

 Gold Coast Masih dalam pembinaan

 
 Sape punye ni?

 
 Mula-mula tulis-tulis dulu...

 
 Kemudian ke tengah laut. Air surut dari pukul 10 pagi hingga petang.

 
 Kagum dengan siput...

 
 Ni part yang Mummy tension. Ramai la pulak yang bermain layang-layang. Memula tu S & S makan juga tipu helah kami. Dia percaya yang 'kite' hanya boleh dimainkan oleh orang2 besar.
Kalau budak kecik main...nanti dia terbang sekali dengan 'kite'.
Pas tu... datang la bebudak ni main layang2.
"Mummy... nak kite"
"Tak boleh... kan budak kecik tak boleh main kite..."
"Tuuu... boleh la Mummy!!!"
"Mana?... Alamak!!!"
"Daddy... bak duit ;-) Mummy nak beli kite!"

 
Yeah... dah ada 'kite'

 
 Testing 1 2 3

 
 Tingginya....

 
 Adik... cam ni nak main 'kite'

 
 Adik! Tolong abang!

 
 Ini la 'kite' Abang & Adik. Tinggikan?

 
 Oooo.... Adik, tolong!

 
 Adik datang...

 
 "Cepat... tolong Abang!!!"
"Otey"

Kami main layang-layang tengah hari rambang. Angin memang kuat. Memula tu... Daddy & Mummy a bit reluctant nak main tengah2 panas... but once we played... terus melekat. Cubalah!

Friday, October 16, 2009

Two great buddies

We were blessed with two boys who were only a year apart.
It was a nightmare when the boys were born.
Our hands were full 24-7.
We can't get enough sleep and they don't even spare us time to the loo.

To make things worse... they were always sick.
We can't even track how many bottles of paracetamol or cough and cold syrup they took in a month.
It was always there in the nursery bag and the refrigerator.
Lucky them coz Daddy is a doctor.

Last night...
I could see that
how the years go by,
And how time can certainly fly
Gone all the days the sleepless night
Now we could breath in calm fresh air

We hear your laughter and smiles
Which certainly go on for miles
It warms Daddy and Mummy's heart
Boys... you're growing up so fast

We pray to you Ya Allah
Hope they will be good friend and great buddy to each other
To hold each others hand when in despair
Or share the simple joy in the air
So that our boys will never feels alone and sad.

Our little boys will someday be man
and right by your side we will forever stand
We will pick up the pieces when you boys fall
We will hold your hands and help you stand tall
Always remember whatever you go through
No matter what, we always love both of you.












Wednesday, October 14, 2009

Tak Aiyok!

Sejak semalam Mummy asyik dengar perkataan ni.
Suhail la yang asyik sebut... ada iramanye pulak bila nak menyebutnya..
TAK AIYOOKKKKK!
Sebut betul-betul.... Tak aiyookkkkkk!

Tah apa maknanya... Mummy dan Daddy pun tak tahu.
Contoh penggunaan:
1.Abang menarik bendera sehingga bendera TERkoyak.
Suhail akan menyebut: 'Tak aiyokkkk!'

2. Abang tertumpahkan air di atas lantai.

Suhail akan menyebut: 'Tak aiyokkkk!'

Apa-apa aje la boys!
TAK AIYOOKKKKKK!
Adios.

Institut Perguruan Teknik

Sejak Isnin lalu (12-14 Okt 2009) Mummy kena berkursus di IPTeknik. Dah dekat 5 tahun Mummy meninggalkan tempat ni. Lima tahun yang lalu ianya masih dipanggil Maktab Perguruan Teknik. Dah banyak berubah wajah... MPT pun dah buat 'face make over'... dah bertambah cun berbanding dulu!


Kat depan library.

Library sekarang dah bertambah luas... dah jadi 2 tingkat. Kata Tn Hj Omar... tingkat yang atas tu dibuat sejak setahun yang lalu. Tn Haji masih seperti dulu... sentiasa penuh dengan nasihat & jenakanya. Katanya dia akan pencen 2 tahun lagi. Tentu sunyi MPT... maklum la.. Tn Hajikan rajin pot pet (jgn marah ya!).
Librian Nor Haniza Muda pun masih disini (ala.. librian yang kecik molek tu). Puan Rasyidah pula dah tak duduk menjaga library lagi... katanya dia skrg di GERKO.


Rajinnye tangan-tangan ni! (Kiri: Tgn Mas ; Kanan: Tgn Leha)

Ni antara ilmu yang diperoleh disini. Penceramahnya best... pot pet pot pet sambil menyampaikan ilmu. Sambil belajar teori.. sambil berpraktikal, alhamdulillah kami lebih faham.
Ada ramai rakan baru yang Mummy jumpa... Mas, Leha, Diana, Noni Kalthom, Lotfi dan ramai lagi.



Ni kat dalam Library.




 
Ini pula kat Kafeteria kat sebelah asrama.. masih sama seperti dulu.
 
Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati.






Tuesday, October 13, 2009

Cameron Highland 2009

Gambar-gambar ni diambil semasa kami ke Cameron Highland pada Mac yang lalu. Entry tentang percutian telah ditulis pada 19.03.09. Cuma Mummy tambah gambar-gambar yang belum di 'up load'.



 
 Di Bharat Tea Plantation

 

Di MARDI Agrotechnology Park
 
 Feeding the fish

 

 
 Strawberry yang ditanam di MARDI

 

 
 Shu'aib & Suhail sibuk bermain dengan rantai kunci basketball. Cuba cari bola Suhail...

 

 
 Bersama pokok epal
 
 Di pintu masuk

 
 Tea and scones. A must try when you visit Cameron Highland.

 

 

 
 Boys favourite place. Have to lock the 'room' though its still early.
 
 Breakfast at Strawberry Park

 
 At the playground

 
 Bestnyer....

 

 

 

 

 
 Tempat tanaman strawberry

 
 Makan strawberry bersama taburan gula aising...yummy!

 
 Shu'aib tak aci... makan gula aising je!

 
  Sleep tight.....